Menjadi minoriti di tanah milik sang saka memang bukan satu kehendak kerana ia merupakan takdir. Mencari jatidiri yang semakin hilang di sebalik polisi demi polisi kerajaan ... Lawatan 4 hari ke negara jiran telah membuat aku tertarik tentang kisah seorang pemuda berbangsa tionghua yang merupakan antara minoriti di negara tersebut. Walaupun di kisahkan sebagai pemegang utama ekonomi negara namun aku dapat dari sorot satu sisi kehidupan mereka tidak mampu menunjukkan budaya mereka seperti mana yang berada di bumi Malaysia .
Negara mereka mahu menjadikan semuanya sama di atas satu bangsa iaitu indonesia tanpa disedari ada budaya bakal tersisih kerana meletakkan nama keluarga pada Kartu Tetap Penduduk itupun belum pasti terjadi. Mereka hanya boleh menggunakan nama keturunan sewaktu bersama ahli keluarga dan bahasa percakapan adalah bahasa rasmi negara.
Namun di satu sudut kita dapat melihat satu budaya di mana bahasa kebangsaan di agungkan tatkala mereka berbicara sesama ahli keluarga dan membuat urusan rasmi di dalam bahasa kebangsaan. Cuma bagiku , biarkanlah mereka menunjukkan jati diri bangsa kerana itulah bermulanya akar umbi dan norma nilai keturunan mereka. Kerana di sekolah sudah pasti ada program yang membentuk ke arah satu bangsa atau one nation (erkk ..macam dasar baru). cuma aku tak suka kalau di satukan nama kepada satu nama bangsa dan menghakis budaya minoriti yang lain. Tetapi jangan pula ada bangsa yang meletakkan bahawa mereka lebih tinggi daripada bangsa lain kerana bahasa dan budaya mereka lebih banyak diguna pakai ...
Walau apa pun, siapalah aku yang ada hak bercerita tentang polisi budaya dan agama kerana suara kecil ini tidak ada siapa yang mendengar ...
1 comment:
memang la, sbb ko privasi sangat dalam belog nih.
u've known me
u will lnow me
Post a Comment