Jodoh dan pertemuan itu kehendakNya .....
Hari ini saya ingin berkongsi kisah tatkala rakan rakan merasakan diri di dalam kekalutan kerana tiada cinta...siap lagi bersaing hebat untuk menjadikan tidak tercalon dalam group andartu dan siap ada ugutan jika ada rakan yang menyaingi ianya satu pengkianatan .... apa semua ini??? kenapa boleh jadi begini??? dan ada juga yang main tangkap muat janji diri kahwen dari digelar andalusia ...
Eh, kenapa rakan rakanku yang selama ini bertahap pemikiran keluaran universiti bila tiba bab- bab begini seperti hilang akal ... kenapa dari menggunakan akal anda mampu bertindak di luar kotak pemikiran dengan serba kedangkalan??? bergembiralah jika teman kita sudah punya pasangan dan jangan berdengki ...doakan kebahagiaan mereka... dan buat kita yang masih solo , berdoalah di temukan dengan yang mampu bersama kita membina mawaddah wa rahmah .... kenapa bila tiba bab bab jodoh sanggup mengutuk kawan yang masih solo??? kenapa ini terjadi???
Baik , usia saya bakal menjejak 25 tahun .... saya masih berasa seronok dengan kehidupan sekarang bersama keluarga terutama adik adik ... berjalan sama sama menonton wayang dengan adik adik dan masih dalam kawalan keluarga.... bagi saya bab jodoh ini mudah , jika DIA berkehendakkan dan sudah tiba masa yang sesuai ia akan datang ... Saya tak nak orang semua kawen dan kita pun kawen kerana trend ... jangan kita salah terpilih .... Jika dilihat di luar sana bila kahwen derita yang tiba , nauzubillah ...sedangkan ketika bercinta baik sahaja ....
Seorang rakan di office siap mengeluarkan kata begini kepada saya ...menyesal berkahwin ....alahai kenapa jadi begini??? rupanya lelakinya terlampau high demand kerana mahukan barangan branded sahaja di rumah sehingga habis duit si isteri ...tetapi bukankah sebagai permaisuri rumahtangga kita boleh membina cadangan ????
Maaf, saya bercakap dengan teori dan pengamatan ...tanpa pengalaman ,,,,, tapi yang saya nampak berapa ramai kecundang kerana tangkap muat .... bukannya tatkala saya menulis saya suka hidup sendiri ...tetapi bagi saya biarlah ikut pepatah :biar lambat asal selamat ....
biarlah kita menjadi bidadari dengan cara sendiri , membentuk baitul muslim daripada berkahwen mengikut trend ...buat rakan yang telah berjumpa pasangannya ...anda di beri rezeki awal membentuk keluarga ...kepada yang belum ketemu janganlah kita panik tak tentu pasal ...rezeki jodoh ini sudah tertulis ...doa doa dan doa ..itu yang penting .....
1 comment:
Pada aku la kan, kita kena usaha dgn cara yg betul bab jodoh ni.
Lambat ke cepat, itu kerja Allah.
Yg penting kita usaha.
Buat sembahyang istikharah n hajat selalu.
Itu yg terbaik sbb Allah knows the best.
Tangkap muat tu mmg kesilapan besar.
Menggelabah sgt nak kawin kan, at last menyesal.
Rilek2 dulu sbb byk benda lagi boleh dibuat dlm hidup.
Yg penting usaha mesti ada, dan bila Allah kata dah tiba masanya, terus je kita jumpa pasangan kita nnt.
Hehehe.
Post a Comment