Thursday, December 27, 2012

ya hayyu ya qayyum

sebenarnya berkali kali saya padam , tulis , delete post , tulis
saya tidak tahu mahu mulakan dari mana

cuma saya tahu anda buat saya lebih mahu dekat kepada pencipta , anda buat saya mahu berubah bukan kerana anda tetapi keranaNya , anda buat saya mahu mendekati dan menelusuri jalan para tabiin ...

anda yang kadang2 saya gelar poyo ..ah , anda bukan baca coretan ini , saya saja anda tidak ingat barangkali , anda tahu sbb anda saya ada keyakinan diri buat kerja nekad tp masih ada malu seorang perawan ,,,

tapikan anda , jika bukan saya tercipta untuk anda ..saya tetap mahu ucapkan terima kasih , kerana tegas bicara anda , santun melayan soalan saya dan tidak pernah mengeji tindakan berani saya ... anda buat saya ada yakin diri dan kalau gagal dgn anda , teknik yakin diri ini mungkin boleh guna pakai utk lain

tapikan anda , bolehkah? orang lain seperti andakah .yang buat saya tertarik dgn tariq swaidan , buat saya sampai bikin checklist utk issue pemboikotan ..kadang saya cemburu dgn bakal suri anda ...namun jika anda belum berpunya semoga anda buka pintu hati anda utk sekali sahaja terima saya ...boleh anda?


anda : saya selalu berdoa padanNya , pemilik sebenar anda ...-Ya Hayyu Ya qayyum aku mohon bantuan dengan rahmatMu.


Sunday, December 16, 2012

saya rajin nak cerita pasal pengalaman saya diMekah

mekah 2012

sebelum tu ...ampunkan saya yang malas tekan keyboard , tapi rajin berkicau dan bef EF -BEE..

mafhum kerana saya ke Madinah dulu , maka saya harus miqat iaitu niat ihram umrah di Bir ALI --sila rujuk buku SPM bab haji tingkatan 4 untuk mengetahui tempat miqat, apa itu miqat ..sebelum itu saya bersolat zohor dengan mama di masjidil nabawi ,lepas zuhur saya terus jamak asar sbb dkt bir ali kata mutawif saya , kita niat ihram je ,,jangan ada turun nanti ada tak nampak bus ..ye betul ini terjadi tahun lepas , rombongan saya lewat keluar madinah dkt 20minit sbb tiga orang tersesat ... bus dari madinah ke mekah banyak nya , jadi anda bayangkan kota mekah itupun tentu ramai orang ...

sebelum itu , sewaktu di madinah , first time abah pakai ihram dan saya rasa abah cool , sebenarnya hard for me to say good bye to rasullulah dan saya berdoa kepada Allah diberi peluang lagi dan lagi menzirahi makan kekasih Allah ..AMIN! memandangkan abah concern on aurat jadi saya anak perempuan yang tolong abah tiap kali pakai ihram ,untuk selitkan kain ihram mahupun itibaq (kasi nampak bahu kanan waktu tawaf) .

perjalanan ke mekah mengambil masa 7 jam dari madinah ....ok since kali ni mutawif mohd amin tak bagi keluar dan kami semua sudah solat asar , maka selepas berniat jamai , serta saya tambah niat jika ada halangan agar saya boleh menghalalkan diri dengan tahalul (setiap hari saya doa bagilah menses saya turun bila balik msia) , serta diingatkan pantang larang ihram maka talbiah bermula ..perasan ? tiada kata yang saya dapat gambarkan ..touching , tak sabar nak tengok kaabah, rasa takut sbb saya tahu dosa saya sama kot tinggi jabal uhud , rasa teruja sbb berpeluang lagi bersolat di tempat yang 100k x ganda pahalanya  , panjang kata bermacam macam rasa ada..udara luar mula membahang , talbiah semakin slow , akhirnya saya mencapai sakinah iaitu tidor ... sehingga saya dikejutkan oleh mama saya yang sudah tiba di rnr .. memandangkan ingatan saya masih alhamdulillah maintain ..saya tahu ini rnr sama mcm tahun lepas, kami mulakan dengan solat maghrib + isya ...time ni syahdu tau sbb we all in white color , very the jaga all tatatertib sbb nk pegi umrah , since saya tahu kondisi tandas dia tahap bakal loya tekak (seriously aku tak faham apsal tandas pak arab mohon saya buat kerja amal) jadi saya tunggu je mama dkt luar , abah n gang jemaah lelaki dh solat , selepas itu kami cuma solat di tempat rehat yang besar dengan membentangkan karpet ..kami dijamu dengan mandi ayam + ikan oleh agensi travel ...teruskan perjalanan dengan talbiah sehingga semua mencapai kemuncak sakinah

dalam lebih kurang jam 8++ ...ustaz mula berceloteh , dari kejauhan saya dah nampak lambang akhirul zaman siap 4 muka iaitu tower clock atau mecca big ben ...maka saya makin teruja perasaan takut tinggal 5 percent (saya takjub ini) yang ada perasaan menzahirkan diri , berdoa , bersolat dan melakukan routine umrah sehingga selesai dan meluahkan rasa rindu tiada tara bersaksikan kaabah ... check in hotel and 30 minit ustaz bagi tempoh kami berkumpul membuat umrah , masuk melalui pintu king al -aziz 1 ,. sport check pulak tengah mlm (rileks ! seperti biasakan pandai cover) menjalankan routine bermula tawaf , owh orang ramai di waktu malam kerana cuaca nyaman jadi ramai buat umrah waktu malam ...tapikan kadang2 saya suka buat umrah tengah hari , sbb time sujud tu rasa cool (diceritakan tempat sujud itu laluan air zam zam)..tetiba owh , abah saya hilang , tinggal saya n mama je sampai habis routine , lepas solat sunat depan maqam ibrahim pun saya tak nampak abah ...sudahlah abah first time ke sini n mata kurang nampak ...maka saya berdoa agar abah dpt cari saya , perasaan bersalah sbb saya waktu tawaf itu mencepat langkah follow mama , maka terlepas abah ke belakang ...sampai di tempat deretan tong air zam zam  , ustaz menyuruh kami mengambil sunnah meminum air zam zam sebelum membuat saie safa dan marwah ..waktu ini tadaaa ...abah saya nampak tengah bercakap dengan tukang sapu , saya terus menepuk belakang abah (alhamdulillah) dan kami semua melakukan saie, cukup 7x , potong 3 helai rambut maka sempurna sudah ibadah umrah wajib kami ...

kami berjalan pulang ke bilik , dan ada yang best esoknya 1 rejab , jadi ustaz kata kalau larat puasa ..kami bertiga membuat keputusan memandangkan nak pegi umrah ramadhan belum berkemampuan dan kesempatan 1 rejab maka adanya kami berpuasa ....


ok ...nanti saya cerita corat coret kota mekah al -mukarramah

Tuesday, November 13, 2012

corat coret kota madinah

1) Jika anda dari malaysia beriklim lembap mampat , atau dari negara sejuk beku ..jika mau terus keep fit di bumi al haramain ..jauhkan dari tuala mandi untuk tujuan mandi selama satu hari waktu ketibaan ..suhu badan belum stabil lagi ye (ini pesanan orang tua dan mutawif juga) tp saya amalkan supaya saya tak demam


2)Jika bawa ubat pesanlah pada diri , bukan utk kita tapi utk bantu orang lain ..mcm psychology war --InsyaAllah berkesan ..kalau sakit bagaimana mau beribadat dek non oit

3)Jika mau ke raudah --ini tektik bijak bistari :
i)tumpang keluarga ada wheelchair jadi kita masuk lambat dan lama sedikit
ii)cari memana arab pandai ckp english dan mengendenglah sebagai org gaji
iii) jika anda mahu duduk di nusantara berdoalah agar mudah --tp pergi raudah waktu subuh lagi mudah dpt space dari malam lepak isyak ..tp apa apapun berdoalah kerana Allah itu maha mendengar permintaan kita

4) "Ma, kalau dpt makan maggie goreng sedapnya ", kata aku yang mencintai makanan --dan esok 3 tray maggie goreng --alhamdulillah , hamek kau --point dia :sentiasa ckp benda elok , husnozon dan jgn ckp dlm hati --isy , hang pegi tempat baik buat apa buat kelaku

5)Penjual jubah dia dan penjual minyak wangi ramai je gatal meghela ... jadi sentiasa jalan dengan pasangan /ngan mak ayah lagi afdhal --ada dia nak pinang aku dengan unta ...itu takpe , tangan aku pun dia ada cubaan nk pegang ..ceh

6)KFC dia bukanlah best sangat sdp lagi ayam goreng kedai biasa ..harap maklum

7)Buah di madinah tidak perlu dibasuh --itu pesan ustaz kerana diceritakan bahawa tanah dan debu di sana adalah berkat

8)Ke raudhah masuk ikut pintu Usman , lagi satu kalau sport check nak bawak telefon letak dlm purse ,purse letak atas stoking tebal dan stoking tebal ni guna utk solat pakai waktu dah selamat dlm masjid . Handphone letak dlm stoking kita pakai pun ok --janji pepandai ler kamu simpan iphong tu

9)Madinah bandar terancang n chantek tp kalau tanya pasar kurma atau ladang kurma , murah lagi pasar kurma ..tp tanya kualiti ok lagi dkt mekah punya ...

10) Tips raudah :korang sujud je la lama lama dan banyakkan solat ..kalau korang berdoa kena halau ..nak lagi best solat belakang diaorang dgn tiang hujung (ini experience aku, mama n sorang tante indonesia) --lapan raakat kita orang buat dgn syarat time doa di cut off , terus sambung rakaat baru --owh yeah!!!


ok sekian catatan ---nanti free kita tulis pasal mekah

Thursday, October 11, 2012

Madinah --only ALLAH knows how deep I miss Rasullulah and Madinah

3pagi , jumaat 18 may 2012 (sila baca mcm karangan rasmi)

kami tiba sebagai bas pertama ke kota madinah , di mana jasad Rasullulah di makamkan di masjidil nabawi , dari laluan bas ke hotel sudah kenampakan kubah hijau yang bercahaya menyambut aku , mama dan abah sebagai tetamu ..InsyaAllah. Memandangkan kami bertiga ni agak cergas , jadi usaha memunggah beg itu sekejap dan ambil kunci bilik dari mutawif , duduk tingkat 6 , kurang 3 tingkat dari tahun lepas di hotel yang sama ...sesampai di bilik , azan subuh pertama dilaungkan dari masjidil nabawi ...air mata bergenang , azan yang dirindu seakan jelas memanggil , cepat dan pantas kamu ke masjid nabi , yang pahala solatnya beribu ganda , tanpa mandi (tips untuk sesiapa ke mekah: pls pls , jangan mandi bila tiba , dek non cuaca kita lain dgn arab, badan belum naturalize lagi) ,hanya gosok gigi , salin abaya , aku , mama dan abah terus melangkah ke masjidil nabawi . abah ikut pintu utama tengah , aku dan mama kena songsang arus ke sebelah kanan =pintu abu bakr , "along, kamu biar betul lalu sini , mama tengok lelaki je " , ya seratus meter pertama semuanya lelaki , "aku jawab betul ", sehingga ke laluan berpita merah , masuk ikut pintu pagar kecil , ke pintu abu bakar , tengok jam eh dkt pukul 4 , tetapi kenapa macam mudah untuk masuk kedalam ..dan subuh itu kami di dalam , saf ke depan muslimah ..amin ya rab , permudahkan kami ...sgt mudah sebab tahun lepas jam 4 pagi aku dan syieda kena mintak tempat dengan ihsan jemaah indonesia.

habis sahaja solat , kami bertiga --pesan tunggu depan kfc , memulakan breakfast dan jam 6.30pgi kami berkumpul untuk ke raudah ...mendengar taklimat dari ustazah Hamidah dan excited nya bercampur rasa kerisauan apakah umat nabi seorang ini yang amal sedikit tetapi hati menggungung tinggi untuk berjumpa Rasullulah dan excited sbb kali ni aku tak ikut laluan wheelchair, pegilah kami ke raudah kali ni ikut pintu Usman terus ke tempat berkumpul , bayangkan jemaah wanita 4 bas tadi duduk sekelompok , lepas tu tau jelah menunggu nak masuk raudah , lari lari satu tempat kena duduk balik , lari lari (yang aku tak faham apsal kena lari janji masuk udah) duduk balik , dengan pengawal wanita lagi siap ckp .."ibu duduk ibu , duduk ibu "(ckp dengan slang ya teman teman ) ..tp bagusnya beberapa kali lari duduk lari duduk , ada tazkirah di sampaikan oleh ustazah yang sudah bermastautin di madinah , ibu Erly kot namanya aku dengar orang Indonesia panggil gitu .Ingatkan kita jangan buat benda khurafat dan tentang fadhilat selawat

meh sini aku nak kongsikan sedikit , Ibu erly kata di mana lagi tempat lain kita boleh dapat  mcm di Raudah dan seperti berdoa di Raudah ?? mau tahu jawapan dia ialah menghadiri majlish ilmu , jadi jika ada masa marilah beramai ramai mendengar tazkirah yang di gogernize oleh unit agama office office kita. (Ingatan untuk aku yang banyak skip tazkirah).  ..ok dan dalam ralit dengar tu time kali pertama ni ustazah hamidah suruh kita bersihkan hati dengan selawat zikir .. utk pengetahuan aku yang masih mengantuk ni , aku kekonon nak amek feeling zikir sambil pejam mata , sekali hamek aku terlelap seketika .. Sbb time sebelum tu yang sama aku ralit dengar satu rombongan tu punya briefing , baru aku tahu mana tiang kurma , tiang itu ini , cara betul mana makam nabi, umar dan abu bakr . lagi satu mana aku tak tidur , dlm bas n flight aku tidur tidur ayam ja...dulu ikut laluan wheelchair tak de semua ni ... dan dalam tengah mamai sekali semua serentak bangun since aku dah faham tengok depan dengan keliling bidai putih orang duk conteng nama (apa ingat conteng tu nampak cool ke , vandalisme tau tak)..dan lari menuju ke karpet hijau , aku tarik tangan mama , dan kami berdua terus ke tengah mencari karpet hijau ... aku tak kisah keliling aku bagaimana . yang pasti ia aku di karpet hijau , terus buat solat sunat dua rakaat dengan mama , tak sempat berdoa , orang dah berpusu , bangun terus aku menuju ke kiri  di mana menghadap makam Rasullulah , mengucap salam pada Rasullulah , berselawat (juga waktu ini ibu Erly berpesan jika kita selawat pada hari jumaat , selawat kita direct terus disambut rasul , kalau hari lain malaikat yang sampaikan kepada Rasul , jadi utk kita yang memang memerlukan syafaat Rasul di akhirat , lets recite selawat banyak banyak )... kuasa Allah , ada dua orang jemaah Indonesia sudah selesai solat dan kami berdua terus ke tempat yang mereka tunggu utk kami solat , berdoa menadah tangan memohon ampun atas khilaf yang tiada penghujung , atas segala dosa dan kemaksiatan yang sedar atau tidak , serious aku tak dpt gambarkan dengan perkataan , thank to Allah , terubat rindu setahun lalu , berpeluang aku lebih lama dekat dengan makam Rasulullah (pls sahabat sahabat , berdoa kepada Allah menghadap kiblat ya !) ... rasa puas , dengan masih mata memerah , aku pandang mama untuk kami ke arah kanan pula ...dekat nak arah keluar kami solat dua rakaat , alhamdulillah puas .... kami terus keluar menuju tempat air zam zam , basahkan tekat , tengok jam lagi 2 jam utuk waktu solat jumaat , aku dan mama amek keputusan stay terus sbb karang lagi susah nak masuk balik , lagipun dah janji dengan abah jumpa lepas zohor depan KFC

tips ya menteman sekalian : korang solat banyak kali and dekat sujud tu berdoa banyak banyak sebab pengawal tu nampak ja hangpa doa , dia perambat suh keluaq jadi dlm solat tu kasi lama. Ada je kekadang kepala kena langkah , doa banyak banyak hangpa semua selamat sbb kita pun dalam kawasan raudah .. lagi satu adegan duduk bangun lari ni ...duduk bangun lari ni perempuan je merasa sebb time masuk raudah kita limited , ikut negara negara --kalau lelaki dia semua waktu .. sempat lagi aku berfikir jika di raudah ini dengan ruangan sekecil ini mampu memuatkan dekat ribuan jemaah bagaimana di mahsyar kelak , jika di raudah ini demi sebuah tempat hijabah dan bertemu dengan Kekasih Allah kita bertolak tolakkan , bagaimana pula di telaga kausar?




Saturday, July 21, 2012

An -Nur 26

Ramadhan Kareem semua ... untuk tazkirah ramadhan saya kongsi lain hari cuma saya tiba2 diam , lama merenung ayat tauhid ini

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


1.saya takut sayalah itu tergolong dalam golongan jahat dan nauzubillah jika bakal suami juga golongan yang sama , maka rosaklah institusi keluarga dan rosak masyarakat ...apakah nasib akhirat saya kelak.


2. Saya takut jika saya memang jauh daripada perempuan yang baik baik itu ... sehingga tiada lelaki baik sudi mengambil saya menjadi zaujahnya 


Let's change to be good my dear friend ...change and pray that we are not classified itu orang yang jahat.

Tuesday, July 17, 2012

Jeddah yang masih sama

thanks to sheila , aiman's future wife yang berjaya membooking 3 places utk kami menunaikan umrah pada salah satu agensi yang agak fofular juga (dengar cerita seorang aunt waktu di masjidil haram, dia book takde seat , this call rezeki), bayangkan dlm 2minggu duit bertukar tangan dan segala urusan umrah diselesaikan. Nasib masih ada alatan tahun lepas , jadi taklah banyak preparation. Parents + aku dua2 sibuk , sehari sebelum berangkat kami bertiga masih bertugas seperti biasa , setiap malam kami belajar atas talian untuk memahamkan dengan jelas mengenai umrah .. Alhamdulillah aku dah ada rough idea since last year aku dah ke sana.

   Kami berangkat pada hari khamis dan dijangka tiba pada remang maghrib malam jumaat (sama seperti tahun lepas) ..flight saudi air kerusi luas sesuai untuk besar pak arab , tpi makanan serve lembap , nasib sebelum itu sudah ku jamah mc -d  , lapan jam perjalanan dan seronok pak arab ada channel hajj jadi kami yang tak habis study atas talian sambung study dlm flight. Aku pulak lepas tu layan rush hour (lagha kamu ni), layan bedtime story , mama n abah dengar quran sambil dah sakinah dicapai ..Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan King Aziz -Jeddah  dan dibawa dengan bas ke terminal Hajj . waktu ni ustaz ketua rombongan suruh stay n turun reramai , aku tgk bus dah ada kat bawah , dlm hati since when Malay berjaya lawan arab , dan lepas itu pak arab membebel kami tak turun lagi ...kan aku dh kata , naik je la bus , sebesar flight SV17 tu majoriti dari satu travel agency lain cm aku dulu bercampur2 ... kali ni merasa naik bus compare last year naik crane .

        Luckily agency kali ni sudah isikan departure card , jadi kami rilek naik tingkat 2 , almaklum last year aku kat tingkat 1 nasib ada bangla baik hati dia nampak aku takde departure card , dia tolong ambilkan n tolong aku isikan since guna bahasa arablah dan tolong tolakkan wheelchair nenek aku ---bersangka baik dgn manusia tentu ada yang sudi membantu . Kali ni , since aku tahu kena tahan kat atas tu lama , jadi aku suruh mama n abah pergi amek wudu' dulu pastu karang baru aku ...by the time tunggu kat kerusi tu , ramai yang jual simcard especially bangla yang jadi domestic worker ..aku nasihatkan BELI je dari diaorang sbb simcard Friendi tu aku dpt Saudi Riyal 50 dan dalam tu ada 50 ..kalau kamu beli dekat madinah/mekah SAUDI RIYAL 30 dlm tu 10 ..jadi better beli ngan mereka cuma for those who want to access ipad sukar sikit unless cuba tanya if they sell 3G simcard.

        Mama n Abah habis solat  , baru aku gie solat, sesak tandas dgn jemaah msia dan aku amek wudu' di singki , lepas je aku bagi salam , dia dah panggil jemaah msia turun bawah , n kami bertiga agak lambat sbb aku nak kemas barang solat tadi ..tips di immigration Arab , alhamdulillah dua kali aku pergi takde kes dia buat derk ,banyakkan selawat dan senyum walaupun muka diaorang mcm wardar penjara . Alhamdulillah settle immigration , beg dah menanti , mcm tahun lepas aku tunggu beg tahun ni beg dah tunggu aku , terus keluar tunggu bus ...time ni aku ada rasa stress sbb ketua rombongan tak reti bagi arahan yang semua bus dah sampai , dia kata group 2 je padahal semua group dah tiba --kami 160 orang ada 4 bus semuanya.

          Tapi kesian lihat mak cik mak cik tua kena angkat beg sendiri , nasib aku , abah n mama quite energetic , as usual melayu malaysia tak kira di mana ada gak yang angkuh ...dey , lu mau pergi tempat ibadah bila kami senyum bagi salam jawab dengan baik la ...okay manusia mmg cmtu ... Kami singgah di satu tempat lupa nama ..utk makan malam dan diperkenalkan dengan mutawif ust Amin Rahmat ...maka bermula kembara kami ..itulah kadang2 aku rasa kalau kita lepaskan mak pak tua gie umrah kena cekal n mereka masih kuat sbb kat sana semua buat hal masing2

 
                                               mama took the photo --landing at jeddah


ini starter bag je ... --airport haji ,time haji dia busy la

Monday, July 16, 2012

Nikmat yang mana ingin aku terus dustakan?

Apa yang kamu semua akan rasa , satu hari kamu seperti hilang harap, takut , rasa gelap dan tak pasti , marah dan sesal ...yang ada dlm fikiran alangkah indah jika saat dan tika ini berada di hadapan Kaabah , sujud dan mengadu segalanya kepada yang satu ,Bukan di Malaysia tidak boleh solat, tetapi berada di tempat hijabah dan tenangnya Mekah itu yang dirindui...kamu hanya terdetik di hati dan kamu tahu untuk ke sana jumlah belanja dan masa perlu sesuai ..kamu tahu untuk ke sana itu sangat2 sukar tika itu kalau ada dlm nisbah 1 % ...tetapi seperti firman Allah "Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan" (8:30) 


...dan suatu hari pada penghujung bulan April ... "along , kita pergi umrah bulan 5 ni, ikut?" ya mama guna kata ajak tapi kalau dengar mama aku ckp time tu macam kata perintah, kelu kejap aku , ialah tempah zero fare ticket untuk 2012 mengalahkan ada bussiness import eksport ,terfikir bonus hari tu dah allocate ke thailand, australia trip,surabaya trip, bayar lhdn , bayar road tax ...cukup ke tambang n makan + minum , plus abaya mengerlip di mekah , ... fikir , tp sebelah hati kata pergi ,pergi ida sebab itu panggilan Dia jadi tetamunya ...sebelah hati fikir balik, baru tahun lepas pergi , hati kanan bisik lagi , tapi aku tahu kau nak pergi lagi ...check maybank2u , tolak tambah darab bahagi , "mama ---orang jadi ikut pergi Mekah , kat sana mama ngan abah support orang ...cukup duit tambang je ni" ... Mama kata OK ... 

Allah , syukur atas nikmatmu , aku hambamu yang selalu khilaf , saban hari hitung dosa dari pahala , kadang ingat kadang alpa , dengan hanya satu kata hati , kau kabulkan untuk aku jadi tetamu Mu ...SPEECHLESS , hingga hari berangkat aku sebenarnya dalam separa sedar , kadang aku tanya kenapa aku masih sendiri ?, tapi aku lupa Allah bagi aku nikmat kunjungi baitullahnya dua tahun berturut turut , kadang aku tanya kenapa aku tak dapat mcm orang lain , tapi aku alpa ALLAH bagi aku merasa lihat dunia dan mcm macam lagi , naik pangkat naik gaji , aku bersyukur tapi ada keluhan ... lama aku muhasabah , belas Allah untuk kita ini banyak tapi kita kadang kadang lalai ..dan mulalah journey Umrah 2012 saya ...moga Allah kabulkan utk aku tunaikan haji selepas ini.





ini masjid nabawi abah tangkap gambar , tahun lepas polis perempuan siap raba badan takut bawak kamera , tahun ni tidak periksa beg je ..tp as usual saya tetap bawa masuk kamera ..hehehe ..nanti saya sambung pengalaman umrah 2012 ..believe me hang pi tiap tahun cerita dia lain lain

Saturday, June 23, 2012

umrah chapter 3

CORAT CORET MAKKAH AL MUKARRAMAH 2011
*ini kisah 2011 bukan 2012

-bergerak ke mekah dari madinah selama 7 jam , waktu nak bergerak tertinggal kad hotel sbb kelam kabut widak rasullulah lambat , ini semua angkara mutawif janji nak tolak nenek aku , lepas tu ckp lain , kalau tahu aku kena buat sendiri jam 9 pg aku dh tolak kerusi roda nenek ke masjidil nabawi.

-singgah di bir ali dan mula mikat ---talbiah , singgah sebentar makan malam tak tahu RNR apa tapi yang pasti ckp arab ayam itik , dahla dalam miqat , mmg pak arab bagi aku extra mark bila tak nak bagi air yang kami order dulu tapi lebihkan bangsa mereka dulu ...sabar je lah

-sampai Mekah , nampak big ben --- saya sugguh takjub , tiba di ajyad street berdepan istana , letak beg dan terus siap sedia untuk umrah pertama , wan disorong oleh orang laiin , dan kami yang lain follow mutawif , follow lah sangat rasanya mcam buat sendiri sebab :
1.time kami tiba rombongan pembesar dari turkey sampai jadi siap dengan askar mereka berpakaian ihram bukan mcam orang tu guna askar pakai seragam yang turut sama bertawaf , ada segerombolan di depan dan satu group di belakang , kami tersepit di tengah ...(pst:askar turkey handsome) , crowded sangat malam tu , tp kami (aku n cousin) dengan bawak 3 makcik dlm rombongan gagah habiskan tawaf, lepas tu dengan IzinNya , mudah kami solat depan maqam ibrahim , nasib arab lulus dan reti baca jawi , sendiri sendiri kami cari tempat saie dengan bantuan makcik 2 orang (owh sorang dah terlepas , nk cari ke ? kami cadang teruskan saie maybe jumpa balik lepas tu dan tadi taklimat kalau tersesat terus je sampai saei sbb kami akan kumpul di marwah).

-ya , tadi aku cerita mak cik dari 3 tinggal 2 , yang hilang itu makcik bilik kami , dia tidak terus ke saie tapi balik hotel , sesat jalan (salah kami juga pikir dia dh slalu pergi jadi jagakan dua makcik yang lagi uzur dari dia) ,. nasib dia pandai suruh org call base on number dekat bag

-hari lain mcm biasa , alhamdulillah dpt peluang panjat pintu kaabah --bergayut di multazam , solat di hijir ismail , cuma tak dpt cium hajarul aswad (next time)

-memandangkan nenek ku harus guna kerusi roda , maka kami biasa bawa dia solat time maghrib isyak , yang lain zuhur asar sukar untuk bawa , kudrat perempuan , takkan nak upah sentiasa ...nasib kami berdua agak energetic ..puas jugak berjalan di kota mekah

-alhamdulillah tempat kami takde construction maybe sebab depan istana , depan hotel ada kedai aiskrim dan air strawberry heaven giler . tp aku minum waktu malam , jaga diri dan aku kalau bawak ubat niat utk orang bukan untuk diri (petua utk org lain: jadi takde kamu sakit ) ...kita pergi untuk ibadat , maka jaga diri hokay! lain kaya yang boleh pergi banyak kali.

-ingat kes makcik hilang tadi , makcik hilang lagi lepas Asar hari kedua di mekah , maksud 24 jam hilang dari pertama ... kali ni habis semua jemaah kena cari , hikmah dia , aku n cousin sampai dpt discover masjidil haram , dari semua tingkat , sampai tahu tempat sejuk , tempat tak berbumbung , ruang lift dan semua ...hari ketiga makcik ditemui

-pergi cari di hospital , sebab bahasa ayam itik , terus org tu ingat aku yang umur 60 thn ... owh kesian aku

-pergi beli kekacang di mekah lama , time berjalan ada makcik tu kata kalau boleh kita dptlah masuk pintu AL -Fatah , takdir Allah ,kami stuck sbb nak ke tandas , dan tempat kami solat betul2 di pintu al fatah (istimewa pintu itu , pintu nabi pernah lalu)


oky aku sambung dengan gambar dan mekah 2012



Thursday, May 10, 2012

UMRAH chapter 2

MADINAH ...... yang damai

Kami tinggal belakang hotel Hilton , bukan hotel hilton , itu tunggu aku jadi dermawan macam Abd Rahman Auf. Dekat madinah ni mudah untuk cari stoking tawaf yang tebal jadi kaki kurang melecet dan knee guard untuk orang mcm aku walaupun tadi koya giler bangga umur bawah 30tahun.

RAUDAH KU NANTI

malam pertama kami tidak ke raudah kerana wan tidak berapa  sihat , jadi lepas solat isyak kami pulang ke hotel. Hari kedua , subuh dengan menumpang saf jemaah indonesia , dekat sini ingin saya nyatakan bahawa saya selalu mendapat tempat menyelit solat apabila saya pergi ke jemaah negara lain , rezeki dengan jemaah negara sendiri ...kureng skit.  Hari kedua , zuhur dan asar kami berdua , wan tak larat jadi kami tawaf satu masjidil nabawi , malam , dengan membawa wheelchair, solat maghrib luar masjid , lepas maghrib , keadaan keluar ramai , kami serang terus kawasan dalam masjid dan dapat solat isyak di kawasan dalam. Alhamdulillah wan solat terus atas wheelchair. Lepas isyak tunggu pengumuman , kami blur sebenarnya sbb kali pertama dan wan juga atas wheelchair. lepas mengaji al quran , dengarlah bunyi orang tolak karpet semua dan kami pun dengar announcement ...nampak playcard B.MELAYU, pegi arah situ , sekali salah derr ... guard perempuan tu sound : Jalur Kerusi RODA di sebelah kiri ..hamek kau ..pegilah kami ke sebelah kiri , uniknya dengan kerusi roda ni , jadi universal kami sbb semua pembawa dan pengerusi roda duduk sekali . dah aku berbual ayam itik dengan minah turki yang memula suruh kami baca alfatihah dengan 3 kul ..itu salam pengenalan cara turkiye tu rasanya.

Masuk raudah , sebelum masuk macam racing dengan kerusi roda lain , dari karpet merah menuju ke carpet hijau , tenang ,,,,tak tahu nak ungkap dengan perkataan , terjawab selama ini apa itu taman syurga , letakkan wan tepat di depan mihrab nabi , aku solat sebelah , lepas dua kali solat sunat , pusing belakang dah kena kepung , jadi semua pemilik wheelchair solat di dalam kepungan puas ...ya Allah , ku mohon ampun segala dosa , ampunkan dosa kedua ibu bapaku , izinkan mereka ke sini juga ya rabb. ,,,puas ....Ya ALLAH , in His bless ...rasa tak nak bangun dari raudah itu ....sedar dalam diam , kami bertiga sudah jam 12 Malam ... Naim kawan syahidah dah tunggu di lobi hotel bawa makanan  ...rupanya dalam 7 kali ke madinah , itu kali pertama nenek ku dapat ke raudah dengan lebih lama , sebelum ini bertolak tolak sebab keadaan ramai orang dan kadang2 dapat sikit sikit je tempat raudah tu.

Di madinah kami dapat melawat jabal uhud ...kisah perang pengajaran kerana tamakkan ghanimah (rampasan perang) akhirnya terjerat. Juga pasar kurma dan sebenarnya kurma murah di madinah dan pelbagai size n harga , lawat masjid quba' ...satu feeling sayu tak terucap di masjid quba' tangisan hamba yang memang penuh dosa dari pahala ini ... serasa saya baru sahaja dilahirkan kembali ...saya yang selalu melebihkan dunia dari akhirat sana ...mohon ampunan dariNya


                                                                            uhud


                                                      pandangan depan qubur syuhada' uhud

                                                                          nabawi


                                             mekah ....nantikan ku tiba untuk kali seterusnya

Tetamu Allah -UMRAH --kisah aku

kisah satu tahun dulu ...tapi aku kena angkat tangan surrender sebab aku tulis panjang , lepas tu aku gagal kalau suruh tulis travelogue ..jalan pandai , tulis baik aku menulis random story , kisah semasa .takpe aku buat cubaan satu . Kenapa dah setahun baru nak tulis ? owh sbb sibuk kisah BERSIH dekat dua al haram jadi mcm teringat kisah di sana ...ni aku cut short jelah ikut mana rasa ingat.

Kredit utama : Puan penaja --nenda tercinta(wan) dan partner in crime sepupu saya : Syahidah Adnan

KL-JEDDAH -MADINAH  (31/3/2011)

Pesawat Mas , 30minit lewat bertolak , pepaham je lah agency sampai beratus ,lepas tu seat bersepah je , jadi ada makcik2 yang mula nak duduk dengan anak cucu , ada yang tak dpt duduk dengan gang ..jadi rasa siapa ada pengalaman ini syabas number 1 :anda berjaya lepas kesabaran pertama ..sampai pramugari buat announcement , duduk dulu nanti lagi lambat flight nak gerak

Sebelum itu , agency syarikat saya pergi ni siap pesan dekat Mekah kena 10x sabar , aku husnozon ni dengan harapan pergi sana memang banyak test.  ok flight gerak dekat pukul 4 ,sepanjang flight cerah je sebab kami ke horizon grid + , sampai jeddah remang maghrib tiba , nenek aku guna wheelchar sendiri , jadi cousin aku naik bus dari Jeddah International Airport ke Airport Haji dan aku dpt peluang naik mcm crane forklift tu ..ada hikmah wan naik wheelchar. sampai sana sebab wan dgn wheelchar aku +wan dah terpisah dengan syieda cousin aku, nasib ada mat bangla cuci sungguh suci hatimu yg tolong check jemaah Msia dah turun dari tingkat dua, dialah bagikan declaration pass bagus mamat tu , alhamdulillah settle urusan immigration . Nak ambil beg , owh dah jumpa beg pertama beg aku , dua lagi kejap conveyer tak berbunyi ..tunggu ..tunggu ...dah sudah , nasib wan atas wheelchair tolak dekat tepi suruh wan tidur ..tunggu , keadaan dah panas , segala mcm mak nenek pesawat dari pelbagai negara dah sampai dan dah amek beg , aku dengan syieda pantang dengar bunyi conveyer terus meluru nak check kalau beg kami , jemaah lain pun sama , yang tua dah pakat tidur di merata ceruk tempat. yang muda dah macam tunjuk perasaan , mencari setiap sudut ,..habis aku mula praktis saie dekat airport dulu , tergerak hati Allah tak bagi aku datang , lepas tu hati kanan aku kata ,..sabar ini dugaan kedua .Yang makcik pakcik agak outspoken dah menala telepon call mas, kedutaan dan mcm2 lagi. time tu mula frust aku tak reti ckp arab , sebelah kiri hati kata padan muka hang siapa suruh ponteng kelas arab sbb tengok cerita mexico , apa kau ingat Miss Thalia tu boleh tolong kau ckp mexico ..ok keadaan dah mula havoc , 5 jam kami tersadai dengan budak nangis ..tapi satu aku stress , ada sesetengah ketua kumpulan buat derrrrk je , katanya rileks benda mcm ni memang slalu terjadi ..OMG , aku tak boleh accept, redha pasrah pun bertempat derr .tengok jenis jugak , lepas 6 jam mcm keadaan serabut , kamu bayang tiba jeddah jam 7 mlm , pukul 12 tak keluar lagi dari airport pak arab pun pandai main april fool apa ...barulah datang orang MAS arab , aku tak faham apa diborakkan cuma aku tahu last skali , conveyer bunyi , ambil bag ,..perut dah lapar , mata dah ngantuk ...

Nasib kami rombongan 17 orang , bawah 30 -2 orang , 16 PEREMPUAN , 1 LELAKI ,  bawah 40 2 org , lain atas 55 ...cool rite , since 17 org boleh conquer dua seat skali , aku tak sedar apa dah , sedar2 dah sampai RNR , tak pandai ckp arab takpe sbb majoriti orang kat mekah boleh cakap melayu , rupanya agensi aku ikut tak belikan makanan kena beli sendiri , experience satu ckp melayu rojak campur arab tambah perisa janji perut kami bertiga ok ... lepas RNR , aku sambung tidur , sedar2 dah sampai satu lagi RNR , solat subuh ...remang subuh dah kelihatan ...jeddah -madinah 7-8 jam perjalanan ...sampai madinah jam 9 pagi , urusan hotel , sarapan ..aku sambung tidur ...sejam lepas tu JUMAAT PERTAMA di bumi MADINAH ...ia kali pertama dalam sejarah saya solat jumaat ...layan gambar chapter 2 dibumi madinah aku cerita kejap lagi


crane bawa jemaah yang naik wheelchair , seorang waris boleh ikut serta ,itupun fight dulu dengan pak arab dia tak bagi waris ikut, kami kata kamu nak tolak ke?


Apaguna trolley yang banyak jika beg tidak kunjung hadir???


penantian tibanya beg dengan penuh sabar 10x

Monday, May 7, 2012

The Lady In Yellow --- AUNG SAN SUU KYI

" Aris , walaupun jauh beribu batu , tapi semangat mu ku bawa  di bumi myanmar "

     Karya sendiri (dulu perahsan nak jadi poetry )yang aku simpan di celah helaian buku catatan tahun 1999 -form 3, kali pertama aku tertarik membaca kisah wanita besi -Aung San Suu Kyi ASEAN ini ialah apabila dia tidak pulang ke United Kingdom dihari pengkebumian suaminya  Michael Aris, aku mencari jawapan kenapa? kenapa? tak sayang suami ke dia? ..sebelum tu aku faham myanmar di bawah junta yang aku assume sure jiwa heartless, jenis main tembak dan suu kyi dikenakan tahanan rumah ...what is tahanan rumah all about? duduk dlm rumah forever or boleh keluar kawasan rumah sahaja? Lagi satu aku suka tengok muka anak suu kyi si Kim Aris tu (blush , blush)...tahun 1998 dan 1999 Malaysia juga mengalami peristiwa political sejarah sendiri , jadi selepas itu aku mcm letak tepi apa jadi dengan Myanmar /Burma dan yang aku faham pergolakan lama sejak zaman Jeneral Aung San ayah Suu Kyi .. sebab kau tak rasa bosan ke cerita dia tak habis habis suu kyi kena tahanan rumah --bila nak habiskan? Sanction economy , tak dpt masuk bawah ASEAN ..semua pressure has put on junta tapi still nothing change.


         Sehingga hari ini , selepas aku tonton the lady lakonan Dato' Michelle Yeoh , waktu trailer keluar aku dengan fara (roomate uni) dah semangat kental nak tengok ..lepas tu orang sibuk cerita The Lady is must watch movie , aku mula terketar tangan dan kaki ..sampai hari tu sebab tak dapat keluar , search dekat youtube aku tengok yang version Myanmar ..nasib sampai separuh tersilap shut down so I told to myself , dia suruh sambung wayang ...dan tadi pergilah aku menonton wayang ...melihat dari naratif sudut suu kyi , michael aris, anaknya perjuangan menuntut sebuah demokrasi dan kebebasan dari sebuah ketakutan ..itu mesej ..2100 tahanan politik dan ramai lagi di dera, di rogol serta di bunuh adalah sejarah yang tidak bisa terhapus dalam mencipta sebuah damai demokrasi. Barulah aku faham apa itu tahanan rumah , tiga kali dikenakan , dinafikan hak untuk kedua -dua anaknya berjumpa ibu tersayang dan jawapan kenapa dia memilih negara dari suami sendiri tika sebelah dari dirinya sudah tiada buat selamanya.  Jadi aku juga dapat jawapan kenapa dia senyum yang aku rasa tanpa rasa kali pertama dia jumpa kembali anaknya di sempadan thai -myanmar .

               Jawapan dia : seorang wanita , anak general yang diangkat ketua tentu dia bertanggung jawaban pada amanah yang ada , bayangkan kalau dia balik UK , terus tak boleh masuk Myanmar , apa akan jadi pada pengikut dia ? tentu semangat mereka patah ..dalam ditangkap semua pimpinan kanan pun dan yang tinggal cuma suu kyi , parti suu kyi tetap menang pilihanraya (aku seloroh , SPR dia bagus eh) dengan majoriti besar 392 vs 10 . Lagi satu tanpa teknologi canggih mereka masih tetap menang dan benarlah ..tyranny itu akhirnya akan musnah

             Dari persembahan cerita, agak mudah ditonton , jalan cerita yang bergerak dalam susunan mudah faham , ekspresi michelle yeoh memang A class dan yang penting buat aku tak nak dengar setiap kali gun shoot part.



"It is not power that corrupts but fear. Fear of losing power corrupts those who wield it and fear of the scourge of power corrupts those who are subject to it ― Aung San Suu Kyi, Freedom from Fear




siapa suu kyi baca di sini ya
         
"u might be do not care about politic , but politic care about you "

Friday, May 4, 2012

Bersih : Panas tidak sampai ke petang 2.0

Ingat comittee bersih je boleh guna point zero ..aku pun boleh

Ok tadi aku cerita yang indah2 betul serius , tanyalah those yang dah stay luar barricade dari malam hari dengan yang dah sampai pagi buta , yang berjalan dari arah KLCC, JALAN SULTAN , BRICKFIELD ..semua akan cakap aman dan macam pergi parade show ...aku pulak tambah , since aman cmni aku rasa macam perhimpunan hijau 2.0 dekat kuantan hari tu , yang kami boleh duduk lepak belakang lori , makan dekat burger king ...aman kan?

--masuk part 2.0 aku . dekat part 1.0 aku cerita nampak kedai mamak kan? sebab orang keje office macam aku makan ikut time jadi dah nak pukul 3 time tu perut memang bagi signal makan tengah hari kau tak amek lagi cik kak ..aku pun nampak gerai separa penuh terus kata dekat adik marilah kita makan , lepas makan kita nak duduk melepak dekat dataran tu dah senang hati.

dapat duduk dekat meja menghadap luar dan berkipas , baru je dapat air dan nasi goreng ..sekali ish apsal mata pedih adik aku tanya ...aku kata rileklah mamak ni tengah masak , tapi masalah pedih dia makin menusuk , bau tak usah cakp , korang pernah bau macam masak daging hangus ia itulah baunya mengikut piawaian aku , tapi kalau kamu kata macam bau bunga ros itu piawaian kamu ..tersengit , cepat cepat tutup muka dengan tuala , ditambah duduk bawah kipas sedap je la asap tu masuk , tekat perit ...cari  garam tak jumpa kes letak lagi bawah bawah beg ,,, muka dah memang rasa meresap semacam , nasib brother sebelah hulurkan rock salt , terus kemam... itupun mata pedih dan sesak ...pindah meja belakang aku cari ubat gigi ...

Kami time tu buat diskusi nak lepak dulu or lari , sms dah masuk bertujah tujah dari abah , mama , uncle , adik aku yang lain ...call semua masuk voice mail , kami hilang komunikasi dengan orang luar, yang kami tengah fikir lari ke masjid jamek atau stay dlm restoran --stay bermaksud kalau pihak penguasa spot check dlm restoran kami kena angkut sekali . nasib dalam 4 biji telefon di bawa yelah aku satu , adik aku campur bf dia tak jadi 4 , satu masih fungsi dan dpt baca twitter malaysiakini. Dari situ kami tahu mana dah kena attack dan mana belum ...dua kali sebenarnya serangan anginan asap yang dari arah mana aku tak pasti tapi tetap terasa perit pekat bagi kami kali kedua memang dalam restoran tu aku tak tahan ...siap rasa nak muntah balik apa aku makan.

time dekat restoran ni masuk satu keluarga dan makcik tu cedera sedikit di tangan, nasib aku bawak handiplus dengan dettol  , sesiapa saja masuk dalam restoran muka semua dah merah mata , makcik tu dengar speech anwar , ok ja keadaan , tiba tiba kena attack tanpa amaran ...lepas makcik sekeluarga , masuk pulak pakcik ..muka dia blur , mcam tak boleh cerna apa terjadi , dengar pakcik lain cakap ...bukan mak pak diaorang yang kena balun ...dan keluar kami dari restoran berbekal satu phone boleh function , macam2 cerita kami dengar , demonstran kena tahan , kisah rempuh kereta semua dah kecamuk ...nak pegi masjid jamek , aku tak fikir boleh dlam kepala tengah fikir apa nasib kawan aku yang stuck dekat masjid jamek ..phone sendiri memang haram punya line ... nasib satu phone lagi dah di save map kawasan dataran , kami amek keputusan lari balik ke dang wangi ikut north area , time kami nak ke dang wangi dh jadi mcam perarakan sebab ramai gila orang yang ke arah sana ...ada msg masuk kata stesyen dang wangi ramai polis dan masih ditutup ...fikir punya fikir redah jelah naik monorail dari situ dan tawakkal ... Maka itu sajalah cerita kami , bercita cita nak ke dataran tp tersekat hingga kedai mamak masjid india sahaja ...

dekat sini aku nak kongsi beberapa hal , mcm aku cakap aku masih ada tulus percaya pada SPR dalam PRU 13..org lain tak mahu percaya itu prinsip mereka ..jika ada demo street make sure :
1. save peta tempat kamu nak pergi dengan radius besar , kalau phone jammers map tak jam lagi
2. battery banyak tak guna kalau phone kena jam , jadi baiklah jangan berpecah dan sebab lepas AIA baru phone function ..baru bleh call kawan aku yang time tu masih aci ligan dengan FRU .
3.garam dan ubat gigi tu tadikan dah masuk bekas A+ letak paling depan serta tuala ..itu je benda utama , jangan sedut asap ..to asthma patient asap dia boleh buat saluran pernafasan ada dpt blockage mcm kat dataran tu .
4.dont panic and pls think the possible way to move from crowds , it is not about pengecut or whatsoever tp nyawa penting lagi .aku faham semua orang punya jiwa membebaskan tapi sebuah pembebasan perlu strategi rapi bukan sensasi serta aku kasihan yang mana ikut laluan masjid jamek terus stuck , restoran kena ceroboh ,,x make sense betul polis ni
5.tuala juga letak sajalah di tangan itu penting kalau serangan tanpa amaran terus tekup di muka

aku bangga jadi part of 300k manusia , aku mahu negara yang bersih dan hijau ..dan selamat bukan saja untuk aku , untuk semua dan anak2 , cucu aku (amin , alhamdulillah)

 kau bayangkan budak sekecik ini di kenakan tear gas ??? yang duk kata siapa suruh bawak kanak2 ..eh 10 jam pertama aman ye ...jangan kata bawak budak , bawak bayi usia 1 hari pun takde masalah ...

dan aku belajar perkara kedua .. malaysia bukan hak ekslusif Melayu sebab setiap bangsa punya hak yang sama

Wednesday, May 2, 2012

Bersih : Panas tidak sampai ke petang 1.0

Rasanya dah ramai yang menceritakan pengalaman join rally BERSIH masing masing bukan sesekali pengalaman membersihkan jalan ... tp membersihkan sistem pilihanraya

Sebelum aku mengomel panjang diharap sesiapa yang membaca tolong bukak website tanya lebai google dan fahamkan 8 tuntutan ..maka aku pergi demi percaya demokrasi utk Malaysia masih ada selagi sistem pilihanraya dia tulus. Aku bukan pergi atas niat untuk agenda pembangkang atau nak tengok tukar pemerintahan melalui streets demo . Tapi aku masih kekal percaya Malaysia mampu menjalani peralihan kuasa atau sang pemerintah masih mampu berkuasa dengan jalan BERSIH. itu sebab aku tak kisah kalau kawan baik aku atau kawan2 aku kata dia BN itu hak dia sepertimana aku punya hak berkata aku pilih PR. Bagi aku bila negara Maju , politik kena clean bukan nak pilihanraya buat rakyat mcm lembu korban suap sana sini ...dan bagi aku jadi macam  United Kingdom , politik mudah penggal ni bagi conservative , penggal depan bagi labour --- jadi rakyat dapat benefit banyak. Aku juga percaya pilihanraya Bersih itu bilamana hak mengundi untuk rakyat malaysia yang masih bernyawa bukan yang dah mati atau orang asing dari planet marikh .

ok cukup membebel cerita bersih 3.0 saya bermula , 3 orang -saya , adik dan kekasih dia jadi guard, bawak satu DSLR niat nak snap picture orang pegi street demo . Malam tu prepare garam siap, ubat gigi juga semua masuk bekas yang confirm A+ takde curiga, kenapa buat mcm ni? sbb pengalaman mereka yang pergi Bersih2.0 ada spot check .Kami juga tak pakai baju cetak BERSIH atau Himpunan Hijau sebab bagi kami yang kena tangkap sebelum bertempur. Mula ukur route --ok sebelum tu kaki aku terseliuh masih tak baik , orang ada twitter aku tahulah mcm mana gigih aku doa agar boleh jalan berdemonstrasi.  pikir punya pikir kami ambil route Himpunan Hijau -alasan sebab klcc kalau attack stay dlm bangunan , takkan polis berani kacau dlm KLCC ramai pelancong walaupun tahu KLCC tempat dimana arwah Baharudin meninggal. Kami naik monorail , time tu dekat monorail brickfield pasukan polis baru briefing terus ke Raja Chulan , dari situ kami terus naik pathway berbumbung terpanjang yang beraircond di malaysia terus ke KLCC . Sampai di KLCC , kami terkejut sebab senang je pakai baju himpunan hijau/bersih tak seperti bersih 2.0 kena tangkap, orang pun rilek rilek je .. kami pelik

Sempat lagi pegi makan , qada hajat , beli earplug (cet takde LRAD habis rm je) , tengok ramai pegi tingkat 2 kami follow rupanya mereka dah separuh keluar dari KLCC and crowd paling ramai dari sana. Aku time ni dah sedia , kalau polis tangkap aku masuk balik bangunan tapi aku tengok polis mcm buat perbarisan , aik pelik ..ok berjalan kaki dengan satu kaki aku kena letak segala ubat bagai melangkah ke arah dataran maybank ..rupanya bila jalan ramai2 nampak tempat tu dekat je. Sepanjang jalan banyak kereta yang bunyikan hon dan shell dekat changkat raja chulan tu aku isytiharkan bankrap sebab ramai orang membeli belah di situ , sampai Maybank himpunan hijau gabung dengan crowd bersih , macam pesta aku tengok , dengan bendera negeri , sepanduk anti LYNAS , kalungan bunga besar serious kalau ada kereta berhias aku pun akan confuse aku pergi bersih ke aku pegi pesta flora. Aku ambil keputusan naik atas bukit menara maybank nak shot gambar punya pasal plus kalau ada FRU aku tak yah nak lari gile2 sbb kaki aku ni memang memungkinkan orang pertama kena cekup since BERSIH2.0 aku ingat lagi footage depan maybank kena sembur teruk. Duduk lah situ dalam setengah jam , sampai habis aku berbual dengan akak anak umur setahun , berbual lagi dengan akak anak kembar , duduk tweet , duduk gelak ngan adik aku sambil follow orang chant "bersih, bersih " , "tolak lynas"---yang ni aku panas hati line tetiba dah jadi kosong , kena keluarkan simcard dua kali ...maybe orang ramai (aku husnozon ni) tp aku dpt tahu ada phone jammers ..mmg cm haram kalau korang buat phone jammers

Lepas tu ramai ramai menuju masjid jamek , sempat aku masuk kedai runcit jual rempah , penuh kot kedai tu tapi ada satu pengalaman best , kedai tu sempit macam besar stor rumah aku ,namun kami manage buat laluan keluar masuk , bukan tu aje , siap kami tolong satu sama lain ambil air utk yang dibelakang, takde kira kamu siapa ..cool kan??? ckp cool kalau tak aku bagi tear gas karang. maka lepaklah kami di Maybank depan OCBC , time ni sepasukan polis mula berundur dan tempat diambil oleh Medic Team --dlm hati aku kata ini mcm himpunan hijau ni plus polis mesti dah rasa nothing to worry so dia berundur lah ...solat zuhur adik aku n bf dia dekat blakang OCBC --adik aku sorang je perempuan time tu ..(aku ABC) ...dlm kami dah habis chant , nyanyi negaraku yang aku kira dari KLCC ada dekat 5x , kalah perhimpunan sekolah weh , aku ckp kat adik kita ke belakang skit duduk dekat area stesyen LRT , alasan penat dah weh , panas ...lepas tu aku tengok crowd makin ke belakang , makin ke belakang ..aku tengok twitter dah ada masuk dataran , aku mula panas , mana aci , aku masih stuck kat masjid jamek , dlm hati lembap weh field comander masjid jamek ni , aku ckp ngan adik aku , kita follow jalan belakang macam orang lain ni terus ke dataran tempat prestige lagi nostalgic..masing2 ok ..time ni phone kejap ok , kejap haram  ...banyak haram dari ok

sampai jalan belakang --masjid India lalu jambatan , nampak kedai ...kami lapar tak makan tengah hari , jadi kami singgah makan dulu

weh ...penatlah type ...aku sambung next timelah ...nurkasih pun ada episode , kisah tear gas part 2 ,..ni kisah muluk2 belaka ...


jadi lepas tengok gambar cuba tanya dekat mana kroniknya kami???

Thursday, April 19, 2012

thanks !

Dude
thanks for left me

if not i dont really care what had happen surrounding me
i might be not travel to all these place
i might be not  have a time to do what i like to do

me

Wednesday, April 18, 2012

RAMPASAN


kalau tanah rampas , itu zalim kerna ada orang hilang rumahnya
kalau hak di rampas , itu kejam kerna ada orang hilang bebasnya
kalau hati di rampas , itu raja segala kejahatan , kerna ada orang hilang gantung harapnya

kau tarik dia jauh , larikan dia dari syurga khayalannya
larikan dia dari bidadari mimpinya
larikan dia dari kisah riangnya

kau bisa dapatkan jasadnya sambil genggam kemas harapan , tapi pasti kau kecewa bukan
hatinya tidak untuk kamu
aku sudah kata , hati tidak mungkin bisa di rampas

aku rayu kau pulangkan kembali
agar si dewata jadi seperti dulu
biarkan dia dengan sang ratu yang di tunggu
kerna terbaik untukmu menanti di celah lorong gelap
sebab kau baik untuk aku gelar taktik raja segala kejahatan

Wednesday, April 11, 2012

ADI + ADI = MAHU PERGI DEMONSTRASI

DISCLAIMER : aku tak kenal penulis ini dan aku main share sbb penulis ni ckp dkt FB share je tak perlu izin waktu aku tanya di ruangan comment ...kalau nak royalti aku tak mampu bagi penulis ...cerita dia tak lah wallah orang kata tapi aku suka ...mungkin sbb aku ada niat nak jadi mcm ADI ??


ADI + ADI = MAHU PERGI DEMONSTRASI
By: titikaka
5 June 2011, Kuala Lumpur
       Aku Adi Akmal Bin Abdul Hamid.Umur 21 tahun.
       Kawan –kawan dari zaman tadika hingga universiti panggil Adi dan Akmal hanya khas serta ekslusif untuk seluruh kaum keluarga kalau orang lain panggil aku janggal menyahut. Penuntut tahun dua jurusan Sains Kemanusiaan di sebuah universiti Islam tempatan. Di sebabkan jarak universiti ke rumah boleh sampai dengan menaiki satu train dari hari khamis lepas habis kelas aku balik ke rumah walaupun kawan-kawan di Mahallah akan cakap, “Adi, kau ni macam perempuan asal hujung minggu je balik rumah”, lantak orang nak kata aku macam perempuan , nak digelar mummy’s boy atau apa tapi yang aku tahu aku dapat makan sedap dari hari Khamis hingga Ahad secara percuma dan ikut selera.
Lagi satu, aku suka balik rumah sebab aktiviti yang aku tak boleh buat dekat kampus aku boleh buat dekat kawasan rumah dengan rakan- rakan seideologi. Aku boleh pergi sekolah rakyat, diskusi hal politik bersama , aktiviti bedah buku dan pelbagai lagi yang memang aku tak boleh buat di kampus walaupun aku belajar teori. Amali aku harus buat diluar , bukan itu sahaja aku dan rakan-rakan usahakan projek membaca dan pinjaman buku percuma yang menggalakkan masyarakat membaca , tanpa kertas kerja hantar ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) kami berdikari sendiri dan Alhamdulillah dapat sambutan masyarakat sekitar.

Macam manapun aku ada satu masalah, “pftttt..pfttt” , tadi baru lepas lap habuk dalam bilik setelah puas kena leter dengan mama , bila mama sound aku , kata berjuang tapi bilik macam belukar sarang tikus, mesti terasa kot , aku pun terus mengemas dan penyudah 2 kali sedut inhaler sebab tak cukup oksigen masuk dalam badan. Asthma yang di warisi ini buat aku susah sikit nak dapat keizinan pergi demonstrasi,setiap kali mintak izin, mama suruh aku jadi sentri dekat rumah je, lagi satu dia suruh mintak izin dengan abah , bila cakap dengan abah dia suruh tanya mama balik jadi aku faham maksud dia memang tak dapat pergi alasan nanti kalau kena canister gas aku pengsan , kena water canon aku pengsan ..tapi hati aku meraung dan menjerit nak bersama sama dengan kawan lain…jadilah aku ADI berangan jadi demonstran tapi semput , habis penyudah aku jadi pahlawan papan kekunci bukan pahlawan jalanan …jadi kamu semua kena tolong aku ADI SI SEMPUT , tolong yakinkan mama dan abah aku yang aku boleh pergi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai ni , umur aku dah 21 tahun boleh mengundi jadi aku mahu hak pengundian aku bersih dari tangan korupsi

Mahallah Summayah , Kuala Lumpur

“Adi,cerita apa kau tengok tu , ini Rangga kan?”, aku yang sibuk melipat kain di atas katil terus memandang Ila yang muka mohon jawapan apa yang tersiar di youtube komputer riba . Rangga adalah watak Nicholas Saputra peran utama dalam Gie , Rangga dikenali dalam Ada Apa Dengan Cinta (AADC)
“Gie …” aku jawab santai . “Gie , apa dia? Aku tahu AADC pastu dia baca sajak , itupun waktu sekolah rendah”, Ila tanya lagi dengan muka kelam , aku pandang muka Ila dalam dan berkira-kira nak explain panjang ke sikit , budak ni ambil Engine dia faham bahasa mesin dengan calculus je , Eh aku budak Biotechnology pun tahu Gie ,sanggah monolog dalam diri.
“Gie ni nama betul dia Soh Hok Gie ,pemimpin mahasiswa zaman Sukarno ,time tu Sukarno nak jadi presiden seumur hidup dan keadaan Indonesia mula korup , jadi Gie buat inisiatif melawan Sukarno melalui demonstrasi. Itu (aku tunjukkan jari telunjuk ke arah sebelah laptop) Catatan Seorang Demonstran yang aku pesan dari sepupu yang study Medic di Indonesia adalah catatan kehidupan Gie sebagai pemimpin pelajar”, aku terang dengan jelas padat pada Ila sambil tangan Ila aku lihat membelek belek buku Catatan Seorang Demonstran yang dekat Indonesia tika ini pun sudah jadi buku paling limited.
“Adi, kenapa kau minat benda macam ni?, sebab bagi aku kenapa kita sibuk hendak tahu kisah silam , kita kan hidup zaman sekarang? Lagipun kita perlu fikir untuk masa depan” Ila tanya lagi.
“Sebab sejarah itu selalu berulang dan manusia tidak pernah belajar dari sejarah, contoh jatuhnya Shah Reza Pahlavi di Iran kerana sikap rakus sehingga terbentuk Revolusi Iran ,tetapi pemerintah lain tidak belajar dari kesilapan beliau hingga jatuhnya Suharto dan jatuhnya Hosni Mubarak”, panjang lebar aku bagi penerangan dan seluas itu rahang Ila terbuka . “Ila, kau bukak rahang besar nak bagi lalat masuk, aku nak pegi library pinjam shawl kau sebab tak perlu iron “, sambil melirik pada jam , ada group discussion dah janji dengan Najwa nak discuss tentang subjek bioprocess and bioreactor mechanism .Ila terus ke compartmentnya yang disebelah compartment aku ,minah tu memang banyak shawl dan pelbagai fesyen di buat siap Hana Tajima punya fesyen ..aku macam ni jelah

Oh lupa, nama aku Siti Khadijah Binti Hassan, kawan kawan panggil ADI, suka dengan hal gerakan mahasiswa dan perjuangan rakyat namun tidak pernah turun demonstrasi.Hati memberontak mahu tapi takde kawan sealiran dan alasan kedua aku perempuan .Jadi rakan rakan sila tolong ADI yang ada niat mahu ke Bersih2.0 yang dia simpan banyak info tentang Bersih dalam laptop tapi takut nak pergi dan tahu parents tak bagi keizinan. Sebab Adi mahu namanya bersifat perjuang setaraf ummul mukminin Saidatina Khadijah yang berjuang bersama Rasullulah dalam menegakkan syiar Islam dan wanita pertama yang memeluk Islam. Tolong ADI yakinkan kepada ibu bapanya yang demonstrasi adalah proses suara rakyat untuk didengar oleh sang penguasa. Tolong ya rakan –rakan !

7 june 2011 , lapan malam , kuala lumpur
       Bangunan The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) hari ini bukan sahaja bermandi cahaya terang tetapi penuh orang, tadi datang sini abah hantar sebab abah ada hal nak jumpa kawan. Disebabkan pakai baju kuning siap tulis bersih tu mampu buat anda di dapati bersalah sama macam anda jual dadah jadi aku terpaksa sarung baju kotak2 merah favorite yang mama kata , cemuih heh Akmal mama tengok kamu pakai baju ni, salinlah baju lain. Abah turunkan aku berdekatan KLSCAH dengan pesanan hati-hati, itu je. Keluarga aku dalam bab politik abah dan mama tidak pernah kata kami harus sokong A atau B , tapi mereka suruh kami berfikir , serasanya kami adik beradik banyak berpihak kepada B walaupun ada ahli keluarga menjadi pembesar di parti A.
       Aku terus call Keon yang janji tunggu aku dekat pintu depan yang sudah dipenuhi orang, call skali tak angkat , dua kali tak angkat ..sudah, Keon ni awal sangat kena tangkap,hati aku menelah, orang time demonstrasi dia time pelancaran dah kena cekup . Pap , satu sentuhan di bahu yang kuat dan kejap, aku toleh terkejut kearah manusia yang menepuk , si Keon datang skali dengan Albab. “Woit, der semua orang pakai baju bersih kau apsal sesat pakai baju kemeja?” , soal Keon. “Aku bawak , kejap lagi aku tukar , kau nak suruh aku naik train pakai baju bersih lepas tu kena tangkap , lepas tu ambil tahu universiti mana dan selamat aku kena AUKU”, panjang lebar aku mengomel. “Kejap aku salin dekat tandas , korang cop tempat dalam dewan nanti aku call je”, sebab orang makin berpusu ke dalam dewan aku terus suruh mereka masuk terus. Tandas penuh , aku salin dekat kawasan sinki , ada brader pandang aku dengan senyuman, tak tahu dia senyum sebab aku penakut sampai kena salin baju logo Bersih dalam tandas atau sebab aku dan dia macam anak mahasiswa yang lain ,aku tengok brader tu lebih kurang usia aku.
       Malam itu pelancaran bersih dan memahami agenda , aku mula memahami kenapa perlu pilihanraya adil dan bersih. Aku lihat sekeliling ,pakcik kopiah , pakcik cina india , segala macam manusia bersama demi erti Malaysia yang bersih. Paling meyakinkan majoriti terdiri daripada anak muda yang mahukan perubahan di Malaysia.Terharu aku melihat dan semangat terus berkobar kobar , tapi ADI SEMPUT ini masih buntu idea untuk mintak izin …dah bermacam cara dia fikir di kepala satu pun tak lepas ..please kawan2 ada idea?
                                          *****************************
Di satu sudut di dalam bilik 4 compartment , aku terus memandang keluar, kalau cuaca baik nampak Genting Highland pusat perjudian dan taman temanya. Hati sedang berkira –kira ,Ish mana boleh tak pergi , kalau ajak Ila macam mana? Sebab aku tengok dia pun macam dah layan segala aktiviti ke arah Malaysia Baru .
       “Ila ,aku nak tanya sikit , kau free tak 9 Julai ni? “ , aku bersuara sambil kepala terjulur di compartment Ila. “Kenapa?” tanya Ila lagi. “Erm , aku ingat nak ajak kau join Bersih ni, jom , kita tinggalkan student card dkt hostel dan aku rasa malam sebelum tu kita stay dekat rumah makcik aku dekat cheras , dari situ kita gerak pergi masjid jamek”, aku memberi penerangan dengan harapan Ila setuju . Dia diam 5 saat dan bersuara , “nanti aku tanya mak aku dulu”, aku pasrah di sini agak –agak 50 % adalah tidak.

       Dan seperti dijangka , “Adi mak kita berat hati nak bagi plus takut disciplinary action from university lagi, sorry ya Adi “, Ila merenung aku dengan simpati dan harap aku mohon faham. “takpe Ila , its ok , aku faham parents aku pun tak bagi tapi aku rasa sebagai manusia yang menyokong system adil aku nak pergi sebagai satu sokongan , betul aku boleh manifestasi dalam bentuk undi , tapi sebelum mengundi ? no worries aku faham “, aku senyum dan kembali ke compartment aku dengan cerna strategi baru. Terima kasih AUKU kau mampu diamkan mahasiswa untuk 40 tahun sehingga kami jadi ragu –ragu untuk berbicara tentang perjuangan, takut digantung/dibuang universiti dan takut gagal pelajaran.

9 Julai 2011 , jalan silang , puduraya –masjid jamek , menara Maybank
       Kelam kabut aku capai beg , aku sarung baju hitam , 10 miscall dari Keon , 5 sms, katanya dia dekat tepi Esso Jalan Sultan Abdul Samad, ah sudah , check twitter station monorail dah tutup. Plak, bunyi barang jatuh dari beg , ah dah lambat botol air la tu aku andai , malas fikir capai beg kunci pintu rumah terus gerak . “adik pergi mana, orang sibuk bersih jangan keluar rumah nanti tak pepasal kena tangkap”, tegur jiran sebelah rumah. “ Tak pakcik , saya tak pergi bersih ,saya kena buat performance konsert TV9 dekat I-city”, pandai aku kelentong dan sebenarnya aku pergi ni pun senyap –senyap tanpa izin sebab satu family balik kampung dan aku bagi alasan assignment sosiologi nak kena submit isnin ni , rumah atuk takde internet jadi kena duduk rumah, mama percaya walaupun dia sangsi siap pesan hati hati keluar rumah. Aku sedarpun bila abah call tanya aku solat subuh ke tidak , aku bohong lagi kata ya , padahal subuh aku tahap dinosaur. Kalau abah tahu mesti dia kata , “Akmal, berjuang jenis apa kamu kalau solat buat bahan mainan , kamu harap pertolongan Allah tapi kamu tak pernah mahu dekat dengan Allah, kamu main –mainkan perintah Allah, zaman tentera Salahuddin tu menang dan bukak Palestin sebab ibadat mereka kepada Allah sungguh hebat”, dan kalau kena berleter bab ni aku diam macam patung cendana sebab memang benar , aku culas bab solat.
       Aku jalan kaki sampai ke Esso , Keon dan Albab tunggu dalam tandas sebab si Albab ni mau membuang , katanya kalau dah berjalan kaki ke menara Maybank susah nak melabur. Kami gelak – gelak walaupun trak FRU memang sudah depan simpang jalan dan aku raba kocek beg, inhaler tiada dan aku kena tawakkal bebanyak jelah mulai saat ini , dengar cerita pimpinan Pakatan Rakyat berkampung di Hotel Hilton Kl Sentral tidak jauh dari tempat kami. Banyak mata yang melihat , kami dress up macam orang pergi gig, serangan pertama di terowong bas ke LCCT dimana YB Tian Chua lead teruk kena ambush dengan FRU , kawasan terkepung ramai yang sesak nafas , ada hikmah aku lambat sebab selain melabur Keon dan Albab menyorok dalam tandas Esso. Keadaan redha kami kearah Menara Maybank ,entah bagaimana group kami bergabung dengan peserta demonstrasi dari arah Jalan Sultan ,aku dah termasuk group awek –awek ,aku yang dah ada tanda sesak nafas kerana masih ada kesan asap di sekitar jalan jadi semangat. Jangan risau ubat asthma aku selain inhaler ialah awek yang sedap mata memandang.Kami seperti sedia lahiriah tahu tugas kami melindungi demonstran wanita dan sekejapan kami para lelaki bergabung tangan hingga dipersimpangan hadapan Menara Maybank.
       Hadapan Menara Maybank , kami membuat bulatan , YB Hatta Ramli dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat membuat ucapan, aku toleh belakang ada wajah lembut yang buat aku rasa seperti suara jeritan “Bersih Bersih” sepi ,hanya aku dan dia , aku kembali tersedar tatkala lori FRU membunyikan loceng amaran , aku terus siap memakai penekup muka dengan doa tanpa henti tolong jangan semput ketika demonstrasi ,aku pandang Albab dan Keon (masing2 sudah mengerti mungkin ini lapangan uji) , cukup 3 kali loceng amaran , baru sahaja kami bangun , belum sempat aku mahu panjat bukit , helmet merah sudah mengejar seraya tembakan canister gas bermula , keadaan terkawal dalam bulatan jadi huru –hara ,Albab dan Keon aku tak nampak lagi, pandangan aku berpinar dalam asap , aku mula tidak dapat seimbangkan badan , aku tahu ketika itu aku ucap Allah …mungkin ini terakhir kali aku hirup udara Malaysia , terus kelam dan gelap
       “Allahu Akbar “, aku menjerit ,dalam sesak pekat asap serta orang keliling bertempiaran selamatkan diri , aku lihat pemuda yang menjadi benteng untuk kami di Jalan Sultan tadi rebah. Dengan kudrat badan 45kg aku usahakan menarik pemuda tadi ke tepi di celah terowong kecil hadapan Menara Maybank sambil jerit tolong , entah ada yang sedar atau tidak. Aku cuba capai botol air dan aku sendiri sudah tersengit ketika itu , aku sapu air pada wajah pemuda dihadapanku dengan selawat Syifa , mula-mula aku ragu nak pegang muka dia tapi ada suara pantas di belakang menyebut , darurat apa kau tidak belajar maqasid as syariah dan yang penting 1)agama 2)nyawa …aku terus sapu air pantas dan letakkan ubat gigi di mata , ketika itu sempat aku masukkan garam bawah lidah aku untuk kurangkan kesan gas pemedih mata.
       Alhamdulillah dia sedar dalam lemah , aku dengar dia sebut tolong cari inhaler, aku buntu mana mau cari , aku keluar bererti aku mahu digari ke rumah pasung kalau tak keluar pemuda ini mungkin mati..aku nekad keluar dan lari ke depan kearah Guardian di sebelah Puduraya ,aku tak terfikir kalau dia kedai tutup janji aku dapat belikan inhaler. Ketika aku mahu keluar dari terowong ada sekumpulan pakcik berkopiah berlindung , aku terus jerit dan bagitahu ada pemuda yang pengsan , terus mereka menumpu kearah kawasan dalam dan aku lari nekad ke Guardian. Aku berjaya menyusup kerana pasukan demonstran sudah ke hadapan Hospital Tung Shin dan sekejapan hadapan Menara Maybank jadi sepi , aku lari membeli ikut pintu belakang dengan harapan ada bantuan untuk pemuda tersebut apabila bunyi ambulan kedengaran dan ketika itu ditangan ada inhaler yang aku beli ikut pintu belakang Guardian dimana ada pekerja yang membuka pintu belakang, aku patah balik kearah tempat aku tinggalkan pemuda tadi dan

       “Trap” bunyi kasut seret dan aku ditarik tiga orang polis wanita , aku meronta dan terus dipegang kejap , aku memandang sepi terowong tadi aku lemparkan inhaler ke jalan dengan harapan ada yang mengutip da nada yang tahu ada pemuda yang nyawanya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Aku menaiki trak Black Maria dan terus nangis, puas demonstran lain memujuk tetapi aku terus nangis kerana aku tidak pasti nasib pemuda tadi … aku mula rasa insaf sebab aku tipu pak lang kata nak ke perpustakaan negara dan aku tak mintak izin parents nak pergi demonstrasi dan inilah penyebab aku ditangkap, tak dapat redha mak ayah macam mana Allah nak redha?

Pelancaran Bersih 3 , 4/4/2012
       Seperti Bersih 2 , keadaan sesak di KLSCAH , aku pilih bangku tengah , ramai sudah kenalan aku dapat , ada hikmah jatuh semput di tengah hiruk demonstran tapi ada wajah yang aku puas cari , dia si Puteri Perjuang , aku terhutang nyawa dengannya. Selepas Bersih 2 .0 , aku tetap semangat menjadi mahasiswa yang cakna isu semasa dan sekoyong –koyong bulan Disember 17,2011 sebuah lakaran sejarah apabila gerakan mahasiswa dipandang dengan penuh perhatian sejak insiden turun bendera. Aku sibukkan diri juga di dalam gerakkan dan belajar banyak benda baru tentang perjalanan pentadbiran serta permasalahan negara .Dalam aku kusyuk mendengar ucapan pengerusi Bersih 3.0 , aku tertoleh ke kiri aku, eh …aku kaget …
       Aku ditemani oleh Suraya, sahabat yang sama –sama di tahan di PULAPOL Jalan Semarak dalam ops bersih 2.0 , selepas statement diambil ,kami berdua berstatement bersama menukar nombor telefon dan mula rapat , lagian kami dibidang bioteknologi jadi perbincangan pelajaran serta projek akhir tahun antara intipati perbualan dan tidak lupa isu semasa negara. Aku toleh kanan aku , dia ???
       Usai habis perasmian , aku masih di kerusi dengan niat jika dia  orang yang sebenar pasti dia akan menegur . “Saudari , ni RM20 , terima kasih tolong belikan inhaler”pantas suara garau itu menghulurkan dua not merah .
“Alhamdulillah “, itu yang mampu aku ucapkan tika ini seraya menyoal , “saudara ok?” dan aku masih biarkan not merah itu atas tangan pemuda tadi. “Eh, saya sihat , Alhamdulillah ,kalau tak dah dekat syurga rasanya sekarang ini”, pemuda itu membuat lelecun dan aku rasa macam nak cakap tapi zahir cuma dalam hati saja dengan monolog: AWAK TAHU TAK SAYA DEKAT SETAHUN NI TAK TAHU NASIB AWAK ,DOA SIANG MALAM SUPAYA AWAK SELAMAT , PUAS SEGALA NEWSPAPER ONLINE/BIASA SAYA BUKAK SAMPAI SURAT KABAR CINA JUST NAK TAHU AWAK SELAMAT KE TIDAK DAN SAYA HAMPA TAKDE NEWS PUN PASAL AWAK , AWAK BOLEH BAGI JAWAPAN MACAM TU DEKAT SAYA???Habis monolog dalaman aku dia bersuara.
“Tapi saya doa setiap hari, kalau saya masuk syurga biar awak Ainul Mardhiahnya “, dia jawab selamba sambil mengangguk tanda tolong percaya dan menyambung “saya, Adi , Adi Akmal” dan memberi senyum segaris … aku menyambung “saya Adi , Siti Khadijah” … nama timangan kami sama -ADI“Kita pergi demonstrasi Bersih 3, saya bawak inhaler” gelak garau Adi sambil jelingan dari mata seorang Adi yang masih phobia.Itulah kisah kami dua orang Adi yang cuba mengikut bersama nilai masyarakat merubah Malaysia dan sesungguhnya bukan untuk kami tetapi dunia yang baik untuk generasi akan datang (baru kenal dah sebut generasi akan datang?) , si dia nekad kali ini ingin jadi aktivis yang taat kepada Allah lebih jitu serta tidak tinggal solat dan si dia seorang lagi nekad mahu mintak doa restu dari ayah bonda agar perjuagan sentiasa di dalam RedhaNya.

Monday, April 9, 2012

Travel ..orang kata saya habiskan duit ..bagi saya itu LIFE!

Sesak serabut
Hal Kerja --itu adat dan biasa boleh handle 4 tahun pun dia punya platonik lebih kurang sama
Hal Negara -aku kisah sangat ke ? aku rasa tahap dasar peduli aku adalah dlm 10%
sebab aku rakyat biasa pompang dlm twitter , biarkan dia terbang , share skit dlam FB lepas tu
yang terasa hati tembak aku , jadi masih sama dengan orang lain


okay aku melalut , sesak isu negara
aku tahu escapism aku dua cara : lontarkan jadi aku tulis atau amek buku kecil merah , check baki bank , tempah ticket ..

ya aku suka travel
Naik angkot duduk paling tepi dengan pintu terbuka itu kepuasan
Naik tuk tuk dengan gaya rempitan itu cool
Panas berdenting di Sungai Mekong itu lebih mengasyikkan
Damai sejuk kota Parahyangan lebih menghiburkan
Dan lautan manusia di kota suci Islam itu adalah sebuah manifestasi kepuasan yang tidak terbayar harganya

Akhirnya buat aku kenal manusia
Kenal pakai ranggi tapi solatnya lagi tertib dari aku
Kenal orang rambut blonde skirt pendek tapi masuk masjid
Kenal nak solat tak semestinya kena buat partition laki perempuan
Kenal sabar , mana manusia mana syaitan
Kenal erti ada masa negara kau lagi paling teruk dari semua negara kau pergi
Kenal macam mana kau bersabar tengok makanan tapi haram kau nak telan
Tahu cerita bahawa rasa makan cili hidup itu nikmat tatkala itu je sayur yang ada

Dan yang utama aku kenal Maha Pencipta -Allah
Siapa nak jaga perempuan macam aku bila bergerak kalau bukan Yang Maha Berkuasa ?
Buat aku lebih rapat dan bergantung harap

Oh Allah
Izinkan hambamu ini menguasai dan berjalan di hamparan luas bumimu
Dengan kesihatan tubuh , rezeki yang luas dan umur yang panjang
Amin ...dan Ya Allah redhakanlah setiap langkah kakiku tika berjalan


p/s: Air Asia sila buat promosi --

Tuesday, April 3, 2012

need a replay

I know u hear me from above
I hope there is a replay , not one , twice but many
to see your beautiful creatures everyday


me
who always need your help and guidance

Tuesday, March 27, 2012

Shankar dan Tea Lady Ina

Tahun lepas 3 bulan Shankar -pemuda yang jaga kioks di bangunan singa belanda cuti  balik India , sepi kedai selama  3 bulan dan  yang replace Shankar pulak jenis diam tak bersuara , aku suspect dia tak reti cakap Melayu dan kadang - kadang salah harga . Bila Shankar balik bukan sekadar yang dekat bangunan Singa Belanda , yang sekitar jalan tengah pun tegur dia Shankar pulak jenis hafal surat khabar atau roti apa yang dibeli oleh orang yang selalu singgah kioks.

Hari ni Ning Ina yang jadi tea lady balik semula bekerja selepas bersalin siap berpantang balik Indonesia , selama 2 bulan dia tidak ada air Ning lain bawak memang tak laku , payau je rasa , aku terus boikot , tadi aku tengok semua cubicle pesan air , keadaan  seperti 2 bulan lepas .. btw air tea time ni free company bayar.

Mereka immigrant di bumi Malaysia , mencari sesuap nasi demi mengubah cari hidup di negara sendiri , tapi kejujuran , keikhlasan serta Public Relations yang bagus membuatkan mereka di sukai ramai , bayangkan sebelum Ning Ina balik orang buat selamba je kalau tea lady masuk ... jadi hilangkan prejudice kita tak semua pendatang jahat , orang jahat ada di mana - mana, yang penting kita kena sentiasa berdoa . Sebab aku selalu imagine , ditakdirkan Allah aku sambung belajar atau bekerja di negara asing bukankah aku juga di cop foreigner dan lebih teruk lagi immigrant? apakah aku mau dilayan sebagai manusia kelas ke2?



Sunday, March 18, 2012

sampai bila nk rasis???

Lama sungguh untuk siapkan post ini , luahan hati yang banyak aku padam lepas tu terkena writer block , lepas tu ada gene M =MALAS dan lepas tu more attractive dengan twitter dan ke FB zuckenberg ...sahih macai mark zuckenberg gak aku ni ... maka aku biarkan dalam save mode ...memang banyak lepas tu dari aku

Aku tertarik bercerita kisah ini bila satu hari tengah separa sibuk buat access risk health , ada forward email masuk dan ayat terakhir dari email itu , we must vote out MCA and Gerakan from rules this country , jeda ...lama aku diam sebab momokan selama ini cuma kita je orang melayu duk getik and gedik nak jatuhkan hegemoni UMNO tapi bangsa lain tak kisah , bangsa lain masih mampu mengangkat parti berasas kaum yang selama ini sebagai juara bangsa mereka . Email itu membuktikan itu sebuah usaha dari rakan bangsa lain yang mahu satu sistem keadilan di tegakkan dan bukan lagi parti perkauman mahupun parti yang korup .Jika saya kekal menolak parti rasuah dan korup , mereka juga sama ... saya teringat 901 air mata kemenangan tertumpah dari cubicle kerja menerima berita jam 9 pagi bahawa lawak fitnah 2 berakhir , saya jenguk cubicle sebelah Donald sahabat tionghua juga bergenang air mata meraikan sebuah kemenangan yang mungkin bukan mutlak tetapi ada cahaya di lorong yang gelap.

Saya bersekolah di sebuah sekolah yang dulunya missionary selama 11 tahun bermaksud dari sekolah rendah hingga sekolah menengah , selalu waktu hari pertama kelas cikgu akan pastikan tidak ada seorang pun boleh duduk dengan partner sebangsa ...tukar tempat , jadi dari tingkatan 2 ada seorang kawan baru saya dapat nama dia Claudia Marcia Sta Maria , nama macam minah saleh tapi dia bangsa serani campur Cina  (Claude if u read my entry do contact me since we lost contact after I'm in the university ==my biggest mistake i think! miss my old time with u *cry cry*) , sampai tingkatan 5 kami bersama , selalu jadi teman berbual , pinjam kerja sekolah (pengawas mcm aku nikan busy) dan paling best waktu tahun baru cina saya kena buat 2 , 3 hari penuh beg bawak limau mandarin dari dia since her mum is Chinese , saya belajar toleransi bangsa .

Namun ia berubah bila di matrikulasi dan IPTA saya di sebuah institusi yang 80% adalah Melayu dan mungkin 90% adalah Islam , saya semakin jauh dari kelompok dua bangsa lain. Saya di dalam lingkungan kelompok selamat dan mula rasakan saya perlu kepada perjuangan bangsa kita .Tegas saya nyatakan TIDAK salah langsung untuk kita memperjuangkan bangsa kerana , Allah berfirman :"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah nasibnya , 13:11" . Memang kita perlu berusaha memajukan diri, ubah kotak pemikiran , kejar ilmu sebanyak mungkin , banyak membaca dan keazaman mengubah nasib hidup. Setiap kali aku malas belajar mama akan petik dari riwayat abu naim :Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada' dan qadar (link:sini) . Tetapi jangan sampai kita letak dalam memajukan bangsa kita dengki khianat nak hancurkan orang lain dan setahu aku Islam tidak pernah ajar , nabi Muhammad sendiri tidak pernah letak hak ekslusif Islam itu kepada Arab “Wahai manusia, Tuhanmu hanyalah satu dan asalmu juga satu. Kamu semua berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah. Keturunan, warna kulit, bangsa tidak menyebabkan seseorang lebih baik dari yang lain. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa. Orang Arab tidak lebih mulia dari yang bukan Arab, sebaliknya orang bukan Arab tidak lebih mulia dari orang Arab. Begitu pula orang kulit berwarna putih dengan orang kulit hitam dan sebaliknya orang kulit hitam dengan orang kulit berwarna putih, kecuali karena takwanya.” 
Maka di mana sebab untuk aku berkata , untuk membenci bangsa lain , kita sudah 54 tahun merdeka , kita perlu keluar dari kotak , fahamkan mereka jika mereka tidak faham tentang bab halal dan haram serta isu isu lain , fahamkan sehingga mereka owh begitu ! 

            Kenapa tiba tiba dari ruang kelompok selamat saya menukar prinsip dan kotak cara berfikir? kerana saya diterima kerja di sebuah syarikat antarabangsa yang majoriti dikuasai oleh bangsa sambut hari Imlek , permulaan agak kekok namun saya belajar ada unsur positif yang saya ambil , saya tidak nafikan masih ada yang rasisme , masih bersikap memandang rendah kepada saya dan mencurigai kemampuan saya , namun setelah 4 tahun saya kata saya harus kehadapan , tunjukkan kemampuan saya lebih dari mereka dan buktikan saya mampu lakukan apa kerja yang mereka buat . Namun , generasi muda yang graduan seusia saya lebih bersikap mudah bertoleransi dengan saya dan tidak lagi bersikap sebelum zaman merdeka mungkin dan kesemua mereka dari IPTA , masalah PTPTN yang sama dan duduk di Kuala Lumpur yang serba mencengkam kewangan

Unsur positif pertama : Saya belajar peka hal sekeliling, dalam kesibukan membuat kerja tiba tiba ada bunyi kuat ,mereka terus bangun dari cubicle, saya masih duduk --maka saya simpulkan itu sebab utama mereka cepat menerima perubahan dan analisa mereka pantas.

Unsur positif kedua : Kerjaya saya menuntut lebihan tugas masa , kes kes sukar dan kadang kadang hampir tewas --mereka tidak merungut tetapi mencari alternatif , bayangkan dari kesilapan di sesetengah kes saya diajar ia mampu menjadi pengalaman berharga untuk kes kes yang mendatang --- saya suka prinsip mereka : peluang tercipta tatkala kita didalam krisis/kegawatan --jadi tidak ada masalah yang tidak mampu diselesaikan

Pengalaman saya:
1.Bulan Puasa : kerana tugasan yang banyak , kami terpaksa tapau makanan ke office dan buat kerja namun bila mereka ternampak  kelibat saya , terus ramai ramai makan dalam bilik meeting , terima kasih kawan kerana anda hormat , saya sering ingin ceritakan kepada anda tentang kisah yahudi zaman Rasulullah yang masuk syurga kerana marahkan anak dia makan di khalayak tika bulan ramadhan , moga kamu yang menghormati ini di beri hidayah Allah

2. Sambutan Hari Jadi : bos tanya , Ida mau celebrate makan apa ..saya cakap japanese food , kami pergi awal 12.00 sebab mereka tahu1.30 petang saya perlu solat zuhur , pergi ke pavillion sampai di sana ada beberapa restoran makanan jepun tapi tiada status halal , dalam group ada 6 orang ahli termasuk saya , mereka yang bertanya dan menyoal kepada pemilik kedai tentang halal dan haram , lebih lagi soalan mereka ada letak sake atau tak sehingga kami jumpa restoran teppanyaki yang halal baru mereka kata ida , I saw halal logo there kita makan sini ...ya saya terharu hari jadi saya di sambut meriah dan mereka menitik beratkan aspect halal untuk santapan saya.

3. Tukar Hadiah hari Christmas : itu tradisi di department saya , maaf sebelum saya masuk dan beberapa rakan lain saya tidak pasti samaada yang Muslim ada bagi penerangan , jadi bila kami memberitahu kenapa kami tidak boleh turut serta kerana itu lambang perayaan agama mereka faham , jadi mereka membuat alternatif keluar dari bulan December dan hanya pada bulan 2,3 untuk permainan secret admirer tidak langsung bermotif tukar hadiah Christmas .

Di klip ini juga bukti sewaktu di luar rumah pasong slim river penahanan 20 mahasiswa yang kena tahan kerana malam new year (malas explain semua faham kenapa) cuba lihat di sebalik jalan mak cik dan pakcik ni bangsa apa ya? kisah 1 january 2012 dan mungkin kita perlu sudah keluar dari kelompok dengki khianat rasa iri dan segala mazmumah kisah bangsa ... kita Malaysia , apa guna belajar 11 tahun kata kita bersatu tapi hakikat sebenar kita masih bergaduh? kita masih membenci satu sama lain ..dan helaian di sini buat saya menangis bahawa cahaya bersatu padu itu masih ada , satu Malaysia yang sebenar catatan dari merdeka review


*segala penulisan ini ialah daripada pengamatan saya yang mungkin tidak sama dengan anda , bagi saya mudah toleransi , saya suka dengan sahabat adik saya: ayah cina muslim , ibu india muslim , anak2 boleh berbahasa 3 bahasa utama --bukankah itu indah dan menyeronokkan? 54 tahun sudah , rasanya asas prinsip untuk keistimewaan kita masih terjaga dan jika kita gagal itu kesilapan kita bukan point finger dekat orang lain ..itu keji namanya, sila keluar dari kotak .