--dlm hati : dah agak dah ..ni Malaysia , siaplah kena tegur dan rakan ku terus menapak tangga
"kamu tu , turun turun! " jerit pak guard sambil di bawah di perhatikan oleh pelbagai pemuda yang melepak di tiang masjid
"W , pakcik tu panggil kau ", aku memanggil teman ku agar menoleh ke bawah ..aku rasa dia pun dah boleh agak
aku masih di separuh anak tangga menuju tempat solat muslimah dan sahabat aku di bawah , pakcik guard tu terus pot pet dengan tangan mengarah ke baju ala ala riding hood , aku yang time tu menyinga dan tak sedap hati . lagi menyinga dengan perangai dua tiga orang anak muda yang memandang pakcik seolah merestui dan jelek kepada kami ...aku turun dari tangga dan bersaing dengan rakanku ke tempat jubah khas dgn hud disediakan
"sorry pakcik , saya ikut pintu depan , tak perasan jubah ni , terima kasih bagitahu ", lembut rakanku membalas walaupun dia ditegur oleh pakcik tadi dengan klasifikasi mengur :kurang ajar ..
aku naik tangga semula dgn memandang dua pemuda di tepi tangga sambil berkata , "nak tegur tak salah tp cara salah , mulia dah sangat ke?"
"aku ingat dekat riyadh je ada mutawa' ," kata rakanku yang bekerja di negara saud sambil gelak
--rakanku ke masjid dengan tidak menutup aurat ,kami lalu pintu depan dan jubah red riding hood itu tiada di situ , kami cari juga, aku tak kata tak tutup aurat itu betul --aurat di tutup itu wajib yang aku mahu cerita cara mengur mereka. Memang kamu akan kata dah bertahun takkan tak berubah, tetapi bukankah menarik ke arah kebaikan dan menasihati itu tugas kita (surah Al Asr itu ckp pasal apa?) .sekali kali aku akan tidak tinggalkan sahabatku ini kerana kalau aku ditinggalkan siapa nak tarik dia kembali ...siapa nak keep praying so that she will become the good muslimah?
-mahu saja aku bagi tahu kepada pemuda2 yang melihat ---"bai, kawan gua yang korang pandang sinis itulah yang ajak aku ke masjid dgn ayat , kita solat maghrib jemaah , kalau surau tak boleh sgt sbb ramai solat sendiri (walau tujuan aku nk ke surau sbb kes dia x pakai tudung takde siapa tegur)
-mahu saja aku bagi tahu , rakanku inilah Allah bagi kesempatan 10 mlm terakhir ramadhan lepas di tempat mulia masjidil haram dan bukan sbb istidraj tetapi dia kini sedikit sedikit kembali pada fitrah , kalau Allah sayang dia dengan rezeki tidak terduga kenapa kita menghukum.
-mahu saja aku bagi tahu di Indonesia ,atau seperti di Australia tiada pula itu aturan utama , asalkan pakaian yang sesuai kerana kalau sudah di sekat rasanya mahukah yang tidak menutup aurat itu semakin dekat pada agama?
-mahu saja aku bagi tahu rakanku ini yang seringkali nasihat --sabar, dan doa Allah maha mendengar
jangan fikir judgemental kamu buat kamu saja layak ke syurgaNya , kita tidak pernah akan dpt predict pengakhiran kita melainkan dengan keep praying for husnul khatimah ...your judgemental never help the ummah!
p.s: usai kami solat , ramai je tak bertutup aurat dan tiada tindakan ---kes cmna ni?
No comments:
Post a Comment