Friday, April 4, 2014

Passport merah expired

26 maret 2008 kota prahyangan

Jalan dago itu selalu jadi saksi.
tiap kali berkunjung pasti aku terpandang restoran makanan segera itu
Hujan rintik di bukit yang mencengkan sejuk
Kita sambut hari jadi dengan menyiram pepsi di badanmu
Membazir kau cakap
Pepsi ni buat diabetic aku jawab jadi takpe membazir.


Ramai riang dengan kekandaku dan teman lain kita sambut ultahmu
Sekali kau sapa itu lagu faveret kita di udara,
Aku jawab, aku datang dari jauh masih kau mahu lagi menunggu
Ya kita waktu itu di tahun akhir masing masing sebelum mengejar tangga kerjaya.

Pada saat begini, waktu ini, aku mahu pinjam kata semangatmu
Macam waktu aku kena repeat lab methodology
Apa ayat faveretmu . Heroin wajib kalah dulu.
Kamu lucu
Itu belun lagi kau bilang prescribed ubat depression bukan buat kau hilang masalah
Face it face it face it, itu mantera mu barangkali
Sebab katamu manusia tanpa masalah itu lagi bermasalah
Itu belum lagi kau mula keluarkan ayat quran
"Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum jika kaun itu tidak mahu mengubahnya"
Walaupun aku akan balas, kau berkot putih dgn stetoscope mahu nasihatkan aku
Kau jawab tak perlu ada title ustaz kalau nak sedarkan kau.

Passport merah aku itu sudah lama expired
Harap kenangan itu tanpa tanda luput
Kerna hari itu setelah bertahun kita bicara kembali
Tentang impian sambung belajar dan kajian pilihanku
Serta kau dengan cita cita nenjadi pakar onkologi
Ayat feveretmu: hidup biar bermanfaat kalau tidak tersia semua





No comments: