Ingat comittee bersih je boleh guna point zero ..aku pun boleh
Ok tadi aku cerita yang indah2 betul serius , tanyalah those yang dah stay luar barricade dari malam hari dengan yang dah sampai pagi buta , yang berjalan dari arah KLCC, JALAN SULTAN , BRICKFIELD ..semua akan cakap aman dan macam pergi parade show ...aku pulak tambah , since aman cmni aku rasa macam perhimpunan hijau 2.0 dekat kuantan hari tu , yang kami boleh duduk lepak belakang lori , makan dekat burger king ...aman kan?
--masuk part 2.0 aku . dekat part 1.0 aku cerita nampak kedai mamak kan? sebab orang keje office macam aku makan ikut time jadi dah nak pukul 3 time tu perut memang bagi signal makan tengah hari kau tak amek lagi cik kak ..aku pun nampak gerai separa penuh terus kata dekat adik marilah kita makan , lepas makan kita nak duduk melepak dekat dataran tu dah senang hati.
dapat duduk dekat meja menghadap luar dan berkipas , baru je dapat air dan nasi goreng ..sekali ish apsal mata pedih adik aku tanya ...aku kata rileklah mamak ni tengah masak , tapi masalah pedih dia makin menusuk , bau tak usah cakp , korang pernah bau macam masak daging hangus ia itulah baunya mengikut piawaian aku , tapi kalau kamu kata macam bau bunga ros itu piawaian kamu ..tersengit , cepat cepat tutup muka dengan tuala , ditambah duduk bawah kipas sedap je la asap tu masuk , tekat perit ...cari garam tak jumpa kes letak lagi bawah bawah beg ,,, muka dah memang rasa meresap semacam , nasib brother sebelah hulurkan rock salt , terus kemam... itupun mata pedih dan sesak ...pindah meja belakang aku cari ubat gigi ...
Kami time tu buat diskusi nak lepak dulu or lari , sms dah masuk bertujah tujah dari abah , mama , uncle , adik aku yang lain ...call semua masuk voice mail , kami hilang komunikasi dengan orang luar, yang kami tengah fikir lari ke masjid jamek atau stay dlm restoran --stay bermaksud kalau pihak penguasa spot check dlm restoran kami kena angkut sekali . nasib dalam 4 biji telefon di bawa yelah aku satu , adik aku campur bf dia tak jadi 4 , satu masih fungsi dan dpt baca twitter malaysiakini. Dari situ kami tahu mana dah kena attack dan mana belum ...dua kali sebenarnya serangan anginan asap yang dari arah mana aku tak pasti tapi tetap terasa perit pekat bagi kami kali kedua memang dalam restoran tu aku tak tahan ...siap rasa nak muntah balik apa aku makan.
time dekat restoran ni masuk satu keluarga dan makcik tu cedera sedikit di tangan, nasib aku bawak handiplus dengan dettol , sesiapa saja masuk dalam restoran muka semua dah merah mata , makcik tu dengar speech anwar , ok ja keadaan , tiba tiba kena attack tanpa amaran ...lepas makcik sekeluarga , masuk pulak pakcik ..muka dia blur , mcam tak boleh cerna apa terjadi , dengar pakcik lain cakap ...bukan mak pak diaorang yang kena balun ...dan keluar kami dari restoran berbekal satu phone boleh function , macam2 cerita kami dengar , demonstran kena tahan , kisah rempuh kereta semua dah kecamuk ...nak pegi masjid jamek , aku tak fikir boleh dlam kepala tengah fikir apa nasib kawan aku yang stuck dekat masjid jamek ..phone sendiri memang haram punya line ... nasib satu phone lagi dah di save map kawasan dataran , kami amek keputusan lari balik ke dang wangi ikut north area , time kami nak ke dang wangi dh jadi mcam perarakan sebab ramai gila orang yang ke arah sana ...ada msg masuk kata stesyen dang wangi ramai polis dan masih ditutup ...fikir punya fikir redah jelah naik monorail dari situ dan tawakkal ... Maka itu sajalah cerita kami , bercita cita nak ke dataran tp tersekat hingga kedai mamak masjid india sahaja ...
dekat sini aku nak kongsi beberapa hal , mcm aku cakap aku masih ada tulus percaya pada SPR dalam PRU 13..org lain tak mahu percaya itu prinsip mereka ..jika ada demo street make sure :
1. save peta tempat kamu nak pergi dengan radius besar , kalau phone jammers map tak jam lagi
2. battery banyak tak guna kalau phone kena jam , jadi baiklah jangan berpecah dan sebab lepas AIA baru phone function ..baru bleh call kawan aku yang time tu masih aci ligan dengan FRU .
3.garam dan ubat gigi tu tadikan dah masuk bekas A+ letak paling depan serta tuala ..itu je benda utama , jangan sedut asap ..to asthma patient asap dia boleh buat saluran pernafasan ada dpt blockage mcm kat dataran tu .
4.dont panic and pls think the possible way to move from crowds , it is not about pengecut or whatsoever tp nyawa penting lagi .aku faham semua orang punya jiwa membebaskan tapi sebuah pembebasan perlu strategi rapi bukan sensasi serta aku kasihan yang mana ikut laluan masjid jamek terus stuck , restoran kena ceroboh ,,x make sense betul polis ni
5.tuala juga letak sajalah di tangan itu penting kalau serangan tanpa amaran terus tekup di muka
aku bangga jadi part of 300k manusia , aku mahu negara yang bersih dan hijau ..dan selamat bukan saja untuk aku , untuk semua dan anak2 , cucu aku (amin , alhamdulillah)
kau bayangkan budak sekecik ini di kenakan tear gas ??? yang duk kata siapa suruh bawak kanak2 ..eh 10 jam pertama aman ye ...jangan kata bawak budak , bawak bayi usia 1 hari pun takde masalah ...
dan aku belajar perkara kedua .. malaysia bukan hak ekslusif Melayu sebab setiap bangsa punya hak yang sama
No comments:
Post a Comment