MADINAH ...... yang damai
Kami tinggal belakang hotel Hilton , bukan hotel hilton , itu tunggu aku jadi dermawan macam Abd Rahman Auf. Dekat madinah ni mudah untuk cari stoking tawaf yang tebal jadi kaki kurang melecet dan knee guard untuk orang mcm aku walaupun tadi koya giler bangga umur bawah 30tahun.
RAUDAH KU NANTI
malam pertama kami tidak ke raudah kerana wan tidak berapa sihat , jadi lepas solat isyak kami pulang ke hotel. Hari kedua , subuh dengan menumpang saf jemaah indonesia , dekat sini ingin saya nyatakan bahawa saya selalu mendapat tempat menyelit solat apabila saya pergi ke jemaah negara lain , rezeki dengan jemaah negara sendiri ...kureng skit. Hari kedua , zuhur dan asar kami berdua , wan tak larat jadi kami tawaf satu masjidil nabawi , malam , dengan membawa wheelchair, solat maghrib luar masjid , lepas maghrib , keadaan keluar ramai , kami serang terus kawasan dalam masjid dan dapat solat isyak di kawasan dalam. Alhamdulillah wan solat terus atas wheelchair. Lepas isyak tunggu pengumuman , kami blur sebenarnya sbb kali pertama dan wan juga atas wheelchair. lepas mengaji al quran , dengarlah bunyi orang tolak karpet semua dan kami pun dengar announcement ...nampak playcard B.MELAYU, pegi arah situ , sekali salah derr ... guard perempuan tu sound : Jalur Kerusi RODA di sebelah kiri ..hamek kau ..pegilah kami ke sebelah kiri , uniknya dengan kerusi roda ni , jadi universal kami sbb semua pembawa dan pengerusi roda duduk sekali . dah aku berbual ayam itik dengan minah turki yang memula suruh kami baca alfatihah dengan 3 kul ..itu salam pengenalan cara turkiye tu rasanya.
Masuk raudah , sebelum masuk macam racing dengan kerusi roda lain , dari karpet merah menuju ke carpet hijau , tenang ,,,,tak tahu nak ungkap dengan perkataan , terjawab selama ini apa itu taman syurga , letakkan wan tepat di depan mihrab nabi , aku solat sebelah , lepas dua kali solat sunat , pusing belakang dah kena kepung , jadi semua pemilik wheelchair solat di dalam kepungan puas ...ya Allah , ku mohon ampun segala dosa , ampunkan dosa kedua ibu bapaku , izinkan mereka ke sini juga ya rabb. ,,,puas ....Ya ALLAH , in His bless ...rasa tak nak bangun dari raudah itu ....sedar dalam diam , kami bertiga sudah jam 12 Malam ... Naim kawan syahidah dah tunggu di lobi hotel bawa makanan ...rupanya dalam 7 kali ke madinah , itu kali pertama nenek ku dapat ke raudah dengan lebih lama , sebelum ini bertolak tolak sebab keadaan ramai orang dan kadang2 dapat sikit sikit je tempat raudah tu.
Di madinah kami dapat melawat jabal uhud ...kisah perang pengajaran kerana tamakkan ghanimah (rampasan perang) akhirnya terjerat. Juga pasar kurma dan sebenarnya kurma murah di madinah dan pelbagai size n harga , lawat masjid quba' ...satu feeling sayu tak terucap di masjid quba' tangisan hamba yang memang penuh dosa dari pahala ini ... serasa saya baru sahaja dilahirkan kembali ...saya yang selalu melebihkan dunia dari akhirat sana ...mohon ampunan dariNya
uhud
pandangan depan qubur syuhada' uhud
nabawi
mekah ....nantikan ku tiba untuk kali seterusnya
No comments:
Post a Comment