Friday, March 29, 2013

khadijah

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


izinkan saya menjadi seperti khadijah,
khadijah yang berjaya dalam pekerjaaanya,
khadijah yang terbaik di sudut agamanya,
khadijah yang terpuji dalam rumah tangganya.

maka saya sedih,
tatkala ada kaum adam berkata "dia lihat wanita yang kenal dunia 10 thn tetapi hampas, biar dia didik isterinya kenal akhirat yang muda 10 tahun daripadanya"
buat kaum adam itu:kamu mahu mendidik atau mahu ambil kesempetan? kerana isterimu patuh setia disebabkan jurang batas usianya.
ketahuilah kaum adam , siapa pun kami , jika terdidik dgn landasan Quran dan sunnah , jika sering diingatkan dengan batas syariah,
di kerusi empuk manapun kami memulakan kerjaya , di bidang apa pun kami ceburi ,
InsyaAllah si wanita itu akan tetap tahu syurga itu di bawah tapak kaki suami.

tidak mahukah kamu adam , dengan wanita yang sama petah bicara
bukan berlawan tingkah , tetapi meluahkan pendapat ke arah yang lebih kritis
apa kamu betah adam , dengan isteri yang angguk angguk ---utk berapa lama kamu mahu cerdik seorang?
Tidakkah kamu suka jika punya isteri yang membantu bersama di dalam ekonomi rumah tangga dan cerdik dalam pengurusan kewangan?
tetapi jika kamu mampu menyara seadanya itu hak kamu , namun jika kami mahu membantu tiada salahnya bukan?


buat kamu , saya di didik oleh ibu yang bekerja , 5 pagi bangun sediakan sarapan dan lauk tengahari , balik kerja masak makan malam , rumah terkemas kerana ayah membantu , agama kami tetap di jaga rapi dan pendidikan dunia akhirat tetap di kawal selia ... jangan menidakkan peri penting wanita kerana rumah tidak terbina jika hanya suami sahaja yang ingin mendidik dan isteri tidak sedia utk berjuang bersama di dalam menghadapi masa depan akhirat yang penuh makna.... marriage  is about takes two to jannah along with their family ...


benar saya tamak , saya mahu dua dua ... sbb saya mahu seperti khadijah ...

No comments: