Thursday, January 29, 2009

cHenta .... semoga Kita bersama Selamanya ....

Maaf, aku bukan pencerita terhebat malaya ...kerana kali terakhir aku memasuki pertandingan bercerita peringkat sekolah ketika di darjah tiga. Untuk menambah keyakinan kamu semua aku tidak pandai bercerita dengan bukti setiap kali ujian aku memilih tajuk menulis karangan fakta daripada karangan fiksyen kerana tahu aku amat lemah daya imaginasi kuasa ultra. Tapi untuk kali ini izinkan aku menulis kisah chenta melangkau zaman dan tidak terduga dek akal fikiran ....

1940 - endau, mersing

Rumah lebai Ghani memang senantiasa menjadi tumpuan masyarakat kampung kerana lebai Ghani antara orang yang arif ilmu agama. Mempunyai tujuh anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Si perempuan bongsu dipanggil acu amat keletah orangnya dan petah berbicara. Dalam perkampungan pesisir pantai, hembusan atmosfera serta desiran ombak ...merancakkan pemandangan dengan lentuk pokok kelapa. Indah pemandangan desa nelayan, dalam diam gaya lincah acu menambat hati seorang pemuda yang lalu di depan rumah lebai Ghani. Tapi hasrat hati di pendamkan . Mungkin pemuda tersebut memegang kata - kata jika tunggu lama lama nanti di kebas orang, pemuda yang hatinya penuh ledakan chenta memberanikan diri menyampaikan khabar melalui orang tengah. Rupanya , kasih di sambut. Namun, malang sekali ibu pemuda tersebut sudah menyediakan calon. Kerana tidak mahu dikatakan anak durhaka, pemuda akur kata ibunda dan membawa isteri merantau ke temasik kerana mendapat kerja di dermaga singapura ....si gadis kerana tahu tidak perlu menanti meneria lamaran kasih dari pemuda kampung yang berani merisik pada bapa si gadis.......


1990 - an, endau, mersing alaf kini

Angin pesisir laut yang menderu menyapa damai di tanah perkuburan Islam endau. Siapa sangka, hari itu kisah uda dan dara yang setengah abad terpisah di temukan semula. Si ibu tua yang sudah mula di makan waktu (kulit tidak semulus dahulu) sudah menjadi rutin melawat kuburan suami. Selesai doa dan yassin dibaca, dengan menaiki sepeda , si ibu tua melangkah ....di tepi pagar kuburan , seorang bapa tua melangkah menziarahi kubur si isteri yang sudah pergi ke alam Baqa'. Masa seakan akan terhenti , bumi pulse sebentar, mereka bertemu kembali. Hilang seluruh kata , bayangkan 50 tahun tidak pernah bersua.

Bahawa sesungguhnya jodoh itu kehendak yang maha Esa. Pasangan tua ini tidak pernah menyangka bahawa mereka di temukan kembali dan tidak pernah terdetik di hati mereka bahwa pada masa akan datang pasti ada sirna buat kisah cinta yang terpadam. Mereka berkahwin, demi tujuan sebagai peneman hari tua ....

----------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini adalah kisah arwah tuk cu aku ....bukan apa, di sini aku lihat bahawa pertemuan dalam hidup itu adalah kehendakNya... setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahNya. yang penting berdoalah agar kita ditemukan dengan pasangan yang boleh bersama sama di hari tua dan pada hari yang kekal abadi ...bagi saya untuk kita mendambakan yang terbaik ...kita harus menjadi yang lebih baik ....

Sudah 2 tahun arwah tuk cu meninggalkan dunia ...dan suaminya menyusul kembali kepada Ilahi selang beberapa bulan ...Kisah mereka mungkin banyak berlaku di luar sana ....sebagai sebuah kisah tentang kasih dan sayang serta rasa cinta yang di anugerahkan oleh yang Maha Kuasa ...



2 comments:

Anonymous said...

ok, sangat sweet....kalu tak ada jodoh arini, 70 tahun lagi insyaAllah ada...

Anonymous said...

Aku masih mencuba...