Ketika aku menaip entri ini ...bibirku masih lagi terus tersenyum dan tergelak gelak dengan kenangan pagi semalam di negeri bersejarah .... percutian bersama sama crime partner menyebabkan kami mengalami syndrome perasan artis ...jangan salahkan kami tapi salahkan pemandu pelancong yang membawa rombongan dari tongshan (tanah besar china)...
Aku bersama tiga lagi rakan yang membuat gelaran nama group sebagai AAF (anti american food -actually anti american brand) ... kami berempat menempah hotel di tengah bandar - series our budget hotel from front view look like choyika even it just upgrade a bit from rumah tumpangan ah kiow ...tapi bila melangkah ke tangga dan seterusnya ke bilik , tak ubah mcm sri malaysia yang aku penah pegi ...terima kasih kepada rakanku cik cerdik(sebab setiap sem dean list)yang mengoogle budget hotel ini. Dari hotel kami , a famosa, menara taming sari, river cruise dan eye on malaysia boleh di lawati dengan berjalan kaki ...
Maka bermula kisah artis kami .... memandangkan semalam hanya sempat ke ayer keroh dan makan di alai (i think this place much better compared to umbai and cheaper too!!!). Pagi hari seawal 5.30 , ahli kelab AAF sudah bangun untuk take turn for program tour. 7.15 pagi kami sudah di lobi hotel, berbekalkan map di tangan kami melangkah ke arah utara ...setiap tempat menarik di jadikan lokasi pengambaran sehingga sampai di tengah laluan antara bangunan stadthuys dan replika kincir angin (kesian kami kerana kincir angin melaka pun jadi mangsa walaupun bercita cita melihat kincir angin belanda).... di sebabkan polis pelancong tiada + kereta tak banyak , tanpa segan silu kami memanjat replika kincir angin untuk bergambar ...rupanya aksi selamba itu ditonton dan mendapat tepukan dari sebuah group pelancung dari China....
AAF meneruskan perjalanan sehingga ke A famosa , di sini kami beraksi seperti biasa sehingga ketua rombongan menegur kami dengan mengatakan pelancong ingin bergambar dengan rakyat tempatan...maka kami bersetuju apa salahnya ..ingatkan sekali gambar besar sahaja. sebab kami yang berjalan kaki ini ingin cepat cepat sampai ke menara taming sari .Cukup sekali take dengan berpuluh kamera, selepas ucapan shei shei , kami melangkah...tiba tiba ketua rombongan menahan kerana ada satu famili mau tangkap gambar kami berempat ..kami senyum, rupanya bukan satu famili, tapi semua famili ....mak aihh ...ada dekat sepuluh famili kesemuanya dan tak termasuk individu yang ingin mengambil gambar kami berempat atau salah seorang dari kami...aku cuba lihat jam di tangan dan bercakap dlm bahasa omputih bahawa we are running of time ...tapi sepatah haram mereka tak faham ...di balunnya lagi kami bergambar ...sampai sakit mandible jaw kerana terpaksa senyum ....until semua puas hati baru kami pergi ....
Dan kini baru ku tahu rasa artis malaya bila kena terpaksa bergambar dengan peminat ...aku tak tahu apalah pemandu pelancong tu tipu ahli rombongan sampai semua keempat empat kami tak ubah seperti kumpulan pop destiny child atau gadis rempah (spice girl) .... tapi seronok gak confirm confirm wajah kami kini ada di china ...whoaa ...ahakz ....
3 comments:
amboi amboi amboi
pperasan diva nih :)
wah!
best nyer...hahahaha..kat sini tak pernah plak ada orang mintak bergambar sekali...hehehehhehe...
cuti2 tahun baru cina kah?
caracol: aku bukan perasan diva ..tapi pelancong tu buat aku rasa macam diva ...bila lagi nak dpat peluang orang ingat kita ni artis !!!
fakhzan:haah, cuti cny hari tu ..esok esok adalah tu yang ajak bergambar sama ...
Post a Comment