Friday, June 11, 2010

aswad atau abyad

Terjemahan kata langsung untuk dua kontradisi warna kehidupan. Hitam atau Putih. Apakah hitam itu selalu saja yang menjelikkan atau warna putih terlampau suci dan tersanjung. Apakah hidup perlu dibatasi dengan dasar apartheid kerana ras warna warna itu.

Hari ini , bersama jutaan penduduk dunia , menonton opening ceremony dari benua yang kali pertama mengajurkan piala dunia -SOUTH AFRICA. Acara pembukaan gilang gemilang dengan tema menghapuskan perbezaan warna kulit. Dalam dunia tanpa sempadan , adakah kita perlu meletakkan tanda aras sebuah kejahilan dengan warna. Laungkanlah anti racism ini , tp ia masih berlaku dimana mana . Ada diantara kita masih menopengkan dia dengan pesta kebudayaan , tetapi hakikatnya masih ada yang diskriminasi kerana warna kulit. Disalahkan kerana warna kulit ---bukankah mengeji dan mencaci warna kulit itu ibarat mengutuk ciptaan Maha Pencipta?

Buat yang masih bertopeng , teruskan menjadi pejuang apartheid kerana buat mereka yang bertamadun : aswad atau abyad bukan lagi perkara penting. Kerana membezakan kita dihadapan yang Khalik adalah taqwa.

Buat penggemar bola selamat menonton --- dan ambillah peluang bangun tengah malam itu untuk bertahajud dahulu dari membuat kopi panas.

2 comments:

Nur said...

Salams,

nasib baik disini semua games dari pukul 12.30 noon till 9.30 malam, hahhaha, tapi hilang seluruh hari sebab bola!

sabo jer la

Annabuadiary said...

kak nur games tu ada pulak time 5 pagi ..dah jadi mcm orang tunggu sahur dah