Tuesday, December 7, 2010

cereka pertama

cerita ini dah lama di kepala ...stuck in my head bahasa omputih jadi aku releasekan untuk pertama kali ... sebenarnya bukan cerita pun part by part je .tentang mereka di sekelilingku + aku

------------------------------------------------------------------------------------------------

mersing , johor , penghujung 1941

Deru laut jelas kedengaran , dalam waktu pecah perang dan tengkujuh yang menjenguk rasa , semua bot nelayan tersusun di pinggiran pantai . Memandang sisi gelap di atas langit yang bakal mencurahkan airmata lebat buat kesekian kalinya . Hujan itu rahmat buat mereka yang berfikir dan peringatan untuk kita yang selalu terleka. Perkampungan nelayan di endau mersing masih terus dalam keadaan sunyi , semuanya serba susah tatkala bermula episod perang dunia kedua(WW2).

Hujan itu juga buat hati ku menangis sekian kalinya .. dalam perang yang baru saja menggila , hatiku adalah mangsa bedilan bom tak di jangka .

Kehadapan kakanda husaini

Maaf , surat ini menganggu hidup abang ,

Ayah dan ibu berhasrat menjodohkan saya dengan Tuan Zainuddin , juragan bot dari Triang. Maaf bukan saya mahu mengkhianati janji kita tetapi apalah daya kudrat untuk melawan tatkala saat ini setiap gadis akil baligh pasti dinikahkan supaya terselamat dari amukan nafsu soldadu tentera katik itu. Saya harap abang mengerti dan ampunkan segala salah saya sepanjang waktu kita berkenalan

Adinda mu , khairul bariah

Adik ,abang sendiri tidak pasti apakah cinta tanpa jumpa dan hanya utusan surat melalui saudara bongsumu itu mampu dicari kesalahanmu. Cinta kita juga bukanlah dengan berasmara kasih di bawah pohon rimbunan dan aku hanya mampu memandang wajahmu tatkala usai kelas agama yang disampaikan oleh ayahmu . Memandang dari jauh kerana semua maklum , ayahmu dan abang abangmu itu orangnya tegas dan alim. Oleh itu, aku juga takut untuk digelar pemuda yang tidak berakhlak , ku lembarkan salam perkenalan melalui surat kita yang pertama.

Tidak mengapa adik ,,,bukan jodoh kita.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bandar Mersing , 2002

Skrin komputer terbuka jelas , Alhamdulillah syukur pada Ilahi aku di terima masuk ke Kolej Matrikulasi Johor dan menjadi batch pertama mendaftar di sana . Setapak lagi mengejar impian yang selama ini sudah ditanam doktrin dalam diri. Aku mahu menjadi seorang doktor. Titik. Dalam gembira memuncak , aku capai telefon , menghubungi seseorang yang hanya kenal melalui maya tetapi sentiasa berkongsi cerita.

Lambatnya dia angkat telefon , ngomel hatiku. Mungkin dia pun dapat masuk matrik kot. Dua kali dering , suara dia menyapa melalui talian rumah (zaman ni nokia 3310 pun dikira ekslusif- mana ada sms , 3G, MMS , line telefon rumah yang transparent inilah jadi mangsa). Kenapa aku kata transparent, sebab bil akan diprintkan dan biasanya mama mesti pelik kenapa selang seminggu ada nombor ke Kuala Lumpur. Aku yang punya aura kekejian mengatakan menelefon kawan yang pindah selepas SPM hari tu kerana bapanya ditukarkan ke ibu pejabat. Terus mama diam tanpa tahu aku telefon anak dara orang yang aku sendiri tidak pernah tahu wajahnya.


"Hello, Assalammualaikum , khalida ada?"

"waalaikumussalam , ini Khalida, Imran ke tu?"

"Khalida , I dapat matric tangkak , u dapat tak?"

"i tak bukak lagi internet , masuk web mana?"

"oh , u cari dekat , www.matrikulasi.net.myne , myne tu eja dia m.y.n.e", aku sebut demi satu agar dia dapat menangkap dengan jelas dan kalau boleh aku berharap dia juga dapat satu kolej matrikulasi yang sama .

"thanks , nanti I bukak , skarang ni adahal , nanti kita chat lah", dia menjawab
"takpun i tolong bukakkan sekarang ?" aku menawarkan bantuan , mungkin aku ni jenis manusia tak reti pikir panjang tentang privacy orang atau teruja sebab aku dapat offer masuk yang kalau nak dibandingkan keputusan SPM lepas memang tahap aku rasa nak nangis 3 hari 3 malam kalau tak diambil kira faktor aku seorang anak lelaki.

"eh , takpa nanti i bukak" ...itu ayat terakhir dia untuk hari tu. Zaman itu internet masih guna sistem dial up 1315 dan takde pernah kami tahu apa itu wireless atau broadband , nama unifi apatah lagi.

Selepas ayat itu aku cuba hubungi melalui telefon pada hari esoknya , dia memberi alasan , di yahoo messenger , dia tak reply dan cuma bila hari aku bertolak ke tangkak aku hubungi sekali lagi dia memberitahu dia tidak diterima masuk ke mana mana pusat matrikulasi. Simpati untuknya dan berdoa ada yang terbaik untuk dirinya. Mungkin dia malu, mungkin dia kecewa

Tanpa sedar Khalida Khairi dan Mohd Imran Abdul Halim memang tidak pernah bersama sama di suatu tempat ..


Friday, October 15, 2010

Good day my brother

Jam 00.00 , aku dikejutkan dengan arahan ...sila balas sms ni ...mata kejip kejip tak lalu nak bukak :

"Hey my family.Terima kasih banyak. Thanks for your good wishes. I pray for your full and happy life. When I am home i almost all the time wear sarong. I have malaysia and you in my heart! Bye"

we maybe not seen each other everyday . we are yet far , technology bring us closer ...as i wish in my pray ...hope that one day u will embrace Islam and came back to malaysia ...as we also keep the best memory with you when u;re with us in 2005

Wednesday, August 4, 2010

4 DIGIT TOTO

kerja aku pepagi , sampai kat lobby building office amek the mail percuma tu ..jadi tahulah skit banyak pasal negara . pasal orang ni kena tembak , pasal penyamun , skit skit cite bola atau gosip.

jadi time aku log in pc skali ngan bfast , aku bukak lah paper , pastu lepas baca aku terus letak kat kaunter untuk recycle (saya sayang alam)

cerita aku hari ni bukan pasal suratkhabar free . tp di jadikan cerita waktu aku nak amek paper free yang ada kat stack dia ,ada la mamat indon yang jadi cleaner ni amek skali . Aku pun terus terlintas , ialah ada gak yang datang sini ada degree ,cuma nasib tak baik dpt keje biasa biasa aja ..jadi aku abaikan pendapat kiri kepala yang berfikir . tahu ke dioarang ni baca english ... dengan otak kanan aku kata maybe diaorang terror ...

tp aku sempat jengah ,(sebab lift lambat sangat) , apa mamat indon tadi ngan makcik cleaner tu baca --- page dia 2 dari blakang , bahagian sport ... dan tunjuk tunjuk ke arah kiri skali ... aku rasa itu page 4d (nombor ekor) , tp otak kanan aku kata ada pemain indon masuk news kot ... akhirnya untuk kepastian , aku check ,. sah yang dia tengok number ekor ...duh , duit gaji tu buat apa la ko pegi beli nombor . ...ish ish ish ...

patutlah beria ria tengok news tadi ....

Friday, July 9, 2010

awat kekwat sangat

dimana saja anda belajar ...daripada universiti mana anda ditauliahkan (unless ko bribe) ..ilmu itu adalah milikNya ..kalau ko dpt universiti hebat , itu rezeki ..tak bermakna uni biasa anda tak bleh maju ...

Tak payahlah kau duk kekwat sebab study kat obersea ..maybe rezeki kau murah kali ni , esok lusa cerita lain


haih ...kita manusia , ilmu pun tk tara mana, kalau si maha pencipta nak tarik anytime baru tahu bumi ngan ISS tu jauh ke tidaknya

Tuesday, July 6, 2010

iklan bangsaku

dr rais yatim sila buat pemantauan ...kalau tak nak buat panggillah pegawai memana buat pemantauan ...

saya dah muak dengan iklan yang nak menegangkan payu dara , intim malam pertama ...so and so ...

mcm dekat msia ni sume orang duk minat benda tu je ...

dah agak 27juta rakyat ni sumenya ke arah itu saja ....

Monday, July 5, 2010

dimana saja yang aku suka

apa perasaan kamu semua , nak beli ayamas pack dlm fridge , tp dekat sebelah tu ada budak tengah kencing...bukan terkencing,

Ini peristiwa di TESCO RAWANG , aku tak tahulah emak fashion apa ...serba ringkas mungkin ...sewaktu anak lelaki dia tengah jerit ..mak nak kencing ..dengan selamba dia ambil satu plastic (yang aku rasa dia angkut plastic kita beli ikan or sayur yg transparent) ..dia dekatkan sikit anak dia ketepi fridge yang ala ala bleh la main hide and seek dan suruh anak dia kencing kat situ.

Terbantut selera aku nak beli packet ayamas kat area tu walaupun aku tahu takde perkaitan ayamas yang dah pack dengan budak kencing. Tapi geli dowh ...

Pastu korang tahu mana mak dia buang , dia ikat then ada satu tong sampah dekat situ dia buang ..yeark !!! aku masih membayang ...

Ala , pegilah tandas kot ya pun anak nak terkencing

Friday, July 2, 2010

SNow

Since when Malaysia Have Snow ??

Salji tak pernah ada kecuali di beberapa tempat iaitu : Taman Cahaya Seri Alam AKA Bukit Cherakah, The mines shopping center and sunway pyramid

Dekat jalan raya memang tidak ada

Jadi saya rasa tak perlulah lampu xenon color putih tu duk lip lap kat kete memasing ...silau !!!!


Saya benci kereta msia berlampu xenon

Tuesday, June 29, 2010

In the Memory Of ...

Bukit Bintang Girl School (BBGS) turn to Pavillion





St mary Girl School turn to St mary residence (the construction still in progress until today)





I 'm not anti development ...because of the development all of these old school building need to sacrifice. In the name of development , the education system cannot be conducted in the such kind of places. The valuable land in kuala lumpur, they need to move.


The fate of listing will go on and on .... pudu jail , and maybe who knows the next fate to CBN , ST JOHN , Victoria Institution and the list never stop ....




Thursday, June 24, 2010

ibarat nonton sinetron


Semalam, dia di atas ..memegang pemerintahan negara bergelar polis ASIA ..dan tadi dia sudah hilang kuasa


Dilumpuhkan kuasa bukan dari golongan pembangkang , tetapi timbalannya sendiri ..seorang PEREMPUAN ...


Kevin rudd , mungkin ampun dan maafmu kepada golongan Aborigin belum cukup membuatkan anda masih berada di atas singgahsana,....


Wednesday, June 23, 2010

if u are so berjiwa rakyat

aku tak faham dan tolong sekarang sesiapa fahamkan


kenapa time 5-7 ptg ...mesti je ada kereta kereta besar dengan dua polis pengiring nak lalu dari jalan raja chulan ke bukit bintang ... tahu tak wahai penghuni kereta besar , jalan tu dah sedia sesak --congested kata omputih , dua lane bleh jadi 4 lane .. boleh tak kamu semua wahai kereta besar lalu time pukul 8.30 ke atas ...Bukan sekali sekala kamu semua buat hal macm itu ..boleh kata dlm seminggu tak kurang dari 3-4 kali.

Ini tidak, dah la lalu waktu sesak, lepas tu paksa kereta kereta ketepi ...kau orang nak suruh ke tepi mana lagi ...dah sesak sangat ...

Kata berjiwa rakyat ..kalau berjiwa rakyat ikut skali rasa sesak dlm traffic kuala lumpur ni. sila dengar , aku hanya kompromi pada ambulan yang bawa pesakit ...kalau kereta besar aku hanya ketepi sehingga pakcik polis tahan dan paksa berhenti.

If you;'re so berjiwa rakyat ...proof it!!!!!

Monday, June 21, 2010

aku harus bagaimana

sebuah penantian yang harus ditamatkan ..adakah aku pemenangnya atau sekadar cemerlang di bangku penonton ...

10 tahun bukan tempoh sekejap ...lama , sangat lama untuk sebuah penantian


U did call me before depart - but you still not choosing me

U did call me when u arrive , but i'm not the one

U rang phone at 3 am to told bout your hectic life ---however, i'm still not the one

U did chitchat bout your terrible houseman 's life ...but i'm not the one

Forever as your diary ....

Wednesday, June 16, 2010

alma mater

my alma mater . proudly to tell others i'm the product of that university. Visited my alma materm ( i do it every weekend actually cause my sis also study in the same uni) , all the memories is fresh like yesterday.

sungguh , aku rindu tatkala sibuk untuk ke kelas. berlari lari antara waktu kelas yang kekadang venuenya memang bleh buat marathon (especially antara core subject dengan university required subject). Saat 2 duit untuk seminggu cukup cukup je kat tangan dan memang kena tahan dari beratur kat ATM sebab nak menjimat. Student lifestyle di bumi taman ilmu dan budi.

Sungguh , saya masih merindui squash court dan swimming pool yang isolated dan khas untuk muslimah. Saat mendaki tangga yang memang mcm dekat batu caves disebabkan mahallah di atas puncak bukit. Bertanggak tanggak untuk makan yang best2 bila memikirkan talian hayat purse yang mengempis.

Memang hari ini sepinggan chicken chop berharga RM5 adalah terlalu murah bagi saya , tetapi adakah saya masih mengatakan murah pada zaman RM1500 dibahagi 4 bulan? Memang hari ini saya mengatakan sepinggan nasi ayam RM3.50 itu terlampau murah , tetapi adakah saya masih mengatakan murah tatkala duit yang diberi oleh ibu ayah + duit ah long berdaftar perlu dibahagikan untuk photostat note, makan 2 kali sehari dan lain lain lagi?? Tapi saat bersusah senang ketika zaman itu lebih manisnya kerana semua kami sama .. masih mampu bergelak tawa walaupun kekangan ekonomi menebal . Kerana ketika itu tidak sekali kepala di senakkan dengan segala utility bil , installment car dan segala macam benda yang memerlukan bayaran ...

Sungguh aku rindu alma mater ku ...the comfort zone for everyone .

Friday, June 11, 2010

aswad atau abyad

Terjemahan kata langsung untuk dua kontradisi warna kehidupan. Hitam atau Putih. Apakah hitam itu selalu saja yang menjelikkan atau warna putih terlampau suci dan tersanjung. Apakah hidup perlu dibatasi dengan dasar apartheid kerana ras warna warna itu.

Hari ini , bersama jutaan penduduk dunia , menonton opening ceremony dari benua yang kali pertama mengajurkan piala dunia -SOUTH AFRICA. Acara pembukaan gilang gemilang dengan tema menghapuskan perbezaan warna kulit. Dalam dunia tanpa sempadan , adakah kita perlu meletakkan tanda aras sebuah kejahilan dengan warna. Laungkanlah anti racism ini , tp ia masih berlaku dimana mana . Ada diantara kita masih menopengkan dia dengan pesta kebudayaan , tetapi hakikatnya masih ada yang diskriminasi kerana warna kulit. Disalahkan kerana warna kulit ---bukankah mengeji dan mencaci warna kulit itu ibarat mengutuk ciptaan Maha Pencipta?

Buat yang masih bertopeng , teruskan menjadi pejuang apartheid kerana buat mereka yang bertamadun : aswad atau abyad bukan lagi perkara penting. Kerana membezakan kita dihadapan yang Khalik adalah taqwa.

Buat penggemar bola selamat menonton --- dan ambillah peluang bangun tengah malam itu untuk bertahajud dahulu dari membuat kopi panas.

Sunday, March 28, 2010

PADI

Bukan Padi kumpulan band indonesia atau padi scuba diving

cuma malay idiom:

---Jangan di harap padi seberang , entahkan tumbuh entahkan jadi

------------------------pls continued

Sunday, March 21, 2010

pandora box

12 bulan aku tunggu ...bukan mudah ...tersayat dan terbakar hati ...rasa macam 6 tahun tu sia sia je ...but untuk menyesal tidak sekali ...

orang kata aku ego ..sebab setitik air mata pun aku tak tumpahkan ...maaf, aku tak berlagak atau ego ..tapi perlukan air mata aku tangisi untuk seorang lelaki yang tidak pernah kesian kan aku walaupun sekuman nafas dia kat bumi ...perluke aku menangis sedangkan di hujung sana tengah meraih gembira. Aku tak ske buat unfair event untuk diri sendiri ...dan setahun itu aku bangkit ...sape kata hidup aku cm pelangi atau nampak happy ...yes , i try to find it ..

Bukan senang nak kutip jigsaw puzzle yang dah bersepah sepah ...aku tanam tekad, bukan dia saja yang boleh ada kat sebelah ...sebulan aku cm orang takde arah ... tiap hari teringatkan dia (even hari ni pun kekadang nama dia terkeluar gak kat hati ni (belum di mulut lagi)) ..susah tapi kalau ada kesungguhan boleh buat punya ..aku tak suruh hati aku benci dia ...tapi cukup lupakan dia ..dan sebenarnya memang tidak boleh lupa ...

Belajar mengenal diri ..aku jadi gler travel ..penyudahnya last year aku 3 kali travel ...dan this year aku sambung tradisi ..learn new things in a different way

Hari ni aku berani kembali membuka pandora box(segala barang pemberian dia) ...bukan untuk apa sekadar memberi tahu hati ku sudah boleh menerima

DIA TIDAK PERNAH TERCIPTA UNTUKKU !!!!

Wednesday, January 27, 2010

What we deserve

Office aku akan meriah jika aku dpt sms ..especially dari orang yang aku sayang : tp aku terpikir apsal sampai 2 kali sms serupa + kawan aku kasi mangkuk tambah pagi tadi

SMS 1
Always ask God to give us what we deserve and not what we desire ..Our desire may be few, but we deserves a lot


SMS 2
Eveyone wants happiness, no one needs pain, but it is not possible to get a rainbow without a little rain

SMS3
Aku minta pada Tuhan stangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri , Aku minta rama rama , diberi ulat berbulu, aku sedih dan kecewa , namun kemudian, kaktus itu berbunga ,indah sekali dan ulat itu menjadi rama rama yang chantek. Itulah jln Tuhan indah pada masaNya, Tuhan tak memberi apa yang kita harapkan , tapi ia memberi apa yang kita perlukan , kadang2 kita sedih dan kecewa , tapi jauh diatas segalanya ia sedang mengatur yang terbaik dlm hidup kita.



--soalan aku:
1. apsal sume sms ni cm sama?
2. apsal sume pasal mengubat hati lara


KESIMPULAN::
Maha pencipta tahu yang terbaik buat hambaNya

Monday, January 18, 2010

Ko kuat Sahabat

Sahabat ...maaf aku tak reti tulis sajak

pandai lelaki itu berkata kata ---dengan kau dia buat status :in open relationship , takpun its complicated

Tapi dengan budak tu terus je status dia jadi : in a relationship

---ibarat tanah kubur masih merah , ibarat cerai belum habis edah ---selamba dia je tinggalkan kau


Aku tahu kau kuat ... be strong ya ...nyamuk macam ini sembur dengan ridsect je ...


Kenapa suka tanam tebu ???? robert kuok dah banyak sangat saham ke >


Kawan mungkin kau takkan baca sajak aku ...tapi serious aku tak tahu perlu simpati bagaimana bile kau menangis di corong telefon ...bodoh lelaki tu ...kau yang baik ni dia pandang sepi ...

Atau lelaki itu tidak reti mengeja apa itu makna perempuan baik ...

semoga kau jumpa yang terbaik ..

Sunday, January 17, 2010

Bonus ku

Alhamdulillah ...ini kisah tahun lepas ...tak sampai setahun kerje aku dpat la merasa pegang duit dlm sebulan lebey 5 angka ...amin .... dan makanya aku kira kira kemana duit itu hilang pada tahun ini :

setelah di buat rumusan baru aku nampak :

1. Down payment kete MYVI

2. Belanja makan the whole family ---bukan stakat keluarga aku , termasuk keluarga pakcik n makcik , wan , tok aku ...---->ini dream aku nak share dengan diaorang

3. Pegi melancong sampai 2 x plus gie kuching

4. aku tak tahu apa yang aku shop nyer tapi aku nampak , beg G satu , parfume sampai 2 botol


Maka aku skang nak kena cari duit nak top up this year punya aktiviti melancong dan juga aktiviti shopping aku ... Please gimme the best idea

Thursday, January 14, 2010

TESCO DI KAMPUNGKU

Serious pas ni sure stress nak balik umah nenek aku sebab jalan depan ada Tesco sebiji ..sure pasni jam yang sememangnya dari kecik bertambah parah ...





sebenarnya rumah nenek aku kat rawang je ...30 minit dari KL.,...dah tu kalau cousin aku kat penang balik rawang time raya ,..mereka adalah rare species sebab songsang jalan ...tapi best sebab tak jam dan siap bleh senyum kat kenderaan yang congested ke utara ....tapi aku rasa dengan ada tesco lagi sesak la kawasan umah nenek aku ....stress la ....
tesco

alamak , gambar markaz kongsi gelap tak bleh tunjuk ...nanti aku upload kemudia ....markaz tempat tolak kete 2 pagi sebab tak nak bagi nenek aku tahu yang aku sneak out !!!!

Tuesday, January 12, 2010

Berkat Bismillah

Okay ..perlu diingat en3 ini ditulis oleh orang yang macam aku ...yang aku kena bukak skeleton in my closet which is solat lewat (kekadang mak aku bising baru aku gie kat pili air , atau kena jerit dari tingkat bawah baru aku bangun solat subuh ) , jenis yang ingat Dia tika susah dan obviously aku buat yang fardhu je ... until one i did realized ...He never leave me alone !!!!

Kerja macam aku yang kena convincekan our agent when i acessed the medical case. Actually keje cm aku nampak best as per description tapi bab praktikal dia memang pening.... as how u want to make sure your company gain profit but at the same time not lose money due to the risk that u take ... okay , can you consider it as easy for epilepsy person with 2nd attack on last year to buy insurance policy with sum assured 500k for me to approve the case just like that ? Jadi agen 007 nyer pun datang ke office ...actually this is my colleague case but at that time i handle medical enquiry jadi i la kena jadi tukang jawab ....this agen question is simple but as a company policy my rule number 12 ...untuk tidak membenarkan kata agen ...


Agent: Miss , my client had epilepsy last year , but why you not grant for female care rider since epilepsy is not as one benefit in female rider ?

Aku: betul gak kata mamat ni ....(dlm hati : apa aku nak jawab as my counter attack , to review back the case memang gue malas ...ya Allah , pls give me idea ,..bismillah ) ...at the same my hand tengah scrol the benefit for female rider ...and i got the point which for me memang not concrete to support as logical answer.


----jawapan ku : because in female care rider had hospitality benefit so that if this client had an epilepsy attack we will not cover ....??? (as the thruth is hospitality benefit under female care is only specific for female disease)


Alhamdulillah , the agent understand and said ...okay i understand now and i will advice my client to buy it after 1 year after she control he epilepsy


----ALHAMDULILLAH ...berkat aku baca bismillah tatkala aku dah mati akal nak jawab!!!!