Tuesday, January 20, 2009

translator terjun .....

Dalam fenomena skarang yang suka buat terjun tiruk atau terjun gaya bebas, aku pun nak cerita new story waktu temankan kawan aku hari tu ....tak pepasal aku jadi translator terjun... bukannya aku jadi pemujuk orang suicide atau translatekan luahan hati diaorang kepada pak bomba yang duk nadah kain keselamatan .....tapi aku jadi translator bahasa arab ...wohaa, aku cm tak caye je ngan diri sendiri ....

Arakian ceritanya bermula, kawan aku si tajam serpih mintak teman nak beli baju kurung...aku pening gak memula apsal minah ni nak beli baju kurung tengah bulan, nak kata warm up baru keje dah berbulan bulan bekerja ...dan teman aku menjawab, oi , kwan kita nak kawen hujung bulan - aku ni nak kena outstation je slalu tak sempat nak beli (almaklum kawan aku sejak keje kat kementerian kesihatan ni outstation je , tak mcm aku terperuk kat kl ni) ....menapaklah kami dari satu kedai baju ke satu kedai baju ...sampai kat kedai jalan masjid india, kawan aku berkenan sutera shantung tanah hitam, duk try menery baju ..adalah mamat foreigner bekenan nak beli baju untuk isterinya

dan dialog bermula:
mamat : How much (sambil memegang tepi jubah)
pekedai: RM120
mamat:less?
pekedai:RM100
mamat:akhirul kalam
pekedai:???#####
-aku yang dengar gatai menyampuk-
aku berdialog dengan pekedai: dia kata harga akhir tu ..
dengan pantas pekedai mencapai kalkulator ..owh pekedai baru teringat bahasa cursive pun main peranan time tengah ayam itik ini
-disebabkan mamat tu tak puas hati dengan harga, dia belek baju lain
mamat:how much this (sambil menunjukkan baju baru yang dia pegang)
pekedai:RM80
mamat:aku lupa dialog arab dia (tapi aku faham maksudnya takde kurang ke???)
aku kepada pekedai: dia mintak kurang lagi
pekedai:RM60 (IN english)
aku:alamak 6 tu yang sittah ke tis'ah (maka aku membilang ) ngan condifent aku jawab - sittatun asarah
mamat:anti fahimtu arabiyah
aku:(dalam hati)..jawab naam kang naya ...akhirnya aku senyum
mamat: saya setuju dengan harga ni (ni fahaman aku lah apa dia ckp)
aku kpd pekedai: dia nak harga tu
dan mamat tu membayar terus pergi


apa yang aku nak buat korang tergezut, mamat tadi bukan orang arab, tapi orang dari tanah besar tongshan (china) ...mak aih, malu aku, bahasa arab dia cm air ...aku bukan tahap merangkak tapi tahap mengesot ...dan akhirnya betullah kata arwah ustaz aku time aku sem 2 kat matrik, sebabkan kelas aku sume degil + begik dia pernah tanya : siapa yang susah kalau bahasa arab semua teruk ...dan kelas aku yang memang nakal menjawab: mereka dan keluarga mereka ...ha kan aku dah kena ...tak reti nak balas balik je apa orang kata ....ni rasa nak masuk kelas balik ...

2 comments:

Caracol S. Trampt said...

ish
Tuan rasa kalau dicampak ke bumi arab, boleh survive sikit2 kot

cuba try;
makanan: ta'am/mak kulat
nasi: ar ruz
strika: mikwah
besar: kabir
kecil: qalil

dulu pernah belajar juga bahsa pasar arab;

15: khomastaz
habis: mafih


ala yang basic2 tu bley lah

kalu kita yang islam tak blajor, siapa lagi nak blajor??

hehehehe

tapi sebenarnya cam ramai jer orang muka cina yang cakap arab. kalu kat arab lah. kebanyakkan yang jual dan peniaga di arab

itu lah pengalaman nak di kongsi

salah tolong tunjuk

apei budak kampung said...

at least lu ada basic arab.