Wednesday, March 5, 2014

food for homeless - kasih buat semua , bagaimana ia bermula .


2012 : King Rama VI Monumen , Lumpini Park,  Bangkok ,Thailand 

          Kami berempat  sudah penat , mengukur besar bandar Bangkok dan akhirnya sepakat mahu lepaskan lelah di taman rekreasi yang merupakan tempat rakyat mereka bermain takraw . Jangan risau kejohanan tahun ni pun mereka hantar pasukan simpanan untuk lawan kita ,jadi ada peluang menang , haha.  waktu duduk  berempat (aku, nina, aiman dan sepupu syieda) membuka bekal makanan dari baki yang  kami tapau pagi tadi dari hotel. Hotel Regent Ramkhamhaeng, terletak berdekatan station Ramkamhaeng  di bawah operasi Muslim Thailand. Waktu makan bersama kitkat  maaf bersama biskut lexus , tetiba aku hairan bekalan maggie kurang satu dan dah nampak suspect utama iaitu adik lelaki aku yang sekarang menunggu masa bergelar bapak, "Aiman, kau makan macam mana tadi, air panas ambil dekat Platinum  Mall eh?", "Apa barang , pakai air mineral,jawab adik aku. "rasa dia?" aku tanya lagi dengan wajah curious. "rasa maggie kari, tak jadi pizza, kau lapar kau beli air mineral kat depan tu, kalau tak kau tunggu abang sopan santun masakkan ladna dekat depan hotel malam karang."panjang adik aku jawab.Kebetulan depan hotel kami ada gerai muslim . Aku lapar. waktu mahu beli air mineral aku nampak kanak kanak ini ....yang akhirnya mengubah sebuah persepsi, rezeki kita bukan untuk aku dan kau tapi untuk semua. 

riangkan wajah ini ? tersenyum berlari seperti tiada apa yang menyakitkan , seperti dunia indah sang puteri . Dia berlari lari ke arah kami yang waktu itu membaham dengan seronoknya maggie kuah sejuk, sayuran salad dan biskut lexus disulamkan air limau perahan tangan abang Thai. Kami hulurkan sepeket lexus, si kecil terus berlari lari senyum ke arah sebuah khemah, baru kami faham rupanya dia tinggal bersama keluarga sebagai gelandangan (homeless). Mata kami terus memerhati, 1,2,3 ---dia kongsi sepeket kecil ada dua keping biskut  itu dengan seluruh ahli keluarga yang dlm 5 orang semuanya. Biskut kecil dijamah rasa kesemua mereka, apalah sangat gigitan yang dapat setiap seorang. Aku terfikir  mungkin biskut itu makanan pertama mereka ? siapa tahu bukan? dan tubir mata sudah bergenang. Budak sekecil ini tahu nikmat berkongsi, dalam hati tidak sepatutnya dia tinggal dalam khemah dan berdepan pahit dunia.  Selesai makan , baki makanan kering yang ada dalam beg kami berikan pada sikecil ini dengan harapan, harap kau dan keluarga tak lapar dik walau untuk malam ini. Ya, aku rasa super looser waktu itu, sebab kadang kadang kita ungkit apa yang kita ada, adakala rasa ketidakpuasan dengan apa yang kita dapat itu lebih banyak dari kata syukur, dan si kecil ini Allah datangkan untuk bagi tahu dalam susah masih punya sifat berkongsi untuk sebuah rezeki.

Balik ke Malaysia , kami bercerita sesama kami dengan apa kami lihat dan usaha bersama ahli keluarga, rakan rapat kami  memulakan program food for homeless (FFH)  yang pertama kami pada bulan 8 /2012 bersamaan bulan ramadhan /1433H.  ceritera food for homeless di kota batu , Kuala Lumpur  terinspirasi dari wajah polos si kecil ini ...adik, akak harap kamu sihat sihat sahaja.



so this is the teaser sebelum kotak FFH aku bukak kembali ... untuk pengetahuan jumlah homeless bertambah setiap kali program diadakan dan bertambah tempat juga ... Realiti itu pahit!




2 comments:

Nina Hamdan said...

http://misznina17.blogspot.com/2012/08/foodforhomeless.html

Annabuadiary said...

Link tidak boleh dibuka. Tulis betul betul