Monday, March 3, 2014

fair enough?

im guess pre travel syndrome mood.

lecturer algeist aku pernah cakap benda yamg tak boleh berlaku adil ialah kasih sayang. kau bayang lecturer yang macho putih merah menangis dalam kelas sebab bercerita tentang sebuah kasih sayang yang tidak adil dia terima oleh bapanya. waktu tu aku kata dalam hati, ada phd , lecturer dekat Malaysia, international uni pun still dapat layanan double standard dalam family? aku waktu tu sukar jugak nak faham . tapi banyak kali lecturer aku ulang keadilan tiada dalam kasih sayang. waktu tu aku rasa macho arab ni boleh nangis dalam kelas.


point mukadimah tu bukan nak cerita tentang lecturer kedekut A tapi kacak, nak cerita kasih sayang itu kadangkala agak sukar untuk berlaku adil. dia subjectif yang kita tak boleh letak satu benchmark dimana neraca keadilan itu berada. maka berutunglah untuk mereka yang mendapat sebuah cinta dan kasih sayang.

dengan dasar ingin berkongsi sebuah tulisan Dr Maza tentang kasih sayang itu rezeki. Anggaplah jika dapat kasih sayang itu tidak kira sikit atau banyak ia tetap rezeki, syukur.


Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya” (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat ‘dicintai’ ataupun ‘mencintai’. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya.
Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan:
“Beritahulah dia”. Lalu orang itu memberitahunya: “Aku mencintaimu kerana Allah”. Lelaki itu menjawab: “Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA”. (Riwayat Abu Daud).


ok aku dah jumpa adapter ... apa yang penting appreciate those love us and just let go those who not. dunia yang sgt pendek harusnya tiada peluang untuk menangisi sesuatu yang tidak worth kata mat saleh.

No comments: