Saturday, April 6, 2013

"segerakan solatnya ".

kadang kadang bila kita travel , jadual penerbangan membuatkan kita kena bijak untuk mencari waktu solat. pada asalnya flight saya berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Juanda, Surabaya jam 6.50petang waktu tempatan dimana kami boleh solat maghrib dahulu ,. namun jadual penerbangan kami di awalkan ke jam 5.55 . Suatu hal tentang keluarga kami kerana abah seorang disiplin dgn masa jadi kami sudah berada di airport surabaya sekitar jam 3.45 ptg , selepas solat zuhur + asar jamak di masjid al akhbar , kami terus ke bandara (bandar udara =airport) , maka kami check in sekali dengan penumpang flight jam 4.45 , polisi negara indonesia membenarkan 1jam sebelum berlepas. Kami yang sudah kekeyangan menyantap di Restoran Warung Pojok (Wapo) dengan persis makanan ala ala malaysia , dah tak tahu nak buat apa untuk lebihan masa 2 jam .

disebabkan kepenatan kerana berkemas di pagi hari , jadi kami duduk di kerusi panjang dan abah ambil peluang tidur . Sekali mama cuit aku , "kalau flight jam 6.50 , mesti kita sempat solat maghrib + isyak sbb maghrib jam 5.53 , lagipun kita punya gate number 11 , surau belakang tu je " , mama mengeluh kecil . "itulah, orang beli ticket hari tu jam 6.50ptg sekali dia reschedule earlier 5.55ptg, mana sempat maghrib , boarding call je jam 5.20", kataku ... sekali abah menyahut (aik kata tidur) , takpelah ada rezeki boleh solat , kalau tak sempat kita usahakan solat dlm flight atau sampai lcct kita solat jamak dulu sebelum tiba ..tp hati kecilku kata lebih best solat dulu , rasa mcm lepas bebas hutang ..

jam 5 ptg , kami mula masuk ke balai menunggu gate 11 , aku check jam dah 5.20 , takde calling untuk kami beratur di pintu , lebih2 lagi flight pun tak tiba , kebiasaan dlm jam 5.20 flight dah sampai . Sekitar 5.30ptg , azan maghrib berkumandang , lepas aminkan doa , sekilas aku memandang di kawasan hangar , flight takde dkt parkir , aku lihat ada seorang pemuda keluar dari bilik menunggu , diikuti dua orang pakcik lain , aku ke depan di mana ada dua orang petugas air asia , "mbak, kapan flight tiba? " , tanyaku (bahasa indonesia aku versi B+) , "owh , pesawat lagian delay kerana traffic udara , kenapa bu?" tanya pegawai air asia indonesia . "erm, kalau saya mahu solat maghrib boleh? engak apa apakan ?masih sempatkan? " aku bertanya, takutlah dia nak buat announcement suruh beratur , tp biasa announcement kalau pesawat dah mendarat ...dia pandang muka aku dan jawab "segerakan solatnya bu", aku terus lari ke tempat duduk kami , mama abah jom pegi solat ", since adik seorang lagi ABC dia menjaga barang , baru perasan aku keluar tanpa handbag di tangan

surau di belakang gate 11, suatu perlu ketahui, surau di indonesia bercampur lelaki \perempuan dan dipisahkan dengan pengadang kayu yang masih boleh nampak lelaki perempuan . tiada masalah untuk itu, kitakan berjilbab , lagi di mekah kita boleh solat di kawasan masjid yang di pisahkan dgn rak quran .. aku terus ambil air solat di sebelah kiri tidak menghadap pintu yang aku rasa untuk perempuan , ramai lelaki lain yang sudah solat aku perhatikan , seusai wuduk aku capai mukenah yang tergantung , bau sebuah bersih terjaga dan terus jamak qasar maghrib isya' , belakangku mama juga buat yang sama . sesudah solat , tudung pun aku pin ke bawah (nanti dlm flight 2jam 30minit) gayakanlah balik kataku ..

sesudah selesai , kami kembali ke ruang menunggu , barulah pesawat tiba dan berdoa perjalanan selamat ...see kalau kita letak Allah di hadapan , Allah akan mudahkan kerja kita ... remember kewajipan itu di mana mana ,...



2 comments:

Time Traveller said...

Bagus.. mmg betul kene titik berat kan solat dlm travel :D

Annabuadiary said...

Mohon doa saya istiqamah menjaga solat terutama waktu musafir, seronok tau macam macam experience solat especially dekat negara bukan ISlam, ada kala solat dekat pondok gazebo, solat tepi jeti ..INsyaAllah akan cuba istiqamah