Friday, December 18, 2009

Cinta Yang Halal

Salam maal hijrah buat semua .... tazkiyah apa kita telah lakukan setahun lepas ...berusaha dan berserah padaNya supaya tahun baru adalah lebih baik. Masih segar lagu tema waktu kem nadwah sewaktu di tingkatan 4 :
""umat islam harus cemerlang , hari ini mesti lebih baik dari semalam , jangan buang masa , siapa kata kita tidak boleh , kita punya Allah maha kuasa " ...kepada Dia kita panjatkan dan mengadu segala hajat .. semoga kita menjadi hambaNya yang terbaik.


*************************************************************************
Perlukah aku bercerita di en3 ini tentang aku: all of your opinion is highly appreciated


cukup aku ringkaskan cerita begini:

----->aku punya teman rapat , kami kenal kurang setahun ...dialah tempat aku letak batu beban kalau stress di office atau tempat aku luahkan lava untuk sesuatu issue . Aku belum tahap mengatakan kami ada keserasian ... cuma aku mudah bertemankan dia ...

Haruskah aku boleh ke langkah seterusnya? atau mengundur diri? kerana:
1. kami berlainan negara
2.kami berlainan bangsa
3. yang terpenting sekali kami berlainan akidah ...


**********************************
aku suke lirik melly yang ini :petikan ost KCB -haramkah

"Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Sunday, December 6, 2009

Natrah - antara Remmy ishak dan akidah

Malam tadi aku tengok teater buat julung kalinya ... aku tengok natrah sebab aku pernah tonton kisah dia versi drama tv lakonan noraini jane (menantu sultan perak) dan baca kisah bersiri di majalah dewan perdana (kalau tak silap --->tapi pastilah published by DBP) . Jadi, bila erma fatima buat teater , memang aku tetiba semangat nak tengok dan nak jadi pengkritik + pemerhati adakah lebih kurang cm drama tv yang aku tengok waktu darjah 1 itu(18 thn lepas) atau versi lain. Memang memula kurang ngam sebab pilih Diana Danielle yang aku rasa cm layak cerita sembilu , tapi kira nasib baik sebab mansor adabi -remy ishak aka adam nur kasih yang berlakon. Jadi antara factor tengok natrah sebab aku nak tengok remy ishak tu kira ada kelogikan. Nasib baik , Diana Danielle tarik diri dan replace with Maya Karin.

Durasi dua jam - Maya Karin dan Umie Aida memang dlm kelas tersendiri dan mantap. Remy Ishak memang terus terang aku kata ....masih jauh jika dibandingkan dengan watak adam. Tidak mampu meruntun jiwa dan cm hafal step je nak turun kat pelantar pentas ... tapi kalau kasi aku berlakon teater pun belum pasti mampu.......... tapi aku lihat majoriti datang kerana ADAM aka Remy ...sebab waktu standing ovation sume duk tepuk kuat hingar bingar time nama Remy dan sepatutnya bagi aku kita tidak perlu menepuk tangan kerana kita sudah kalah. Kalah dalam mempertahankan akidah seorang muslim kerana waktu itu dan hingga hari ni kuasa kita ditendang macam bola. Sepatutnya kita menangis kerana natrah akhirnya deviated ... tapi boleh jadi juga tepukan itu sebagai tanda berjayanya erma menanamkan semangat baru dlm diri iaitu pentingnya menjaga akidah. Dulu kempen ban israel product pun aku rasa lebih on humanitarian w palestine then jaga saudara seagama ...but this teater open my eyes in one side ,,,jagalah saudara seagama kita. Kisah natrah menunjukkan bangsa kita mudah terpedaya dan enakmen syariah hanya sekadar buat syarat sahaja dan kalah kepada undang undang manusia.


Teringat dialog umie aida sebagai ibu angkat natrah (che aminah) : aku mempertahankan natrah bukan sekadar kasih sayang tetapi juga akidah. Natrah telah kudidik sebagai islam... Ia mempertahankan akidah kerana waktu itu kita mampu bersatu demi akidah dan Islam ... Bukankah kini kita dirobek kiri dan kanan kerana tidak bersatu kerana Islam ... Natrah sebuah kisah bagaimana tumpasnya akidah seorang kanak kanak pada kuasa besar. Macam hari ini, tumpasnya Iraq dan Afghanistan kerana dipijak oleh USA. Sesungguhnya teater ini ada impak besar kalau kita mencari makna tersirat iaitu mempertahankan agama Islam ...tapi kalau kita cari Remy Ishak maybe dapatlah kot bergambar dengan dia ...dan jadilah sekadar menonton teater bukan mengambil naskah teater untuk mengubah sebuah keadaan atau tradisi

Wednesday, December 2, 2009

aku suke Hilangkan diri

Aku rasa takde sesiapa pun baca blog aku ...

Jadi bila otak aku tepu takde idea dan aku rasa life aku static cm pc kat workstation aku ...makanya kalau aku tak tulis memang takde yang kisah ....

Aku rindu gak nak mengeluarkan lava terpendam ...tapi aku tak tahu susun ayat ... bahasa melayu dah degrade ...english aku dah ke laut ....


Tolong aku

Tuesday, August 25, 2009

tiada paksaan ...

sorry ..aku lama tak bukak blog ...sebab aku seorang tak reti bahagi masa plus idea menulis gler menjunam turun ,,,, tapi bile bukak blog aku tetiba terus aku laser beam cm alpha structure ....

aku tengok rancangan ni yang rasanya ulangan kali ke entah ... ada sorang artis bila ditanya nama tak pakai tudung walaupun dah jadi mak hajah dia jawab ...belum bersedia , (walaupun jawapan tu memang tak masuk akal , sebab nak tunggu beruban atau ur soul say goodbye from ur body ke baru niat nak pakai ) tapi jawapan kedua buat aku tak tahu nak bagi ekspresi mana satu ? jawapan dia ...kan dlm agama takde paksaan ....

Dey kakak, bukak skang al-Quran : "la ikrahafiddin" ...takde paksaan dlam beragama tu ...pastu baca sampai habis ...aku rasa kakak ni lebih kurang baya aku jadi for sure waktu PMR ngan SPM dia dah faham ayat albaqarah yang satu ni ....

Dimasudkan dengan takde paksaan tu kepada non muslim ..once we are muslim is a compulsory / mandatory to follow the rule /law yang terkandung dlm quran tu ...bukan jawab takde paksaan ..sah kakak ni baca ayat sekerat .... ustazah dia sure stress kalau nengok tv time tu ... ye lah , non muslim tu kan hidayahnya hanya dari Allah ...jadi memanglah kita tak paksa dia masuk Islam ... once Islam ikutlah ajaran Islam ... but kita yang sedia Islam ni nak jadi cm non muslim gak kenapa????


salam ramadhan buat sume ...sebelum jawab , teliti dulu betul tak apa nak cakap

Saturday, May 16, 2009

laskar pelangi dan selamat hari guru ....


" apa bezanya jumlah 9 atau 10 orang anak murid, yang penting kita mendidik mereka"
"anak anak , di dalam hidup ini kita perlu lebih banyak memberi dari menerima"

itu petikan dialog dan banyak lagi dialog dari laskar pelangi yang menyentuh jiwa. Ikhlas aku katakan laskar pelangi mengajar masyarakat erti betapa penting dan jihat sebuah yang bernama menuntut ilmu. Perih dah jerih guru pendalaman di sebuah kepulauan di Indonesia mengajar dengan sekolah yang tak ubah seperti kandang kambing dan memang ia menjadi kandang kambing apabila hujan disebabkan kambing sume buat tempat lepak. Tiga orang guru yang meletakkan makna menuntut ilmu bukan di akhir tujuan untuk mendapat jawatan besar, kereta mewah atau rumah besar ..tetapi ilmu mampu merobah masyarakat dan membentuk keperibadian ... durasi 2 jam itu mengubah segalanya dan membuatkan kita menghargai ilmu yang ada.


Kalau nak ukur sebuah keikhlasan mendidik, lihatlah budi pekerti bu Muslimah dan Pak Harfan ... cukup cukup ikhlas ... harapan di luar sana ada beribu guru yang mengajar bukan kerana dah takde job lain setelah grad atau kerana teringin kerja kerajaan. Lakukan lah demi mengajar itu sungguh mulia dan pahala yang diperoleh di akhirat kelak ....

Buat guru semua : selamat hari guru ....


p/s: kerana film laskar pelangi , program pendidikan percuma di negara seberang semakin giat ... mereka tahu hanya pendidikan mampu mencorak dimensi baru negara.

Pagiku cerah ku.. matahari bersinar
Ku gendong tas merah ku di pundak
'Slamat pagi semua, Ku nantikan dirimu'
Didepan kelas mu menantikan kami..

Guruku tersayang~~ guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis, Mengerti banyak hal
Guruku, Terima Kasih ku

Nakalnya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan..

-laskar pelangi-

Friday, April 24, 2009

dia di bumi Garuda ....

Menjadi minoriti di tanah milik sang saka memang bukan satu kehendak kerana ia merupakan takdir. Mencari jatidiri yang semakin hilang di sebalik polisi demi polisi kerajaan ... Lawatan 4 hari ke negara jiran telah membuat aku tertarik tentang kisah seorang pemuda berbangsa tionghua yang merupakan antara minoriti di negara tersebut. Walaupun di kisahkan sebagai pemegang utama ekonomi negara namun aku dapat dari sorot satu sisi kehidupan mereka tidak mampu menunjukkan budaya mereka seperti mana yang berada di bumi Malaysia .

Negara mereka mahu menjadikan semuanya sama di atas satu bangsa iaitu indonesia tanpa disedari ada budaya bakal tersisih kerana meletakkan nama keluarga pada Kartu Tetap Penduduk itupun belum pasti terjadi. Mereka hanya boleh menggunakan nama keturunan sewaktu bersama ahli keluarga dan bahasa percakapan adalah bahasa rasmi negara.

Namun di satu sudut kita dapat melihat satu budaya di mana bahasa kebangsaan di agungkan tatkala mereka berbicara sesama ahli keluarga dan membuat urusan rasmi di dalam bahasa kebangsaan. Cuma bagiku , biarkanlah mereka menunjukkan jati diri bangsa kerana itulah bermulanya akar umbi dan norma nilai keturunan mereka. Kerana di sekolah sudah pasti ada program yang membentuk ke arah satu bangsa atau one nation (erkk ..macam dasar baru). cuma aku tak suka kalau di satukan nama kepada satu nama bangsa dan menghakis budaya minoriti yang lain. Tetapi jangan pula ada bangsa yang meletakkan bahawa mereka lebih tinggi daripada bangsa lain kerana bahasa dan budaya mereka lebih banyak diguna pakai ...

Walau apa pun, siapalah aku yang ada hak bercerita tentang polisi budaya dan agama kerana suara kecil ini tidak ada siapa yang mendengar ...

Thursday, April 16, 2009

PreAching Islam ....

sesungguhnya aku kerdil tatkala membicarakan tentang addeen ...serasa tak cukup ilmu untuk bercakap ... serasa kerdil tatkala nonmuslim bertanyakan soalan ...macam aku hanya gah di kertas peperiksaan dan menala jawapan ..tidak pada jawapan mulut ...

kenapa tiba tiba aku berkata tentang penyebaran dakwah ...bukankah kita semua wajib menjadi DAIE pada nonmuslim ....wajib , tapi jarang amalkan ...tak berani untuk menyatakan indahnya agama suci dan sejahtera ini... bukankah kita tahu mereka mampu mendakwa kita di hari yang kekal abadi nanti kerana sekalipun gagal mendakwah mereka tentang Islam ...

Semuanya buat aku terfikir bila team leader aku meninggal dalam kemalangan ...kalau muslim mampu juga aku sedekahkan al-fatihah buat dia tenang di sana ...tapi kalau non muslim , hanya simpati aku lahirkan ..kita tahu bukan apa terjadi buat mereka di sana ??? aku sedih kerana satu perkataan tentang islam pun aku tak ucapkan pada dia .,,,

Bagaimana aku build the feeling and strenght to talk bout Islam ? How to preach Islam to them?

Sunday, April 12, 2009

aku sceptic ngan ini mamat....

apsal dulu bakat nyanyian dia sengau semacam ...tapi kat OIAM bleh je dia survive ...aku rasa tok guru dia dulu salah ngajar ...ha ha ha ..aku dulu kalau bus lalu depan sekolah dia ..aku pun turut sama mengeboo ini mamat ...



itulah kalau betul rebung itu lenturnya ...cantiklah end result ...tapi satulah aku tak puas hati dengan malaysian lyricist ...kalau buat lagu lentok mengarut ...takde langsung nak naikkan semangat ..agak agak kalau pegi perang bleh hanyut semua orang ...

kenapa kita tak mampu buat lyric waktu zaman kopratasa, zaman zubir ali or like lagu epilog cinta dari bromley ...(sumtime i enjoy this 80's song) ..bkn tu je kualiti lagu kita jauh tertinggal bus dengan lagu dari PATI yang selalu kita hambat tu ...

Wednesday, April 1, 2009

persatuan Ibu

Lokaliti kawasan teres rumah aku terdiri daripada ibu ibu yang bekerja ...dari kecik sampai la skarang , kalau senario pakcik sidai kain atau bunyi ketung ketang pakcik masuk dapur memang bagi aku tu dah biasa ...sumenya jenis lelaki zaman kini yang patut lebih ramai contohi ... maka bila aku dah berganjak keluar dari zaman kampus ke dunia kerjaya ...aku balik rumah balik ... memang aku akui cara kami mengetahui perkembangan semasa time sidai kain atau ada makan makan antara rumah ...but we still take care our neighbour as limit as border yang sepatutnya ...

Cuma skarang ni aku dah join kelab ibu kerjaya yang bakal pencen dlm main probability cara old timer iaitu 'kutu'. entah camna plak dari idea mak angkat aku, bleh berjangkit dengan lebih ramai sampai bapak aku pun slamba nak join ,...dan terkini jiran selang dua rumah (lagi satu lupa bagi tahu ...deret rumah teres aku ni sume ada anak dara sama baya aku dan sume tak kawen lagi)..jiran aku ni majistret kat putrajaya pun dah mula join kelab ibu kerjaya nak pencen ...sebab partner in crime kami hanya mereka ... yang pasti jumlah ahli bertambah maka banyaklah yang dapat pulangannya ...

Sunday, March 29, 2009

aku pun sukar nak percaya

Ini kisah adik aku ..sukar untuk aku percaya ada guru berkelakuan begini ...

kisahnya bermula apabila pada satu pagi hening di sebuah sekolah kota metropolitan , seorang guru PK HEM memberi jaminan ...sesiapa yang hilang duit , sila buat aduan kepada saya dahulu, sebelum bertindak dengan spot check ...

Dan dijadikan cerita, kawan adik aku kehilangan RM4 ...sekarang ini nilai bawah RM5 mudah di pandang enteng ..tapi bagi sesetengah pelajar ia amat bernilai kerana itulah duit tambang bas dan duit makan untuk stayback ko-kurikulum .... maka reportlah kawan aku ini kepada guru PK HEM yang memberi jaminan tadi ...

Murid A: cikgu duit saya hilang
Cikgu : berapa ringgit ?
Murid A: RM4
Cikgu: awak ingat tak no siri duit tu, kalau ingat baru cikgu boleh tolong carikan ...

........Logik , kerana no siri boleh membantu ...tapi tak logiknya berapa orang dalam dunia ini akan ingat setiap no siri duitnya dalam purse mereka ... no siri tu dahlah panjang .... macamana , guru sekarang diejek dan di pandang enteng oleh anak murid mereka kalau sikap mereka yang pelik dan merapu begini ...

Monday, March 16, 2009

aku ingat accident ...

balik dari senawang ke kl amek masa 4 jam ...biasanya 1 jam lebih dah sampai ...aku ingatkan accident ke apa, lori terbalik ke rupanya banjir di depan upm .... sume kereta pakat masuk 1 lane je .,...jadilah kesesakan lalulintas ....


kete depan tu sebuah bmw yang poyo apabila ingin menyelit di depan kereta tanpa rasa kasihan dan budget ensem ...

inilah gambar banjir depan upm ...ala ladang yang orang slalu buat iklan ke kononnya cm kat new zealand ...

Saturday, March 14, 2009

aku di TAG orang ....



di sebabkan arahan dari tuan caracol yang aku kena pegi folder picture, bukak folder keenam dan kena bukak gambar keenam ....

maka pada gambar ini , di tepi celah tingkap air asia yang membelah awan ketika aku bercuti ke bandung. Aku sebenarnya lemas naik air asia sebab dia terbang rendah... jadi aku nampak je la selat melaka sepanjang perjalanan. Lepas tu sampai je kat bandung, aku nampak rumah rumah rapat rapat dan ala ala kapal terbang ni nak sapu habis sume rumah. Time tu baru aku tahu indonesia ni padat betul ...selain nampak kehijauan sawah padi bukit ...setiap inci zarah dia ada rumah , ada orang .... ialah diakan populasi kedua terbesar dunia .... walau apapun aku ske indonesia ni sebab orang dia agungkan bahasa kebangsaan kemana aja walau dalam keadaan apa sekalipun .... lagi satu, aku suka cara mereka bercakap, dari pak supir kijang, pak supir kojek, pak supir angkot, teller bank prahara, money changer golden mas atau peniaga pasar baru ...bahasa mereka tersusun dan tak macam orang kita melayunya tunggang langgang ....


tuan caracol saya dah buat tag anda ...walaupun saya hanya guna folder picture dalam dvd sebab dah salin dalam dvd...

Saturday, February 28, 2009

charge perkhidmatan along berlesen ... kepala hot la!!!



Sesiapa yang singgah sila beri tahu aku kat part mana di gelar charge perkhidmatan ...apa pekerja kat situ update payment aku guna manual system ke sampai kena ada charge perkhidmatan?? apa pakai pc tu sampai nak run payment aku dua bulan ke sampai kena charge perkhidmatan ??? apa sebab nak trace akaun aku kat 2u 2u tu pun di kira charge perkhidmatan? apa kerajaan malaysia tak mampu bayar gaji pekerja perbadanan konon tolong orang tapi along berlesen sehingga kena charge perkhidmatan ????

untuk kepuasan tiap tiap bulan aku bukan bayar ptptipu tapi bayar charge perkhidmatan .... satu lagi projek kera untuk rakyat !!!!

Friday, February 27, 2009

baru ko rasa!!!!

“I did not need to pay toll when I was a Cabinet minister. I did not feel the pinch then. Now that I am no longer one and pay toll, I begin to feel the pinch. The rakyat will feel it even more,’’ said Azmi.

petikan berita dari the starlight


Kejap , maksud pakcik azmi di sini bahwa ketika zaman dia jadi menteri dia tak payah bayar tol ...maknanya dia kan duduk kat padang besar ,,,jadi katakanlah perjalanan dari jb ke padang besar tolnya rm100 lebih dia tak perlu bayar ...owh ..gitu ...dah kaya bertambah kaya!!! rakyat yang semikin makan semekut ni lah duk bayar kat PLUS tu ...

Dulu kecik kecik aku tanya kat mama apsal PLUS ,,,mama aku jawab senang je ...sebab senang tambah harga ..PLUS = TAMBAH ,...kalau kurang harga mungkin MINUS namanya ...

Kepada pak azmi, stakat bayar tol tu celah gigi mu saja ...apalah nak pikirkan kalau compare ngan rakyat yang ramai dah jobless yang ramai tak makan ni ...ish ish ish ...baru skang ko rasa?? dulu time jadi menteri atau wakil rakyat bukan tujuan dia untuk menjaga kebajikan rakyat ?? owh lupa , korang menjaga tembolok memasing .... baru skit je tu ...bukan ke bil telefon, bil astro, bil api korang masih free lagi???

Wednesday, February 25, 2009

buat adegan jauh skit ah !!

Semalam aku melepak ngan abah and adik adik kat mapley ...jangan sesape cuba bagi tahu kat mak aku kita orang gie mamak ...mau ada kena ceramah percuma sebab mak aku akan ckp, "apa tak cukup makanan kat umah" ....

Sebenarnya lepak mapley ni bleh aku tengok gelagat orang dan ala ala lupa umah jap... tapi malam tadi aku memang angen ngan pasangan sejoli selang 2 meja aku ...sakan seh berpelukkan ...sampai adik aku umur 7 tahun tanya ...dah kahwin ke orang tu ??? kenalah adik aku yang sorang lagi jawap ..dah kawen ... lepas tu adik aku yang 7 tahun aka bongsu tu tanya lagi, kalau tak kawen tak bleh peluk peluk camtu kan .... aku jawap : kalau tak kawen tu saja je buat route to hell ....

Aku sangka baik je la ...buat pasangan selang 2 meja ...kalau ada dah kawen alhamdulillah, kalau belum cepat cepat ah nikah ...lagi satu ... buat la adegan jauh skit ...ni malaysia , tak manis ...kalau nak mesra pun kat rumah bleh ...

Monday, February 23, 2009

bila akai letak kat kepala lutut .... khas buat heath ledger yang mengong ...

Pagi tadi aku tetiba ada syndrom malas tahap gaban sampai aku browse mende takde kaitan ngan keje aku..apa aku peduli sebab aku tahu productivity aku di tahap 100% setiap hari ...maka, aku browse sehinggalah kepada pemenang academy award - sape bleh bagi tahu kenapa nama dia academy? bukan ada skolah perfileman pun atau ikut teori otak aku academy disebabkan penghasilan filem bermutu setara sekolah perfileman ... sehinggalah mata tertancap pada pemenang best supporting actor - si mendiang heath ledger ... memang dia dah di sebut pemenang pun dengan adegan gory dia dlm jocker dan menyebabkan aku menyumpah nyumpah tengok acting dia yang physcic tu ....

Inilah sesi berapi aku ...apsal la lu buat jalan singkat gie hisap dadah sampai overdose... ..kalau lu idup bleh je lu pegi academy award dan tak lah lu masuk guiness book as second person demise and received award... kalau tak sure lepas ni lu dapat offer tahap puluh puluh juta .... entah entah batman sequel seterusnya lu gak jadi joker - singkat betul lah akai lu ...

Disinilah letaknya akal perlu kita dulukan ...buat kita orang islam tentulah iman benteng terakhir tatkala kita rasa di penghujung ...bukannya menyerah... tak di duga manusia itu lebey daripada kemampuannya.

Kisah heath ledger ni bukan dia sorang je buat , ada lagi sorang ...pelukis tersohor jepun yang aku lupa nama waktu pemerintahan meiji ...diceritakan dari generasi ke generasi ...di sebabkan lukisannya tidak ada siapa yang mahu beli, maka dia buat harakiri ....bila lukisan dia di jumpai bersama mayatnya ...adalah jutawan yang berkenan ..ni sorang lagi marketing strategy fail pastu pegi buat jalan singkat .... ish ish ish ....

kekadang aku rasa ada motif kenapa slumdog millionnaire menang ...sebab nak bagi tahu kat orang yang kalau ada kenan ngan heath ledger supaya berubah fikiran ...hidup cuma skali , apa salah kita fulfill kan sebaik baiknya .......
gambar di atas adalah heath ledger ngan watak terakhir as joker ...tapi sedar tak bahwa karekter manusia kat dunia ni ada je lebey teruk dari joker di atas ...

Saturday, February 21, 2009

kisah jodoh ....

Jodoh dan pertemuan itu kehendakNya .....

Hari ini saya ingin berkongsi kisah tatkala rakan rakan merasakan diri di dalam kekalutan kerana tiada cinta...siap lagi bersaing hebat untuk menjadikan tidak tercalon dalam group andartu dan siap ada ugutan jika ada rakan yang menyaingi ianya satu pengkianatan .... apa semua ini??? kenapa boleh jadi begini??? dan ada juga yang main tangkap muat janji diri kahwen dari digelar andalusia ...

Eh, kenapa rakan rakanku yang selama ini bertahap pemikiran keluaran universiti bila tiba bab- bab begini seperti hilang akal ... kenapa dari menggunakan akal anda mampu bertindak di luar kotak pemikiran dengan serba kedangkalan??? bergembiralah jika teman kita sudah punya pasangan dan jangan berdengki ...doakan kebahagiaan mereka... dan buat kita yang masih solo , berdoalah di temukan dengan yang mampu bersama kita membina mawaddah wa rahmah .... kenapa bila tiba bab bab jodoh sanggup mengutuk kawan yang masih solo??? kenapa ini terjadi???

Baik , usia saya bakal menjejak 25 tahun .... saya masih berasa seronok dengan kehidupan sekarang bersama keluarga terutama adik adik ... berjalan sama sama menonton wayang dengan adik adik dan masih dalam kawalan keluarga.... bagi saya bab jodoh ini mudah , jika DIA berkehendakkan dan sudah tiba masa yang sesuai ia akan datang ... Saya tak nak orang semua kawen dan kita pun kawen kerana trend ... jangan kita salah terpilih .... Jika dilihat di luar sana bila kahwen derita yang tiba , nauzubillah ...sedangkan ketika bercinta baik sahaja ....

Seorang rakan di office siap mengeluarkan kata begini kepada saya ...menyesal berkahwin ....alahai kenapa jadi begini??? rupanya lelakinya terlampau high demand kerana mahukan barangan branded sahaja di rumah sehingga habis duit si isteri ...tetapi bukankah sebagai permaisuri rumahtangga kita boleh membina cadangan ????

Maaf, saya bercakap dengan teori dan pengamatan ...tanpa pengalaman ,,,,, tapi yang saya nampak berapa ramai kecundang kerana tangkap muat .... bukannya tatkala saya menulis saya suka hidup sendiri ...tetapi bagi saya biarlah ikut pepatah :biar lambat asal selamat ....

biarlah kita menjadi bidadari dengan cara sendiri , membentuk baitul muslim daripada berkahwen mengikut trend ...buat rakan yang telah berjumpa pasangannya ...anda di beri rezeki awal membentuk keluarga ...kepada yang belum ketemu janganlah kita panik tak tentu pasal ...rezeki jodoh ini sudah tertulis ...doa doa dan doa ..itu yang penting .....

Tuesday, February 17, 2009

Bas 30 ....

Aku panggil bus international -sebabnya sume bangsa ada dlm tu ...ada orang tempatan dan pedatang samaada dengan izin atau tanpa izin ...bagi aku interval jap sebelum ckp pasal bas 30 ni ... kenapa aku tak guna perkatan pendatang haram ?? sebabnya waktu aku ke jakarta sewaktu sedap naik beca , pemandu beca tu cerita yang dia ni dulu bekas imigrant, dah penah masuk depoh tapi dia tak puas hati apsal orang msia panggil dia pendatang haram ...dan dialog ni buat aku gelak guling dalam beca dia tapi lepas tu aku terfikir betul gak kata pak beca ni ....

Dialog pak beca: mereka panggil aku ini pendatang haram , waduh , apa kok aku ni babi yang boleh dipanggil haram .....

Berbalik kepada bas 30 iaitu kenderaan kedua kalau parent aku tak leh jemput aku balik office. Memang sure aku dpt seat sebab aku antara terawal naik bus tapi nak turun azabnya ...mak aihh ...seksa ..jadi aku ske duduk seat depan atau berdiri kat depan even konduktor sound suh aku berganjak ...kalau dia suh kebelakang belakang pun aku gerak 3,4 tapak je ..ahakz ...lepas tu aku buat cm tak dengar. Dalam bus ni kalau ikut nisbah memang ada 1-2% golongan pertengahan (biasalah orang keje ...apa kelas naik bus, baik naik monorail, naik star) tapi disebabkan dengan naik bus aku hanya perlu menapak kurang 100o tapak dan kalau naik train aku kena menapak napak ...maka aku naik bus. Logik ah untuk sesetengah manusia, pakai exec maybe rasa cm hampeh nak berlaga laga dlm bus ... dan secara penuhnya yang dalam bus itu golongan bawahan ...pelbagai jenis manusia dan ragam ..yang semuanya sibuk nak balik ....

Tapi apa paling aku sakit hati , pemandu bus dia ske ske hati (mentang mentang dia yang bawak bas) merokok dalam bas ...lu tampal skit punya besar -poster no smoking tapi lu gak yang jadi jin asap ... Kadang kadang sedey tengok orang gelandangan naik bus dengan baju compang camping ...ataupun tengok orang susah bawak anak ...pastu baby dia nangis sebab bus sesak ... Tapi satulah kalau aku balik naik bus aku akan rasa bahwa aku perlu dan gandakan kesyukuran dengan nikmat aku dapat dariNya ,... bukan itu sahaja untuk sebuah keinsafan kerana ramai lagi di dunia ini yang tidak bernasib baik ....

Bus 30 tetap sama kerenahnya dari zaman aku belajar sekolah menengah (balik tusyen) sampai zaman aku kerja ...suka sangat sumbatkan orang sampai bus senget sebelah lepas tu tak ubah macam tin sarden kepek ....

Monday, February 16, 2009

kata kata Hati

waktu aku di uni, aku penah baca satu novel melayu yang kasik aku berangan tahap empayar mogul datang malaya ... kata novel tu ...rahsia hati siapa yang tahu ???
Betul ...hati memang susah nak di tebak, susah nak diteka ...ialah kalau hati tu senang di refleksikan dengan perkataan takdelah jadinya aku jadi pak pacak untuk pementasan lang rama dan sita dewi selama 6 tahun. Blog aku pun pasal hati - organ terbesar badan, yang kalau rosak itu dilihat melalui kuningnya mata, demam dan badan keringking kurus ...maka mungkin scherrosis, hep B itu milik anda ....

Berbalik kepada hati yang membawa perasaan ...kat sini aku start confius ,,,hati yang ekstrak toksik itu ada jiwa atau jantung yang mengepam oksigen dan membuatkan kita bergerak itu punya rasa??? Hati suci yang dicari ...dalam melangkah hidup, aku dah lihat pelbagai hati manusia, ada yang suci, ada yang tulus, ada yang sonsang ... apa apapun itu hati mereka ...cukup aku menjaga hati sendiri agar tidak cedera dan menderita ....

Sekeping hati itulah letaknya keluhuran budi ...atau jatidiri .....

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

dan jadilah manusia yang punya hati ikhlas demi kebahagiaan insan sejagat ...

Saturday, February 14, 2009

PasaL KeReTa ...

aku memula cm tak percaya ...apa betul ada spesis makhluk cenggini dalam dunia ...tapi bila ia berlaku dekat kawan baik aku sendiri ...memang aku terpaksa surrender ada gak dalam dunia yang suka buat cite klakor gaban camni .... SEMUANYA KERANA KERETA .

kawan aku ni berkasih sayang dengan sorang mamat sewaktu kat kampus. Kira kira dengan hidup student keluarga sederhana u dont expect to much ah nak ada kete ...motor adalah ...tapi memandangkan kami ni (sebab aku sama uni ngan kawan aku) belajo kat uni yang lengkap trip bus dia selang 15 min , dengan lrt nya, dengan teksi nya maka takdelah ngidam nak beli kete sangat. Lagipun sapa nak tanggung kos minyak kalau bukan mak pak kita gak ... maka , berdating ah kawan aku ngan pakwe dia ke tempat tempat femes menaiki lrt atau bus ... kira susah senang bleh layan ...
Bukan setahun dua kawan aku berchenta sehingga masuk fasa kerja ... bila time kerja (ialah fresh grad) duit bayar sewa umah cukup ah, shopping runcit runcit bleh ah .... pakwe kawan aku berkawan ngan pompuan pompuan yang ada keta ... tetiba plak mamat ni rasa eh cm senang ek jika bergerak ngan kete .... maka pepaham lah korang pada satu hari yang sugul mamat itu mengutarakan permintaan yang memang -haih' lawak sungguh'

mamat A: minah, aku rasa stakat ni kisah chenta kita
minah B: apsal lak lu tetiba bagi talak ni
mamat A: sebab gua jumpa awek baru
minah B: apa lebey awek baru ngan gua??
mamat A: sebab awek baru ada kete ...senang ah gua nak kua
minah B: erkkk???


letupan berapi: kan lebey baik mamat tu kata dia mintak putus sebab dia ada thalassemia major ke , darah dia hemophilic ke ...dari bagi reason kete ...gile tak meriah alasan mu itew ....

Tuesday, February 10, 2009

kadang kadang aku ske meletup ....

""aku xtau samada aku patt admit aku salah,just aku nak minta maaf if aku salah n if ko xnak de kaitan ngan aku lagi pun aku faham kenapa n aku terima..jus xelok putuskan silaturahim..but again i understood ur situation """

letupan berapi tahap lava karakatoa ...aku nak tanya sape mulakan game dahulu ...sape yang buat hal tak tentu pasal ....sape sape dan sape ....

ish ...apsal aku merapu di blog aku sendiri ....

Monday, February 9, 2009

pOster Untuk Anakku

Hari sabtu lepas saya menonton Majalah 3 tentang nasib mereka di Gaza ..sedih melihat kesan bom phosporus dari Israel durjana itu ...tetapi saya lebih tersentuh melihat kaum muslim di sana yang menerima kehilangan ahli keluarga dengan rasa bangga. Tentu sekali jika saya akan berasa bangga kerana ada ahli keluarga yang syahid dimana pasti laluan ke syurga itu akan ada tangan yang menggapai , InsyaAllah. Kebiasaannya mereka akan membuat poster untuk digantung di rumah dengan wajah anak mereka yang telah syahid ...satu kebanggaan kerana anak mereka mati mempertahankan maruah agama sehingga ketitisan darah yang terakhir ...

Bagaimana pula dengan kampung halaman saya ...owh mereka juga membuat poster tapi untuk perkara lain ... Ialah musim sekarang ini Akademi Fantasia 7 akan berlangsung maka berlumba lumbalah poster untuk anak mereka demi menunjukkan meriahnya sokongan dan juga vote sms memihak kepada anak mereka. Kadang kadang saya rasa kasihan melihat ibu bapa sanggup memegang wardrobe anak dan sanggup berhabisan demi kejayaan anak pada satu rancangan hiburan. Bukankah lebih baik memberi sokongan agar anak anda bergelar academician ataupun yang terbaik untuk jalan akhirat ...

serta trend terkini jika di lihat di kampung kampung ialah poster pasangan pengantin...bukan saya nak kata apa, memanglah mudah untuk orang ke rumah pengantin.Cuma yang tidak manis gambar di poster itu ada antaranya gambar sebelum berkahwin tetapi sudah berpelukan dan berpegangan tangan ...bagaimana tu????

Itulah dia dua senario berbeza walaupun agamanya sama ....

Thursday, February 5, 2009

BarU sEmalam

Saya akui saya bukan seorang yang pandai menceritakan kata hati ...tapi apa yang terjadi buat saya berfikir dan merenung bahawa cepatnya masa berputar , cepat betul segala apa yang berlaku di sekeliling kita ....

Petang itu saya pulang ke rumah, pagi tadi sewaktu di dalam bus saya mendengar komen kawan. Kalau menang pun mungkin cik siti wan kembang, yang lain parti dacing -result camni sume orang dah tahu. Saya juga yang ketika itu tanpa perasaan dengan tetiba stuju dengan tahyul itu. Entah kenapa hati tidak langsung rasa optimis apakah kemenangan itu milik kami....saya balik untuk bersama keluarga melihat perjalanan demokrasi yang kian suram, apakah sinar masih milih tanah malaya ini? apakah esok jika kalah DSAI dan keluarga masih punya tempat di Malaysia? Apakah yang akan jadi pada parti mata, parti bulan? apakah dan apakah ...yang saya fikir KALAH ...sebabnya saya cuba memikirkan nasib jika mereka KALAH ....

Pagi hari mengundi itu kami berkumpul di rumah besar di daerah Gombak ... rumah wan meriah dengan kesemua anak anaknya berkumpul ...even mak ngah sekeluarga yang menetap di utara pun berkumpul sama (sebenarnya hari esoknya adalah majlis perkahwinan saudara sepupu) ...Masih saya ingat , saya, mama, sepupu sepupu, abah, pakcik dan makcik berkumpul di depan TV, dengan laptop dan newspaper ...saya rasa pemikir dan penganalisa politik pun kalah dengan gelagat kami... malah kami terlompat gembira kerana calon yang kami pangkah menang ...agak kanak kanak jugak aksi orang dewasa di rumah wan meraikan kemenangan dengan takbir dan air mata gembira ...esoknya kami bangun (adakah kami tidur sebenarnya pada malam 8 mac itu??) ..wajah kami tersenyum seperti semalam adalah hari raya ...ya kami meraikan kemenangan bahawa demokrasi itu masih ada dan masih wujud ....5 negeri milik hak rakyat ...

Dan semalam saya membuka laptop dengan rasa pedih ,,,belum sempat saya merakam aksi 8 mac tepat setahun , satu negeri jatuh ke tangan dacing kerana angkara ahli politik parti rakyat sendiri ...saya marah dan teramat marah ...kenapa waktu jadi calon pada 7 Mac dulu sibuk kata awak penyokong rakyat? sibuk kata awak tolak rasuah? sibuk kata awak pembela keadilan ? dan semalam saya lihat awak sanggup jilat kata kata awak ...inikah balasan untuk mereka yang mengundi di BOTA, JELAPANG DAN CHANGKAT JERING ??? atau mungkinkah saya juga tersilap perkiraan dengan apa yang terjadi ? ataukah parti rakyat belum cukup kuat melawan cereka ini ....

cuma satu yang saya percaya ...Manusia merancang, Allah merangcang tetapi perancangan yang Maha Kuasa adalah segalanya ....sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi di setiap apa yang terjadi .....

Wednesday, February 4, 2009

Susah Sangat Nak cakap Terima Kasih

Alhamdulillah, menuju ke tengah hari demam aku semakin kebah ...cuma tekak aku masih perit dan hidung nak semakin hilang sok seknya ... Tapi blood pressure abah memang buat aku tak tenang : 140/110 ...sama macam pergolakkan politik perak ....
Tengah hari tadi abah ajak aku ke pasaraya kerana membeli barangan /persediaan sambut burfday boy si putera bongsu ...adik aku yang bongsu ni memang manja tahap gaban ...kerana jarak usia dengan kami semua yang jauh ...kita orang sume tahap dewasa dia sorang je tahap kanak kanak ribena ...dan seringkali disalahtafsir oleh orang ramai sebagai cucu parents aku ....

Nak dijadikan cerita, sewaktu di pasar besar , nak amek troli yang kena park 20 sen tu ada masalah sebab sorang pakcik susah nak keluarkan trolinya. Ini semua angkara penyangak mana yang tak reti ikat troli bebetul... disebabkan kesian tengok pakcik tu terhunggah hunggah nak keluarkan troli dari deretan troli yang panjang aku cuba membantu ...namun gagal!! Abah yang datang lambat cuba menolong membetulkan rantai kunci yang membelit di tepi troli dan berjaya ...

Korang tahu apa pakcik tadi buat ...selamba gaban dia menonong amek troli dari memandang kami berdua ...tanpa ucapan terima kasih ,.... pergh , inilah budaya bangsaku ...susah ke apanya nak ucap TERIMA KASIH tu ...berat sangat ke mulut ...susah payah aku ngan abah tolong (bukan aku harap dan mula rasa aura ketidak ikhlasan pulak kang) ...tapi aku nak bangsa aku ni reti appreciate setiap apa yang berlaku ...jangan nak jadi arrogant ...memanglah pertolongan kami tu seciput jek ....tapi kalau dah tua bangka umur gaya masuk 7 x 4 m dalam ..belajar belajarlah ucap terima kasih tu ...isk isk isk

letupan berapi : Maybe dia tak faham atau tak tahu cara nak ucap THANK YOU

Tuesday, February 3, 2009

eruption from my body ...


Aku dah kata ...ketegaq sangat guna nama eruption ...hari ini aku type entry dengan memakai sweater, berstokin dan kepala dah rasa berpijar pijar, pada suhu bilik khatulistiwa yang mencecah 32 -33 darjah ... eruption from my body ...pagi tadi gie klinik office ...aku didiagnosekan viral fever ...doakanlah esok lusa aku sembuh ...pening kepala nie ....dah dekat 5 biji paracetamol aku telan ....

Monday, February 2, 2009

whoaa ...kami artis !!!!

Ketika aku menaip entri ini ...bibirku masih lagi terus tersenyum dan tergelak gelak dengan kenangan pagi semalam di negeri bersejarah .... percutian bersama sama crime partner menyebabkan kami mengalami syndrome perasan artis ...jangan salahkan kami tapi salahkan pemandu pelancong yang membawa rombongan dari tongshan (tanah besar china)...

Aku bersama tiga lagi rakan yang membuat gelaran nama group sebagai AAF (anti american food -actually anti american brand) ... kami berempat menempah hotel di tengah bandar - series our budget hotel from front view look like choyika even it just upgrade a bit from rumah tumpangan ah kiow ...tapi bila melangkah ke tangga dan seterusnya ke bilik , tak ubah mcm sri malaysia yang aku penah pegi ...terima kasih kepada rakanku cik cerdik(sebab setiap sem dean list)yang mengoogle budget hotel ini. Dari hotel kami , a famosa, menara taming sari, river cruise dan eye on malaysia boleh di lawati dengan berjalan kaki ...

Maka bermula kisah artis kami .... memandangkan semalam hanya sempat ke ayer keroh dan makan di alai (i think this place much better compared to umbai and cheaper too!!!). Pagi hari seawal 5.30 , ahli kelab AAF sudah bangun untuk take turn for program tour. 7.15 pagi kami sudah di lobi hotel, berbekalkan map di tangan kami melangkah ke arah utara ...setiap tempat menarik di jadikan lokasi pengambaran sehingga sampai di tengah laluan antara bangunan stadthuys dan replika kincir angin (kesian kami kerana kincir angin melaka pun jadi mangsa walaupun bercita cita melihat kincir angin belanda).... di sebabkan polis pelancong tiada + kereta tak banyak , tanpa segan silu kami memanjat replika kincir angin untuk bergambar ...rupanya aksi selamba itu ditonton dan mendapat tepukan dari sebuah group pelancung dari China....

AAF meneruskan perjalanan sehingga ke A famosa , di sini kami beraksi seperti biasa sehingga ketua rombongan menegur kami dengan mengatakan pelancong ingin bergambar dengan rakyat tempatan...maka kami bersetuju apa salahnya ..ingatkan sekali gambar besar sahaja. sebab kami yang berjalan kaki ini ingin cepat cepat sampai ke menara taming sari .Cukup sekali take dengan berpuluh kamera, selepas ucapan shei shei , kami melangkah...tiba tiba ketua rombongan menahan kerana ada satu famili mau tangkap gambar kami berempat ..kami senyum, rupanya bukan satu famili, tapi semua famili ....mak aihh ...ada dekat sepuluh famili kesemuanya dan tak termasuk individu yang ingin mengambil gambar kami berempat atau salah seorang dari kami...aku cuba lihat jam di tangan dan bercakap dlm bahasa omputih bahawa we are running of time ...tapi sepatah haram mereka tak faham ...di balunnya lagi kami bergambar ...sampai sakit mandible jaw kerana terpaksa senyum ....until semua puas hati baru kami pergi ....

Dan kini baru ku tahu rasa artis malaya bila kena terpaksa bergambar dengan peminat ...aku tak tahu apalah pemandu pelancong tu tipu ahli rombongan sampai semua keempat empat kami tak ubah seperti kumpulan pop destiny child atau gadis rempah (spice girl) .... tapi seronok gak confirm confirm wajah kami kini ada di china ...whoaa ...ahakz ....

Thursday, January 29, 2009

cHenta .... semoga Kita bersama Selamanya ....

Maaf, aku bukan pencerita terhebat malaya ...kerana kali terakhir aku memasuki pertandingan bercerita peringkat sekolah ketika di darjah tiga. Untuk menambah keyakinan kamu semua aku tidak pandai bercerita dengan bukti setiap kali ujian aku memilih tajuk menulis karangan fakta daripada karangan fiksyen kerana tahu aku amat lemah daya imaginasi kuasa ultra. Tapi untuk kali ini izinkan aku menulis kisah chenta melangkau zaman dan tidak terduga dek akal fikiran ....

1940 - endau, mersing

Rumah lebai Ghani memang senantiasa menjadi tumpuan masyarakat kampung kerana lebai Ghani antara orang yang arif ilmu agama. Mempunyai tujuh anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Si perempuan bongsu dipanggil acu amat keletah orangnya dan petah berbicara. Dalam perkampungan pesisir pantai, hembusan atmosfera serta desiran ombak ...merancakkan pemandangan dengan lentuk pokok kelapa. Indah pemandangan desa nelayan, dalam diam gaya lincah acu menambat hati seorang pemuda yang lalu di depan rumah lebai Ghani. Tapi hasrat hati di pendamkan . Mungkin pemuda tersebut memegang kata - kata jika tunggu lama lama nanti di kebas orang, pemuda yang hatinya penuh ledakan chenta memberanikan diri menyampaikan khabar melalui orang tengah. Rupanya , kasih di sambut. Namun, malang sekali ibu pemuda tersebut sudah menyediakan calon. Kerana tidak mahu dikatakan anak durhaka, pemuda akur kata ibunda dan membawa isteri merantau ke temasik kerana mendapat kerja di dermaga singapura ....si gadis kerana tahu tidak perlu menanti meneria lamaran kasih dari pemuda kampung yang berani merisik pada bapa si gadis.......


1990 - an, endau, mersing alaf kini

Angin pesisir laut yang menderu menyapa damai di tanah perkuburan Islam endau. Siapa sangka, hari itu kisah uda dan dara yang setengah abad terpisah di temukan semula. Si ibu tua yang sudah mula di makan waktu (kulit tidak semulus dahulu) sudah menjadi rutin melawat kuburan suami. Selesai doa dan yassin dibaca, dengan menaiki sepeda , si ibu tua melangkah ....di tepi pagar kuburan , seorang bapa tua melangkah menziarahi kubur si isteri yang sudah pergi ke alam Baqa'. Masa seakan akan terhenti , bumi pulse sebentar, mereka bertemu kembali. Hilang seluruh kata , bayangkan 50 tahun tidak pernah bersua.

Bahawa sesungguhnya jodoh itu kehendak yang maha Esa. Pasangan tua ini tidak pernah menyangka bahawa mereka di temukan kembali dan tidak pernah terdetik di hati mereka bahwa pada masa akan datang pasti ada sirna buat kisah cinta yang terpadam. Mereka berkahwin, demi tujuan sebagai peneman hari tua ....

----------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini adalah kisah arwah tuk cu aku ....bukan apa, di sini aku lihat bahawa pertemuan dalam hidup itu adalah kehendakNya... setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahNya. yang penting berdoalah agar kita ditemukan dengan pasangan yang boleh bersama sama di hari tua dan pada hari yang kekal abadi ...bagi saya untuk kita mendambakan yang terbaik ...kita harus menjadi yang lebih baik ....

Sudah 2 tahun arwah tuk cu meninggalkan dunia ...dan suaminya menyusul kembali kepada Ilahi selang beberapa bulan ...Kisah mereka mungkin banyak berlaku di luar sana ....sebagai sebuah kisah tentang kasih dan sayang serta rasa cinta yang di anugerahkan oleh yang Maha Kuasa ...



Tuesday, January 27, 2009

Ibu Nak Bagi Dana ke ????

Cuti hari minggu dan cuti tahun baru cina (CNY) ...saya sekeluarga pulang ke kampung abah di Johor sempena meraikan majlis perkahwinan abang saudara .... kami sekeluarga menumpang semalaman di sebuah rumah pakcik di batu pahat memandangkan kenduri kahwen anak makngah di pontian johor yang mengambil masa sejam dari batu pahat .... Sedang berbual bual dengan ibu saudara tentang anak kecilnya yang baru masuk darjah dua ...saya tergerak hati mengambil quote cousin kecil yang memarahi ibunya kerana membeli LOREAL ....

cousin kecil saya namanya hafiizuddin dengan ibunya iaitu mak cik saya....

hafi: Ibu hafi nampak kat bilik air ada loreal (pencuci muka), siapa punya?

ibu : Itu ibu punya , ibu beli 2 bulan lepas

hafi:mana boleh , ibu ni ...loreal tu barangan israel ...ibu nak bagi dana kat israel ke ??

ibu:aik ...tahu kamu pasal dana, hafi dana tu apa??

hafi: dana tu bagi duit la kat israel ....


Kagum saya yang budak kecil usia 8 tahun mampu faham term economy mudah tentang apa yang terjadi di luar negara. Bukan itu sahaja siap menyuruh atuknya membeli barang di pasaraya tempatan dari pasar besar milik syarikat peranchis ...dan lebih menakjubkan hafi dan abangnya sanggup photostate barangan israel dan letakkan di surau rumah mereka ....jika anak kecil ada effort untuk memboikot dan menyedarkan masyarakat tentang kejamnya israel ...kenapa kita yang taraf tua bangka duduk diam sahaja .....

Thursday, January 22, 2009

Buang Anak atau Buang Emak

Dulu cerita terjun, skarang cerita main buang buang ....apa kes la masyarakat aku ni ....betul ke apa kita ni tinggi pekerti??? bab yang ini aku musykil

Kisah Satu

Seorang bayi dibuang ke dalam tong sampah oleh bapanya ketika bergaduh dengan isterinya(iaitu mak bayi tersebut) ....aku biasa dengar orang gaduh ada ufo ngan boomerang ...bab buang bayi ketika bergaduh ni memang first time aku dengar ....dahsyat ....

Kepada ibu bapa si bayi jika rasa dah malas nak jaga anak bagi je lah kat aku ....memang aku tidak lah berapa willing nak jaga ...at least aku takde hati nak campak kat tong sampah ....bukan anak itu amanah Tuhan ...apalah dosa si baby tersebut ....


Kisah dua
Satu pasangan telah memfailkan saman ke atas anak disebabkan anaknya gagal menunaikan janji serta menghalau ibu bapa dari rumah. Sah tanggang versi millenium, lebih pilu anaknya seorang pensyarah ...errk, apa betul aku baca....tapi menurut statistik yang meletakkan ibu bapa di rumah orang tua kebanyakkannya adalah mereka yang berjawatan tinggi dan kelas professional A ...

Memang kat universiti tak ajar bab adab ...tapi sebagai seorang yang digelar terpelajar + ada otak ...plus dikatakan academician, cendiakawan ....adakah kita letak otak tidak pada tempatnya ...dah lah nak anto masuk uni tu dah separuh azab parents kita ...yang ko pergi buang parents tu kenapa??? lagi satu RM4400 tidak cukup untuk membantu ibu bapa ...aku tak fikir parents kita mintak semua duit gaji ...mereka mahukan our caring and concern ....buat si pensyarah , if u want to gain respect from student, u need to respect ur parents first ....


luahan berapi aku : Nak buat aktiviti buangan ni guna akal dan lepas tu ingat dosa ...kiamat nak dekat ..!!!!

Wednesday, January 21, 2009

LEPas ni aku tak nak minat Keanu Reeves!!!

Arghhh...lagi skali ...bengang ah ngan mamat ni ....dan teruskan ..confirm lepas ni aku bakar dvd download matric ....

setelah aku baca kata kata si bodoh bebal mat salleh ni ..aku rasa nak marahkan diri aku sebab gaduh ngan sorang kawan yang kata cerita the day the earth stood still cm sampah. Aku siap backing cite tu penuh ngan message , ajak orang jaga alam sekitar, ajak orang jangan duk nak main perang perang ...dan tentang manusia yang memang tak pernah berubah ....tapi komen mamat KEANU REEVES ni memang buat aku hangen satu hari .... jahil murakabkah dia ???

tapi itu aku faham ...mat salleh, ikut propaganda cnn , bbc dia je ...ni negara arab yang bernama egypt tu ikut propaganda sape agaknya ??? siap benarkan ruang udara untuk yahudi laknatullah serang gaza? dah buta hati ke husni mobarak ??






Tuesday, January 20, 2009

translator terjun .....

Dalam fenomena skarang yang suka buat terjun tiruk atau terjun gaya bebas, aku pun nak cerita new story waktu temankan kawan aku hari tu ....tak pepasal aku jadi translator terjun... bukannya aku jadi pemujuk orang suicide atau translatekan luahan hati diaorang kepada pak bomba yang duk nadah kain keselamatan .....tapi aku jadi translator bahasa arab ...wohaa, aku cm tak caye je ngan diri sendiri ....

Arakian ceritanya bermula, kawan aku si tajam serpih mintak teman nak beli baju kurung...aku pening gak memula apsal minah ni nak beli baju kurung tengah bulan, nak kata warm up baru keje dah berbulan bulan bekerja ...dan teman aku menjawab, oi , kwan kita nak kawen hujung bulan - aku ni nak kena outstation je slalu tak sempat nak beli (almaklum kawan aku sejak keje kat kementerian kesihatan ni outstation je , tak mcm aku terperuk kat kl ni) ....menapaklah kami dari satu kedai baju ke satu kedai baju ...sampai kat kedai jalan masjid india, kawan aku berkenan sutera shantung tanah hitam, duk try menery baju ..adalah mamat foreigner bekenan nak beli baju untuk isterinya

dan dialog bermula:
mamat : How much (sambil memegang tepi jubah)
pekedai: RM120
mamat:less?
pekedai:RM100
mamat:akhirul kalam
pekedai:???#####
-aku yang dengar gatai menyampuk-
aku berdialog dengan pekedai: dia kata harga akhir tu ..
dengan pantas pekedai mencapai kalkulator ..owh pekedai baru teringat bahasa cursive pun main peranan time tengah ayam itik ini
-disebabkan mamat tu tak puas hati dengan harga, dia belek baju lain
mamat:how much this (sambil menunjukkan baju baru yang dia pegang)
pekedai:RM80
mamat:aku lupa dialog arab dia (tapi aku faham maksudnya takde kurang ke???)
aku kepada pekedai: dia mintak kurang lagi
pekedai:RM60 (IN english)
aku:alamak 6 tu yang sittah ke tis'ah (maka aku membilang ) ngan condifent aku jawab - sittatun asarah
mamat:anti fahimtu arabiyah
aku:(dalam hati)..jawab naam kang naya ...akhirnya aku senyum
mamat: saya setuju dengan harga ni (ni fahaman aku lah apa dia ckp)
aku kpd pekedai: dia nak harga tu
dan mamat tu membayar terus pergi


apa yang aku nak buat korang tergezut, mamat tadi bukan orang arab, tapi orang dari tanah besar tongshan (china) ...mak aih, malu aku, bahasa arab dia cm air ...aku bukan tahap merangkak tapi tahap mengesot ...dan akhirnya betullah kata arwah ustaz aku time aku sem 2 kat matrik, sebabkan kelas aku sume degil + begik dia pernah tanya : siapa yang susah kalau bahasa arab semua teruk ...dan kelas aku yang memang nakal menjawab: mereka dan keluarga mereka ...ha kan aku dah kena ...tak reti nak balas balik je apa orang kata ....ni rasa nak masuk kelas balik ...

Monday, January 19, 2009

Tok Mon rupanya nak jadi artis

Pagi lepas aku baca paper setelah kemenangan parti bulan di east coast aku tertarik dengan satu berita di kolum kecil sebuah akhbar kerajaan :
Petikan berita:
"tengok orang bertanding tok rasa seronok, kali ni tok tak boleh nak bertanding sebab takde penaja, dulu orang ambil gambar, tok rasa macam artis"
Haih, tok pun tahu nak glam???

Dan berbalik kepada masyarakat gaya hedonisme , sume orang nak terkenal dan glamor, gaya mana , atau cara mana blasah je lah. Paling aku tak tahan kalau AF bukak floor untuk audition, sanggup melalak kalau tak dapat masuk.Bila jimmy shanley (pengacara AF) tanya kenapa nak jadi artis, saya minat seni ..wehla ..tolong bagi jawapan realistic seperti ini- dengan menjadi artis saya boleh glam, tak perlu belajar sampai peringkat 4 uni, tak perlu susah susah turun naik library, untung2 bleh jadi pilihan dato' terkini ...kan senang jawab camtu ...atau lebey best, digosipkan dengan laki orang ke apa...

Yang bab ni lagi aku heran petala lapan ...macam kisah si memey yang sume orang cerita , apa ke halnya pegi office tengah malam??? aku ni nak santak sampai pukul 9 pun dah bulu roma tegak berdiri + rasa tak larat nak kulikan diri sampai lelama gitu kat office apatah lagi sampai pukul 2-3 pagi ..ish ish ish, dah tu sanggup masuk WHI , itu tempah maut kak oi, dedah pekung diri ...tapi aku memang perasan, orang skarang buat sume benda nak cari glam ...lain blakang kira ...n i keep wonder if i ask all the candidates of gadis melayu ada tak yang bran nak jawab- saya bertanding gadis melayu sebagai laluan besar nak masuk broadcast sambil sambil mudahlah ke laluan lain .....





Friday, January 16, 2009

bila khatib menitiskan airmata ...

Tatkala aku sibuk memblogging di depan pc, sambil membiarkan tv propaganda kerajaan terpasang dengan khutbah jumaat dari masjid negara. Aku akui, aku tak dengar khutbah yang disampaikan oleh khatib bertugas dan sekadar amek point tentang apa yang berlaku di palestin. Sedang aku ralit memblogging kisah apei- anak kampung , tetiba aku dengar suara khatib berubah, aku tinggalkan pc dan berlari ke depan tv...suara khatib berubah intonasi menceritakan apa yang berlaku di Palestine. Sewaktu itu khatib tengah menceritakan tentang tatacara islam di dalam peperangan yang dimana kita ketahui Yahudi bangsat tu mana tahu rule of war . Juga khatib berkata , kita ada 1.3 billion umat Islam dan zionis itu cuma ada 6 juta rakyat.... tetapi kenapa kita kalah ....????


Dan kali pertama, khatib membicarakan tentang jihad iaitu semangat kental perjuang Islam yang tidak takut mati demi maruah agama ...sedangkan Israel itu takut akan mati. Nah, tiba masa aku rasa umat Islam perlukan semangat jihad dan tiba masa aku rasa persetankan orang amerika yang takut perkataan jihad maka mereka gantikan dengan katanama terrorrist... Aku rasa kalau kumpulan jihad itu banyak dan berbondong bondong mengangkat senjata...nescaya Yahudi laknatullah itu lumpuh.

Aku akui aku lemah, nak pegang rifle pun tak larat. aku mulakan jihad kecil aku dengan menolak MCD, KFC,PIZZA HUT, dan aku akan follow up dengan barangan lain sedangkan ini semua faveret aku number wahid. Dan aku rasa makanan ni semua FDA pun dah kata pembawa carcinogenic cuma aku je ketegaq dan malas nak terima research FDA ...

Diakhir khutbah hatiku tersentuh bila khatib dengan tersedu menangis membaca doa untuk rakyat Palestine .... aku tahu satu hari palestine itu mampu kita takluki...




pesanan penaja: jangan boros cm aku, bukak pc and tv tak tutup ...ish ish ...

Thursday, January 15, 2009

The End ...

Baru mula langkah aku dah ucapkan selamat tinggal ???


Aku ucapkan the end kepadaku yang dulu, yang terlampau naive atau lebih tepat bendul tak kena gaya iaitu menanti kepada yang tak pasti ...dan pengakhiran jalan cerita hanya penantian yang aku dapat. Cerita apa ini, adalah lebih baik aku melontarkan kata tentang apa yang terjadi di Gaza yang lebih seribu terkorban daripada bercerita tentang hati dan perasaan ...

Kadang- kadang hati ini tidak mampu mengelak, melontarkan ekspresi kemarahan kepada semaksima mungkin ,,,melaungkan jeritan hati biar satu dunia mengerti ...kenapa terlalu tolol aku ini menanti sesuatu yang tak pasti ??? Enam tahun itu bukan jangkamasa sekejap, aku lambai, aku bantu, aku berdiri , tapi semuanya sebagai bayang bayang, dia tidak pernah nampak dan tak pernah sedar aku ini wujud ... akhirnya aku cuma si bayang bayang yang tidak akan menjelma ...kerana kata hati aku terus menanti dan kerana kata hati ...aku melarikan diri ....

Dia sedang bergembira dan mungkin sekarang ini tersenyum penuh tawa...dan aku terus menangis ...wth ...aku belum cukup kuat untuk orang buat aku sebagai bahan gelakkan besar besaran ...aku dilahirkan bukan untuk dijadikan sarkis lakonan ...buat dia , yang sudah menemui permata ...all da best ....thanks for the beautiful six years ....