Saturday, March 15, 2014

Khas buat wanita teristimewa

Al fatihah buat kamu dan untuk sesiapa yang melewati catatan ini di harap dapat menyedekahkan al fatihah buat insan yang teristimewa dalam hidup saya Hajah Ramlah binti Abdul Malek.

hari ini 15 march 2014 , tahun sebelum sebelumnya pasti merupakan tarikh penting untuk kami berkumpul meraikan harijadi ratu di dalam keluarga besar haji Daud, pasti terkenang saat riuh rendah gurau senda tawa kami , disamping esak tangis si kecil yang terkadang minta perhatian. Tetapi hari ini seperti sayunya bumi di cemari udara kotor jerebu dan bungkamnya Malaysia yang masih menanti kabar pesawat MH370, mahu atau tidak hakikat yang setiap dari kami kena terima , how hard you love your grandma , Allah's love her more.

Zaman kecil saya banyak di asuh oleh wanita ini yang selalu menjadi tonggak utama untuk suaminya. Arwah Atuk mempunyai hobi suka menjawab teka silang kata di surat khabar dan wan akan membantu mencari perkataan yang seerti maknanya di kamus atau apa sahaja bahan bacaan di rumah. Bukan itu sahaja, wan cukup mengambil berat pencapaian akademik kami, walaupun kempen boikot akhbar mainstream , wan tetap beli semata mata untuk pastikan sisipan didik, skor A dan  pmr dapat diberikan kepada kami cucunya yang menduduki peperiksaan pada tahun itu. Wan akan ingat siapa yang tahun itu ambil UPSR sampai SPM. Untuk yang diuniversiti juga tidak terlepas pasti aja di tanya setiap kali naik semester bagaimana study dan setiap kali final exam saya akan call , "wan , orang nak exam doakan ,". lebih terharu wan bangun malam bermunajat agar cucu cucunya berjaya. Ya , saya kehilangan seorang lagi tonggak saya meminta agar sama sama doakan saya untuk event besar atau apa aja dalam hidup. Saya sering beranggapan mereka yang rapat dengan saya itu jika doakan untuk kebaikan diri saya Allah lagi cepat makbulkan.

Wan juga ingat birthday setiap daripada kami seramai 32 orang cucunya. 2013 dan kebetulan saya di Jakarta jadi kuranglah terasanya bila tiada ucapan happy birthday dari dia yang saban tahun akan call saya di awal pagi. Dia juga selalu complaint , kalau call along dekat office yang dia tahu cakap nanti dia call balik , tapi nak tunggu call balik sampai malam pun tak call . For those who read, appreciate people surrounding you since we never know when they no longer with us anymore. Pernah satu tahun itu pada hari jadinya 15 march , saya ada final exam, saya cuma call ucap birthday dan kata tak habis study jadi tak boleh datang ke rawang, walaupun saya di UIA Gombak tika itu. Malam itu juga wan datang menghantar kek harijadinya berserta lauk pauk jamuan tadi dengan mengerah bapa saudara membawa kereta ke UIA. im touched serious!

wan yang risau tentang kesemua kami , macam contoh jika ada antara kami yang sakit, berita boleh sampai dengan cepat dari utara Pulau Pinang sampailah ke Barat Australia ialah dengan talian telefon daripada wan. Dia pastikan semua mendapat update yang sama tentang setiap perkara. Kehebatan memasak kamu yang sangat dinantikan, masak lemak cili padi is your best signature selain nasi minyak dan maggie berlauk kamu. Miss that since no one can challenge.

Nenek saya juga mudah menerima budaya, makanan asing dan orang asing. Tanyalah Pau Fort si Catalonia anak angkat keluarga kami yang sangat sayang wan dan anggap wan macam yaya dia di Barcelona. saya pernah cakap nenek aku tu takde blog je kalau ada dia boleh tulis entry kembara dia. Ingat lagi kami makan fish and chip di Freemantle , Australia, balik tu dia call saya , nanti hujung minggu along balik kita masak macam dekat freemantle tu. Dia juga ajar saya kepah with tomato sauce dekat Freemantle tu antara tersedap di dunia. Belum lagi ajar saya makan baklava tersedap di restoran turkey. Saya juga ada terfikir gene kaki jalan ini mungkin inherit dari dia..


                                                             kepah with tomato sauce

Seperti yang lain , istirehatlah kamu dari dunia dan semoga kamu berbahagia di syurga milik Allah . amin.
Kamu pergi , lahir dewi baru , cucu pertama keluarga  Encik Hamdan yang lahir di bumi scottish  14/3/2014.

                                                london court , Perth , australia 2012



                                          wan dah sampai pyramid , saya pun belum jejak


         awesome trip with her , umrah with her on 2011 , im still remember your face performed tawaf wida'

                                                    medan trip 2009

2 comments:

Nina Hamdan said...

I miss her..

Annabuadiary said...

i miss her too .. macam dia ada selalu rasa dia ada