Monday, February 16, 2009

kata kata Hati

waktu aku di uni, aku penah baca satu novel melayu yang kasik aku berangan tahap empayar mogul datang malaya ... kata novel tu ...rahsia hati siapa yang tahu ???
Betul ...hati memang susah nak di tebak, susah nak diteka ...ialah kalau hati tu senang di refleksikan dengan perkataan takdelah jadinya aku jadi pak pacak untuk pementasan lang rama dan sita dewi selama 6 tahun. Blog aku pun pasal hati - organ terbesar badan, yang kalau rosak itu dilihat melalui kuningnya mata, demam dan badan keringking kurus ...maka mungkin scherrosis, hep B itu milik anda ....

Berbalik kepada hati yang membawa perasaan ...kat sini aku start confius ,,,hati yang ekstrak toksik itu ada jiwa atau jantung yang mengepam oksigen dan membuatkan kita bergerak itu punya rasa??? Hati suci yang dicari ...dalam melangkah hidup, aku dah lihat pelbagai hati manusia, ada yang suci, ada yang tulus, ada yang sonsang ... apa apapun itu hati mereka ...cukup aku menjaga hati sendiri agar tidak cedera dan menderita ....

Sekeping hati itulah letaknya keluhuran budi ...atau jatidiri .....

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

dan jadilah manusia yang punya hati ikhlas demi kebahagiaan insan sejagat ...

3 comments:

Amin Ahmad said...

wa sokong wa sokong! hehe

Nur said...

:D

macam nak bagi tau somebody something jer? errk..ker silap paham...:D

Annabuadiary said...

pewaris reformasi: thanks for support

fakhzan: secara amnya mungkin ...untuk menyedarkan saya supaya sentiasa tazkiyatun nafs ...sucikan hati