Saturday, May 16, 2009

laskar pelangi dan selamat hari guru ....


" apa bezanya jumlah 9 atau 10 orang anak murid, yang penting kita mendidik mereka"
"anak anak , di dalam hidup ini kita perlu lebih banyak memberi dari menerima"

itu petikan dialog dan banyak lagi dialog dari laskar pelangi yang menyentuh jiwa. Ikhlas aku katakan laskar pelangi mengajar masyarakat erti betapa penting dan jihat sebuah yang bernama menuntut ilmu. Perih dah jerih guru pendalaman di sebuah kepulauan di Indonesia mengajar dengan sekolah yang tak ubah seperti kandang kambing dan memang ia menjadi kandang kambing apabila hujan disebabkan kambing sume buat tempat lepak. Tiga orang guru yang meletakkan makna menuntut ilmu bukan di akhir tujuan untuk mendapat jawatan besar, kereta mewah atau rumah besar ..tetapi ilmu mampu merobah masyarakat dan membentuk keperibadian ... durasi 2 jam itu mengubah segalanya dan membuatkan kita menghargai ilmu yang ada.


Kalau nak ukur sebuah keikhlasan mendidik, lihatlah budi pekerti bu Muslimah dan Pak Harfan ... cukup cukup ikhlas ... harapan di luar sana ada beribu guru yang mengajar bukan kerana dah takde job lain setelah grad atau kerana teringin kerja kerajaan. Lakukan lah demi mengajar itu sungguh mulia dan pahala yang diperoleh di akhirat kelak ....

Buat guru semua : selamat hari guru ....


p/s: kerana film laskar pelangi , program pendidikan percuma di negara seberang semakin giat ... mereka tahu hanya pendidikan mampu mencorak dimensi baru negara.

Pagiku cerah ku.. matahari bersinar
Ku gendong tas merah ku di pundak
'Slamat pagi semua, Ku nantikan dirimu'
Didepan kelas mu menantikan kami..

Guruku tersayang~~ guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis, Mengerti banyak hal
Guruku, Terima Kasih ku

Nakalnya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan..

-laskar pelangi-

3 comments:

Ann said...

kebanyakn yg mahu jd guru, disebabkn tiada job mahupun keje tu dianggap senang.

namun setelah jd guru, barulah perasaan ingin anak2 murid berjaya dgn cemerlang dtg dlm diri tanpa mengharapkn balasan.

mybe ramai pun jd camtu.

Isma Ae Mohamad said...

Salam,
Kamu ke Indonesia, tentu sudah nonton filemnya?

Tapi bagi mereka yang hidup senang, kebanyakkannya menanggap apa yang ada dalam Laskar Pelangi itu biasa sahaja.

(Lain cara kamu menulis. Saya rasalah)

Pa'chik said...

sistem pendidikan kita sendiri, walau pun dibantu... masih banyak yang pincang... huhuhu... banyak sangat campur tangan politik yang tidak perlu...