Monday, February 9, 2009

pOster Untuk Anakku

Hari sabtu lepas saya menonton Majalah 3 tentang nasib mereka di Gaza ..sedih melihat kesan bom phosporus dari Israel durjana itu ...tetapi saya lebih tersentuh melihat kaum muslim di sana yang menerima kehilangan ahli keluarga dengan rasa bangga. Tentu sekali jika saya akan berasa bangga kerana ada ahli keluarga yang syahid dimana pasti laluan ke syurga itu akan ada tangan yang menggapai , InsyaAllah. Kebiasaannya mereka akan membuat poster untuk digantung di rumah dengan wajah anak mereka yang telah syahid ...satu kebanggaan kerana anak mereka mati mempertahankan maruah agama sehingga ketitisan darah yang terakhir ...

Bagaimana pula dengan kampung halaman saya ...owh mereka juga membuat poster tapi untuk perkara lain ... Ialah musim sekarang ini Akademi Fantasia 7 akan berlangsung maka berlumba lumbalah poster untuk anak mereka demi menunjukkan meriahnya sokongan dan juga vote sms memihak kepada anak mereka. Kadang kadang saya rasa kasihan melihat ibu bapa sanggup memegang wardrobe anak dan sanggup berhabisan demi kejayaan anak pada satu rancangan hiburan. Bukankah lebih baik memberi sokongan agar anak anda bergelar academician ataupun yang terbaik untuk jalan akhirat ...

serta trend terkini jika di lihat di kampung kampung ialah poster pasangan pengantin...bukan saya nak kata apa, memanglah mudah untuk orang ke rumah pengantin.Cuma yang tidak manis gambar di poster itu ada antaranya gambar sebelum berkahwin tetapi sudah berpelukan dan berpegangan tangan ...bagaimana tu????

Itulah dia dua senario berbeza walaupun agamanya sama ....

3 comments:

Ibnurashidi said...

salam..

Tak sangka pula ada trend baru ya. Letak gambar pengantin tu. Satu haru lagi bila gambar pengantin perempuan mekap itu terpampang untuk tontanan umum. Free je dapat dosa. Lagi ramai tgk lagilah berganda sahamnya.

Af?budaya ini nampanya sudah membarah. Benar sekali kata firman Allah..mafhumnya yahudi dan nasrani akan berusaha menyesatkan umat Islam sehingga gaya hidup pun akan diubahnya.

Nur said...

MasyaAllah!

Sudah ada trend terbarukah?

Ah, tidak kah anak2 itu tahu bahawa berpegangan tangan sebelum nikah itu haram dan berdosa? Zaman sekarang, anak2 lebih kenal penyanyi2 dari sahabat2 nabi!

Benar kata Ibnurashidi, selagi kita ini tidak mengikuti mereka, selagi itulah mereka berusaha mahu menyesatkan...Nauzubillah...

Annabuadiary said...

ibnurashidi:budaya hedonisme ini sudah jadi barah tahap keempat dlm masyarakat melayu

fakhzan:mereka tahu tapi buat buat tak tahu ...