------------------------------------------------------------------------------------------------
mersing , johor , penghujung 1941
Deru laut jelas kedengaran , dalam waktu pecah perang dan tengkujuh yang menjenguk rasa , semua bot nelayan tersusun di pinggiran pantai . Memandang sisi gelap di atas langit yang bakal mencurahkan airmata lebat buat kesekian kalinya . Hujan itu rahmat buat mereka yang berfikir dan peringatan untuk kita yang selalu terleka. Perkampungan nelayan di endau mersing masih terus dalam keadaan sunyi , semuanya serba susah tatkala bermula episod perang dunia kedua(WW2).
Hujan itu juga buat hati ku menangis sekian kalinya .. dalam perang yang baru saja menggila , hatiku adalah mangsa bedilan bom tak di jangka .
Kehadapan kakanda husaini
Maaf , surat ini menganggu hidup abang ,
Ayah dan ibu berhasrat menjodohkan saya dengan Tuan Zainuddin , juragan bot dari Triang. Maaf bukan saya mahu mengkhianati janji kita tetapi apalah daya kudrat untuk melawan tatkala saat ini setiap gadis akil baligh pasti dinikahkan supaya terselamat dari amukan nafsu soldadu tentera katik itu. Saya harap abang mengerti dan ampunkan segala salah saya sepanjang waktu kita berkenalan
Adinda mu , khairul bariah
Adik ,abang sendiri tidak pasti apakah cinta tanpa jumpa dan hanya utusan surat melalui saudara bongsumu itu mampu dicari kesalahanmu. Cinta kita juga bukanlah dengan berasmara kasih di bawah pohon rimbunan dan aku hanya mampu memandang wajahmu tatkala usai kelas agama yang disampaikan oleh ayahmu . Memandang dari jauh kerana semua maklum , ayahmu dan abang abangmu itu orangnya tegas dan alim. Oleh itu, aku juga takut untuk digelar pemuda yang tidak berakhlak , ku lembarkan salam perkenalan melalui surat kita yang pertama.
Tidak mengapa adik ,,,bukan jodoh kita.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bandar Mersing , 2002
Skrin komputer terbuka jelas , Alhamdulillah syukur pada Ilahi aku di terima masuk ke Kolej Matrikulasi Johor dan menjadi batch pertama mendaftar di sana . Setapak lagi mengejar impian yang selama ini sudah ditanam doktrin dalam diri. Aku mahu menjadi seorang doktor. Titik. Dalam gembira memuncak , aku capai telefon , menghubungi seseorang yang hanya kenal melalui maya tetapi sentiasa berkongsi cerita.
Lambatnya dia angkat telefon , ngomel hatiku. Mungkin dia pun dapat masuk matrik kot. Dua kali dering , suara dia menyapa melalui talian rumah (zaman ni nokia 3310 pun dikira ekslusif- mana ada sms , 3G, MMS , line telefon rumah yang transparent inilah jadi mangsa). Kenapa aku kata transparent, sebab bil akan diprintkan dan biasanya mama mesti pelik kenapa selang seminggu ada nombor ke Kuala Lumpur. Aku yang punya aura kekejian mengatakan menelefon kawan yang pindah selepas SPM hari tu kerana bapanya ditukarkan ke ibu pejabat. Terus mama diam tanpa tahu aku telefon anak dara orang yang aku sendiri tidak pernah tahu wajahnya.
"Hello, Assalammualaikum , khalida ada?"
"waalaikumussalam , ini Khalida, Imran ke tu?"
"Khalida , I dapat matric tangkak , u dapat tak?"
"i tak bukak lagi internet , masuk web mana?"
"oh , u cari dekat , www.matrikulasi.net.myne , myne tu eja dia m.y.n.e", aku sebut demi satu agar dia dapat menangkap dengan jelas dan kalau boleh aku berharap dia juga dapat satu kolej matrikulasi yang sama .
"thanks , nanti I bukak , skarang ni adahal , nanti kita chat lah", dia menjawab
"takpun i tolong bukakkan sekarang ?" aku menawarkan bantuan , mungkin aku ni jenis manusia tak reti pikir panjang tentang privacy orang atau teruja sebab aku dapat offer masuk yang kalau nak dibandingkan keputusan SPM lepas memang tahap aku rasa nak nangis 3 hari 3 malam kalau tak diambil kira faktor aku seorang anak lelaki.
"eh , takpa nanti i bukak" ...itu ayat terakhir dia untuk hari tu. Zaman itu internet masih guna sistem dial up 1315 dan takde pernah kami tahu apa itu wireless atau broadband , nama unifi apatah lagi.
Selepas ayat itu aku cuba hubungi melalui telefon pada hari esoknya , dia memberi alasan , di yahoo messenger , dia tak reply dan cuma bila hari aku bertolak ke tangkak aku hubungi sekali lagi dia memberitahu dia tidak diterima masuk ke mana mana pusat matrikulasi. Simpati untuknya dan berdoa ada yang terbaik untuk dirinya. Mungkin dia malu, mungkin dia kecewa
Tanpa sedar Khalida Khairi dan Mohd Imran Abdul Halim memang tidak pernah bersama sama di suatu tempat ..
3 comments:
cpt sambung along :)
erkk?
true story? :)
alang :wohoo ..i taught nobody read this
kak nur:the first is real (alfatihah for both of my ancestors ) , 2nd half true
Post a Comment