Thursday, February 5, 2009

BarU sEmalam

Saya akui saya bukan seorang yang pandai menceritakan kata hati ...tapi apa yang terjadi buat saya berfikir dan merenung bahawa cepatnya masa berputar , cepat betul segala apa yang berlaku di sekeliling kita ....

Petang itu saya pulang ke rumah, pagi tadi sewaktu di dalam bus saya mendengar komen kawan. Kalau menang pun mungkin cik siti wan kembang, yang lain parti dacing -result camni sume orang dah tahu. Saya juga yang ketika itu tanpa perasaan dengan tetiba stuju dengan tahyul itu. Entah kenapa hati tidak langsung rasa optimis apakah kemenangan itu milik kami....saya balik untuk bersama keluarga melihat perjalanan demokrasi yang kian suram, apakah sinar masih milih tanah malaya ini? apakah esok jika kalah DSAI dan keluarga masih punya tempat di Malaysia? Apakah yang akan jadi pada parti mata, parti bulan? apakah dan apakah ...yang saya fikir KALAH ...sebabnya saya cuba memikirkan nasib jika mereka KALAH ....

Pagi hari mengundi itu kami berkumpul di rumah besar di daerah Gombak ... rumah wan meriah dengan kesemua anak anaknya berkumpul ...even mak ngah sekeluarga yang menetap di utara pun berkumpul sama (sebenarnya hari esoknya adalah majlis perkahwinan saudara sepupu) ...Masih saya ingat , saya, mama, sepupu sepupu, abah, pakcik dan makcik berkumpul di depan TV, dengan laptop dan newspaper ...saya rasa pemikir dan penganalisa politik pun kalah dengan gelagat kami... malah kami terlompat gembira kerana calon yang kami pangkah menang ...agak kanak kanak jugak aksi orang dewasa di rumah wan meraikan kemenangan dengan takbir dan air mata gembira ...esoknya kami bangun (adakah kami tidur sebenarnya pada malam 8 mac itu??) ..wajah kami tersenyum seperti semalam adalah hari raya ...ya kami meraikan kemenangan bahawa demokrasi itu masih ada dan masih wujud ....5 negeri milik hak rakyat ...

Dan semalam saya membuka laptop dengan rasa pedih ,,,belum sempat saya merakam aksi 8 mac tepat setahun , satu negeri jatuh ke tangan dacing kerana angkara ahli politik parti rakyat sendiri ...saya marah dan teramat marah ...kenapa waktu jadi calon pada 7 Mac dulu sibuk kata awak penyokong rakyat? sibuk kata awak tolak rasuah? sibuk kata awak pembela keadilan ? dan semalam saya lihat awak sanggup jilat kata kata awak ...inikah balasan untuk mereka yang mengundi di BOTA, JELAPANG DAN CHANGKAT JERING ??? atau mungkinkah saya juga tersilap perkiraan dengan apa yang terjadi ? ataukah parti rakyat belum cukup kuat melawan cereka ini ....

cuma satu yang saya percaya ...Manusia merancang, Allah merangcang tetapi perancangan yang Maha Kuasa adalah segalanya ....sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi di setiap apa yang terjadi .....

3 comments:

Nur said...

Salam Damia

Saya benar2 sukakan nama anda, lembut bak sutera, terbayang dandelion yang berterbangan....:D

Ah, mau tau? Saya sudah tidak panas hati lagi. Air mata yang asyik mengalir sejak semalam jua sudah berhenti. Riang jua. Tidak tahu mengapa. Baru bercakap dengan Abah, dia cool sahaja, layaknya malas mau mengambil tahu helah politik terkotor dalam sejarah Perak.

Saya jua, terkene tempiasnya. Biar lah Perak itu, kerana Allah Maha Suci itu, Maha Mendengar du'a2 dari orang yang dizalimi.

Benar, curilah negeri saya itu, moga2 dengan pencurian itu anda dihumbankan ke dalam penyiksaan batin yang tiada taranya!

Kasihan, saya kira mereka itu sudah buta hati, pendengaran dan penglihatan, seperti satu auay di dalam surah Yassin.

Selamat Hari Jumaat, Damia! Jangan lupa doakan saya dalam setiap solat mu...

Annabuadiary said...

fakhzan...

terima kasih menyukai nama saya yang membawa maksud damai ...

Dua orang yang dizalimi itu tiada hijab ...insyaAllah saya sentiasa ingat mendoakan kejayaan anda dalam setiap doa di akhir solat

Anonymous said...

Aku orang Jelapang.
Dan aku blur apa yg jadi.
Ceh!