Saturday, March 29, 2014

apa anda perlu buat

Tired, tired of the guilty feelings
Tired, tired of the broken dreams
I'm tired, tired of the public scenes

Kelly Price - Tired


katakan suatu masa zaman sebelum merdeka, kononnya sudah janji , tidak mahu terserempak dengan ini orang di masa akan datang. KL ni besar, serious aku dah buktikan. tapi hari ini anda terserempak, apa harus anda buat :
a) buat tak tahu
b) tegur
c) teruskan perang dingin

saya memilih e) sebagai jawapan, lepas selesai makan, tegur itu orang, dia pun tergamam tak percaya, kami berpelukan. aku kira kisah 6 tahun lepas itu di let go dengan satu pelukan. sedangkan waktu di meja makan aku berperang dgn perasaan dan serious aku jadi tidak ambil kisah dgn apa yang kawan aku cerita dekat sebelah. ampun . waktu itu yang aku nampak yang di depan sana dan kisah silam aku. 

hentikan keletihan, peluang datang sekali , dan benar sebuah pelukan serta tanya khabar. entah aku sendiri tidak tahu rasa geram, kecewa, sakit hati enam tahun dulu semuanya hilang. benar masa itu pengubat. walau waktu aku makan, aku pandang padanya yang jauh di kerusi itu ibarat rasa yang entah aku tidak dapat gambarkan. mahu kaget orang yang pandang. 

kesedihan itu dlm lima fasa: menolak, marah ,memujuk kembali, tekanan dan menerima...mungkin masa menerima sudah di masukkan

No comments: