Tuesday, January 27, 2009

Ibu Nak Bagi Dana ke ????

Cuti hari minggu dan cuti tahun baru cina (CNY) ...saya sekeluarga pulang ke kampung abah di Johor sempena meraikan majlis perkahwinan abang saudara .... kami sekeluarga menumpang semalaman di sebuah rumah pakcik di batu pahat memandangkan kenduri kahwen anak makngah di pontian johor yang mengambil masa sejam dari batu pahat .... Sedang berbual bual dengan ibu saudara tentang anak kecilnya yang baru masuk darjah dua ...saya tergerak hati mengambil quote cousin kecil yang memarahi ibunya kerana membeli LOREAL ....

cousin kecil saya namanya hafiizuddin dengan ibunya iaitu mak cik saya....

hafi: Ibu hafi nampak kat bilik air ada loreal (pencuci muka), siapa punya?

ibu : Itu ibu punya , ibu beli 2 bulan lepas

hafi:mana boleh , ibu ni ...loreal tu barangan israel ...ibu nak bagi dana kat israel ke ??

ibu:aik ...tahu kamu pasal dana, hafi dana tu apa??

hafi: dana tu bagi duit la kat israel ....


Kagum saya yang budak kecil usia 8 tahun mampu faham term economy mudah tentang apa yang terjadi di luar negara. Bukan itu sahaja siap menyuruh atuknya membeli barang di pasaraya tempatan dari pasar besar milik syarikat peranchis ...dan lebih menakjubkan hafi dan abangnya sanggup photostate barangan israel dan letakkan di surau rumah mereka ....jika anak kecil ada effort untuk memboikot dan menyedarkan masyarakat tentang kejamnya israel ...kenapa kita yang taraf tua bangka duduk diam sahaja .....

4 comments:

Fauzan Ahmad said...

wah, bakal reformasi muda tu....

Sitie BUm BUm said...

FUH! kagum!

Nur said...

Salam,

ada mamat nih kata buat apa boikot2 barangan israel, bukan luak pun , kalau dia depan saya, sudah lama saya lempang2, malangnya (atau pun bertuahnya dia), saya kenal mealui maya sahaja.

Mengaku berilmu, tapi ilmu ekonomi tak habis belajar (ataupun dia malas belajar), mengaku Islam dan mukmin, tapi tak belajar cara2 mahu mengagungkan Islam. Fuh, sorry yer, marah la plak kat sini...

Annabuadiary said...

fauzan -mungkin kerana hafi lahir sezaman dengan esen esen reformasi

siti bum bum - adik saudara saya ejekkan orang dewasa seperti kita yang duduk diam sahaja

fakhzan - takpe , harap harap si dia yang nak kena tampaq tu baca tulisan anda ...tapi ayat letupan berapi anda itupun dah tamparan hebat untuk dia ...