Alhamdulillah, menuju ke tengah hari demam aku semakin kebah ...cuma tekak aku masih perit dan hidung nak semakin hilang sok seknya ... Tapi blood pressure abah memang buat aku tak tenang : 140/110 ...sama macam pergolakkan politik perak ....
Tengah hari tadi abah ajak aku ke pasaraya kerana membeli barangan /persediaan sambut burfday boy si putera bongsu ...adik aku yang bongsu ni memang manja tahap gaban ...kerana jarak usia dengan kami semua yang jauh ...kita orang sume tahap dewasa dia sorang je tahap kanak kanak ribena ...dan seringkali disalahtafsir oleh orang ramai sebagai cucu parents aku ....
Nak dijadikan cerita, sewaktu di pasar besar , nak amek troli yang kena park 20 sen tu ada masalah sebab sorang pakcik susah nak keluarkan trolinya. Ini semua angkara penyangak mana yang tak reti ikat troli bebetul... disebabkan kesian tengok pakcik tu terhunggah hunggah nak keluarkan troli dari deretan troli yang panjang aku cuba membantu ...namun gagal!! Abah yang datang lambat cuba menolong membetulkan rantai kunci yang membelit di tepi troli dan berjaya ...
Korang tahu apa pakcik tadi buat ...selamba gaban dia menonong amek troli dari memandang kami berdua ...tanpa ucapan terima kasih ,.... pergh , inilah budaya bangsaku ...susah ke apanya nak ucap TERIMA KASIH tu ...berat sangat ke mulut ...susah payah aku ngan abah tolong (bukan aku harap dan mula rasa aura ketidak ikhlasan pulak kang) ...tapi aku nak bangsa aku ni reti appreciate setiap apa yang berlaku ...jangan nak jadi arrogant ...memanglah pertolongan kami tu seciput jek ....tapi kalau dah tua bangka umur gaya masuk 7 x 4 m dalam ..belajar belajarlah ucap terima kasih tu ...isk isk isk
letupan berapi : Maybe dia tak faham atau tak tahu cara nak ucap THANK YOU
3 comments:
ko tahu tak yang pakcik tu sebenarnya....
pakcik tu sebenarnya apa caracol ???
Damia,
Maafkan saya kerana terlambat mengetahui saudari demam, bagai mana sekarang? Jaga2 ya....:D minum banyak air ya..
Post a Comment