Thursday, January 29, 2009

cHenta .... semoga Kita bersama Selamanya ....

Maaf, aku bukan pencerita terhebat malaya ...kerana kali terakhir aku memasuki pertandingan bercerita peringkat sekolah ketika di darjah tiga. Untuk menambah keyakinan kamu semua aku tidak pandai bercerita dengan bukti setiap kali ujian aku memilih tajuk menulis karangan fakta daripada karangan fiksyen kerana tahu aku amat lemah daya imaginasi kuasa ultra. Tapi untuk kali ini izinkan aku menulis kisah chenta melangkau zaman dan tidak terduga dek akal fikiran ....

1940 - endau, mersing

Rumah lebai Ghani memang senantiasa menjadi tumpuan masyarakat kampung kerana lebai Ghani antara orang yang arif ilmu agama. Mempunyai tujuh anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Si perempuan bongsu dipanggil acu amat keletah orangnya dan petah berbicara. Dalam perkampungan pesisir pantai, hembusan atmosfera serta desiran ombak ...merancakkan pemandangan dengan lentuk pokok kelapa. Indah pemandangan desa nelayan, dalam diam gaya lincah acu menambat hati seorang pemuda yang lalu di depan rumah lebai Ghani. Tapi hasrat hati di pendamkan . Mungkin pemuda tersebut memegang kata - kata jika tunggu lama lama nanti di kebas orang, pemuda yang hatinya penuh ledakan chenta memberanikan diri menyampaikan khabar melalui orang tengah. Rupanya , kasih di sambut. Namun, malang sekali ibu pemuda tersebut sudah menyediakan calon. Kerana tidak mahu dikatakan anak durhaka, pemuda akur kata ibunda dan membawa isteri merantau ke temasik kerana mendapat kerja di dermaga singapura ....si gadis kerana tahu tidak perlu menanti meneria lamaran kasih dari pemuda kampung yang berani merisik pada bapa si gadis.......


1990 - an, endau, mersing alaf kini

Angin pesisir laut yang menderu menyapa damai di tanah perkuburan Islam endau. Siapa sangka, hari itu kisah uda dan dara yang setengah abad terpisah di temukan semula. Si ibu tua yang sudah mula di makan waktu (kulit tidak semulus dahulu) sudah menjadi rutin melawat kuburan suami. Selesai doa dan yassin dibaca, dengan menaiki sepeda , si ibu tua melangkah ....di tepi pagar kuburan , seorang bapa tua melangkah menziarahi kubur si isteri yang sudah pergi ke alam Baqa'. Masa seakan akan terhenti , bumi pulse sebentar, mereka bertemu kembali. Hilang seluruh kata , bayangkan 50 tahun tidak pernah bersua.

Bahawa sesungguhnya jodoh itu kehendak yang maha Esa. Pasangan tua ini tidak pernah menyangka bahawa mereka di temukan kembali dan tidak pernah terdetik di hati mereka bahwa pada masa akan datang pasti ada sirna buat kisah cinta yang terpadam. Mereka berkahwin, demi tujuan sebagai peneman hari tua ....

----------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini adalah kisah arwah tuk cu aku ....bukan apa, di sini aku lihat bahawa pertemuan dalam hidup itu adalah kehendakNya... setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahNya. yang penting berdoalah agar kita ditemukan dengan pasangan yang boleh bersama sama di hari tua dan pada hari yang kekal abadi ...bagi saya untuk kita mendambakan yang terbaik ...kita harus menjadi yang lebih baik ....

Sudah 2 tahun arwah tuk cu meninggalkan dunia ...dan suaminya menyusul kembali kepada Ilahi selang beberapa bulan ...Kisah mereka mungkin banyak berlaku di luar sana ....sebagai sebuah kisah tentang kasih dan sayang serta rasa cinta yang di anugerahkan oleh yang Maha Kuasa ...



Tuesday, January 27, 2009

Ibu Nak Bagi Dana ke ????

Cuti hari minggu dan cuti tahun baru cina (CNY) ...saya sekeluarga pulang ke kampung abah di Johor sempena meraikan majlis perkahwinan abang saudara .... kami sekeluarga menumpang semalaman di sebuah rumah pakcik di batu pahat memandangkan kenduri kahwen anak makngah di pontian johor yang mengambil masa sejam dari batu pahat .... Sedang berbual bual dengan ibu saudara tentang anak kecilnya yang baru masuk darjah dua ...saya tergerak hati mengambil quote cousin kecil yang memarahi ibunya kerana membeli LOREAL ....

cousin kecil saya namanya hafiizuddin dengan ibunya iaitu mak cik saya....

hafi: Ibu hafi nampak kat bilik air ada loreal (pencuci muka), siapa punya?

ibu : Itu ibu punya , ibu beli 2 bulan lepas

hafi:mana boleh , ibu ni ...loreal tu barangan israel ...ibu nak bagi dana kat israel ke ??

ibu:aik ...tahu kamu pasal dana, hafi dana tu apa??

hafi: dana tu bagi duit la kat israel ....


Kagum saya yang budak kecil usia 8 tahun mampu faham term economy mudah tentang apa yang terjadi di luar negara. Bukan itu sahaja siap menyuruh atuknya membeli barang di pasaraya tempatan dari pasar besar milik syarikat peranchis ...dan lebih menakjubkan hafi dan abangnya sanggup photostate barangan israel dan letakkan di surau rumah mereka ....jika anak kecil ada effort untuk memboikot dan menyedarkan masyarakat tentang kejamnya israel ...kenapa kita yang taraf tua bangka duduk diam sahaja .....

Thursday, January 22, 2009

Buang Anak atau Buang Emak

Dulu cerita terjun, skarang cerita main buang buang ....apa kes la masyarakat aku ni ....betul ke apa kita ni tinggi pekerti??? bab yang ini aku musykil

Kisah Satu

Seorang bayi dibuang ke dalam tong sampah oleh bapanya ketika bergaduh dengan isterinya(iaitu mak bayi tersebut) ....aku biasa dengar orang gaduh ada ufo ngan boomerang ...bab buang bayi ketika bergaduh ni memang first time aku dengar ....dahsyat ....

Kepada ibu bapa si bayi jika rasa dah malas nak jaga anak bagi je lah kat aku ....memang aku tidak lah berapa willing nak jaga ...at least aku takde hati nak campak kat tong sampah ....bukan anak itu amanah Tuhan ...apalah dosa si baby tersebut ....


Kisah dua
Satu pasangan telah memfailkan saman ke atas anak disebabkan anaknya gagal menunaikan janji serta menghalau ibu bapa dari rumah. Sah tanggang versi millenium, lebih pilu anaknya seorang pensyarah ...errk, apa betul aku baca....tapi menurut statistik yang meletakkan ibu bapa di rumah orang tua kebanyakkannya adalah mereka yang berjawatan tinggi dan kelas professional A ...

Memang kat universiti tak ajar bab adab ...tapi sebagai seorang yang digelar terpelajar + ada otak ...plus dikatakan academician, cendiakawan ....adakah kita letak otak tidak pada tempatnya ...dah lah nak anto masuk uni tu dah separuh azab parents kita ...yang ko pergi buang parents tu kenapa??? lagi satu RM4400 tidak cukup untuk membantu ibu bapa ...aku tak fikir parents kita mintak semua duit gaji ...mereka mahukan our caring and concern ....buat si pensyarah , if u want to gain respect from student, u need to respect ur parents first ....


luahan berapi aku : Nak buat aktiviti buangan ni guna akal dan lepas tu ingat dosa ...kiamat nak dekat ..!!!!

Wednesday, January 21, 2009

LEPas ni aku tak nak minat Keanu Reeves!!!

Arghhh...lagi skali ...bengang ah ngan mamat ni ....dan teruskan ..confirm lepas ni aku bakar dvd download matric ....

setelah aku baca kata kata si bodoh bebal mat salleh ni ..aku rasa nak marahkan diri aku sebab gaduh ngan sorang kawan yang kata cerita the day the earth stood still cm sampah. Aku siap backing cite tu penuh ngan message , ajak orang jaga alam sekitar, ajak orang jangan duk nak main perang perang ...dan tentang manusia yang memang tak pernah berubah ....tapi komen mamat KEANU REEVES ni memang buat aku hangen satu hari .... jahil murakabkah dia ???

tapi itu aku faham ...mat salleh, ikut propaganda cnn , bbc dia je ...ni negara arab yang bernama egypt tu ikut propaganda sape agaknya ??? siap benarkan ruang udara untuk yahudi laknatullah serang gaza? dah buta hati ke husni mobarak ??






Tuesday, January 20, 2009

translator terjun .....

Dalam fenomena skarang yang suka buat terjun tiruk atau terjun gaya bebas, aku pun nak cerita new story waktu temankan kawan aku hari tu ....tak pepasal aku jadi translator terjun... bukannya aku jadi pemujuk orang suicide atau translatekan luahan hati diaorang kepada pak bomba yang duk nadah kain keselamatan .....tapi aku jadi translator bahasa arab ...wohaa, aku cm tak caye je ngan diri sendiri ....

Arakian ceritanya bermula, kawan aku si tajam serpih mintak teman nak beli baju kurung...aku pening gak memula apsal minah ni nak beli baju kurung tengah bulan, nak kata warm up baru keje dah berbulan bulan bekerja ...dan teman aku menjawab, oi , kwan kita nak kawen hujung bulan - aku ni nak kena outstation je slalu tak sempat nak beli (almaklum kawan aku sejak keje kat kementerian kesihatan ni outstation je , tak mcm aku terperuk kat kl ni) ....menapaklah kami dari satu kedai baju ke satu kedai baju ...sampai kat kedai jalan masjid india, kawan aku berkenan sutera shantung tanah hitam, duk try menery baju ..adalah mamat foreigner bekenan nak beli baju untuk isterinya

dan dialog bermula:
mamat : How much (sambil memegang tepi jubah)
pekedai: RM120
mamat:less?
pekedai:RM100
mamat:akhirul kalam
pekedai:???#####
-aku yang dengar gatai menyampuk-
aku berdialog dengan pekedai: dia kata harga akhir tu ..
dengan pantas pekedai mencapai kalkulator ..owh pekedai baru teringat bahasa cursive pun main peranan time tengah ayam itik ini
-disebabkan mamat tu tak puas hati dengan harga, dia belek baju lain
mamat:how much this (sambil menunjukkan baju baru yang dia pegang)
pekedai:RM80
mamat:aku lupa dialog arab dia (tapi aku faham maksudnya takde kurang ke???)
aku kepada pekedai: dia mintak kurang lagi
pekedai:RM60 (IN english)
aku:alamak 6 tu yang sittah ke tis'ah (maka aku membilang ) ngan condifent aku jawab - sittatun asarah
mamat:anti fahimtu arabiyah
aku:(dalam hati)..jawab naam kang naya ...akhirnya aku senyum
mamat: saya setuju dengan harga ni (ni fahaman aku lah apa dia ckp)
aku kpd pekedai: dia nak harga tu
dan mamat tu membayar terus pergi


apa yang aku nak buat korang tergezut, mamat tadi bukan orang arab, tapi orang dari tanah besar tongshan (china) ...mak aih, malu aku, bahasa arab dia cm air ...aku bukan tahap merangkak tapi tahap mengesot ...dan akhirnya betullah kata arwah ustaz aku time aku sem 2 kat matrik, sebabkan kelas aku sume degil + begik dia pernah tanya : siapa yang susah kalau bahasa arab semua teruk ...dan kelas aku yang memang nakal menjawab: mereka dan keluarga mereka ...ha kan aku dah kena ...tak reti nak balas balik je apa orang kata ....ni rasa nak masuk kelas balik ...

Monday, January 19, 2009

Tok Mon rupanya nak jadi artis

Pagi lepas aku baca paper setelah kemenangan parti bulan di east coast aku tertarik dengan satu berita di kolum kecil sebuah akhbar kerajaan :
Petikan berita:
"tengok orang bertanding tok rasa seronok, kali ni tok tak boleh nak bertanding sebab takde penaja, dulu orang ambil gambar, tok rasa macam artis"
Haih, tok pun tahu nak glam???

Dan berbalik kepada masyarakat gaya hedonisme , sume orang nak terkenal dan glamor, gaya mana , atau cara mana blasah je lah. Paling aku tak tahan kalau AF bukak floor untuk audition, sanggup melalak kalau tak dapat masuk.Bila jimmy shanley (pengacara AF) tanya kenapa nak jadi artis, saya minat seni ..wehla ..tolong bagi jawapan realistic seperti ini- dengan menjadi artis saya boleh glam, tak perlu belajar sampai peringkat 4 uni, tak perlu susah susah turun naik library, untung2 bleh jadi pilihan dato' terkini ...kan senang jawab camtu ...atau lebey best, digosipkan dengan laki orang ke apa...

Yang bab ni lagi aku heran petala lapan ...macam kisah si memey yang sume orang cerita , apa ke halnya pegi office tengah malam??? aku ni nak santak sampai pukul 9 pun dah bulu roma tegak berdiri + rasa tak larat nak kulikan diri sampai lelama gitu kat office apatah lagi sampai pukul 2-3 pagi ..ish ish ish, dah tu sanggup masuk WHI , itu tempah maut kak oi, dedah pekung diri ...tapi aku memang perasan, orang skarang buat sume benda nak cari glam ...lain blakang kira ...n i keep wonder if i ask all the candidates of gadis melayu ada tak yang bran nak jawab- saya bertanding gadis melayu sebagai laluan besar nak masuk broadcast sambil sambil mudahlah ke laluan lain .....





Friday, January 16, 2009

bila khatib menitiskan airmata ...

Tatkala aku sibuk memblogging di depan pc, sambil membiarkan tv propaganda kerajaan terpasang dengan khutbah jumaat dari masjid negara. Aku akui, aku tak dengar khutbah yang disampaikan oleh khatib bertugas dan sekadar amek point tentang apa yang berlaku di palestin. Sedang aku ralit memblogging kisah apei- anak kampung , tetiba aku dengar suara khatib berubah, aku tinggalkan pc dan berlari ke depan tv...suara khatib berubah intonasi menceritakan apa yang berlaku di Palestine. Sewaktu itu khatib tengah menceritakan tentang tatacara islam di dalam peperangan yang dimana kita ketahui Yahudi bangsat tu mana tahu rule of war . Juga khatib berkata , kita ada 1.3 billion umat Islam dan zionis itu cuma ada 6 juta rakyat.... tetapi kenapa kita kalah ....????


Dan kali pertama, khatib membicarakan tentang jihad iaitu semangat kental perjuang Islam yang tidak takut mati demi maruah agama ...sedangkan Israel itu takut akan mati. Nah, tiba masa aku rasa umat Islam perlukan semangat jihad dan tiba masa aku rasa persetankan orang amerika yang takut perkataan jihad maka mereka gantikan dengan katanama terrorrist... Aku rasa kalau kumpulan jihad itu banyak dan berbondong bondong mengangkat senjata...nescaya Yahudi laknatullah itu lumpuh.

Aku akui aku lemah, nak pegang rifle pun tak larat. aku mulakan jihad kecil aku dengan menolak MCD, KFC,PIZZA HUT, dan aku akan follow up dengan barangan lain sedangkan ini semua faveret aku number wahid. Dan aku rasa makanan ni semua FDA pun dah kata pembawa carcinogenic cuma aku je ketegaq dan malas nak terima research FDA ...

Diakhir khutbah hatiku tersentuh bila khatib dengan tersedu menangis membaca doa untuk rakyat Palestine .... aku tahu satu hari palestine itu mampu kita takluki...




pesanan penaja: jangan boros cm aku, bukak pc and tv tak tutup ...ish ish ...

Thursday, January 15, 2009

The End ...

Baru mula langkah aku dah ucapkan selamat tinggal ???


Aku ucapkan the end kepadaku yang dulu, yang terlampau naive atau lebih tepat bendul tak kena gaya iaitu menanti kepada yang tak pasti ...dan pengakhiran jalan cerita hanya penantian yang aku dapat. Cerita apa ini, adalah lebih baik aku melontarkan kata tentang apa yang terjadi di Gaza yang lebih seribu terkorban daripada bercerita tentang hati dan perasaan ...

Kadang- kadang hati ini tidak mampu mengelak, melontarkan ekspresi kemarahan kepada semaksima mungkin ,,,melaungkan jeritan hati biar satu dunia mengerti ...kenapa terlalu tolol aku ini menanti sesuatu yang tak pasti ??? Enam tahun itu bukan jangkamasa sekejap, aku lambai, aku bantu, aku berdiri , tapi semuanya sebagai bayang bayang, dia tidak pernah nampak dan tak pernah sedar aku ini wujud ... akhirnya aku cuma si bayang bayang yang tidak akan menjelma ...kerana kata hati aku terus menanti dan kerana kata hati ...aku melarikan diri ....

Dia sedang bergembira dan mungkin sekarang ini tersenyum penuh tawa...dan aku terus menangis ...wth ...aku belum cukup kuat untuk orang buat aku sebagai bahan gelakkan besar besaran ...aku dilahirkan bukan untuk dijadikan sarkis lakonan ...buat dia , yang sudah menemui permata ...all da best ....thanks for the beautiful six years ....