Tuesday, April 22, 2014

Ke namsan tower berjumpa kawan

Sebenarnya sebelum ke namsan tower , aku banyak baca version version lain untuk ke sana, ikutlah mana yang rasa seronok, rasa nak pecah lemak, rasa nak bakar kalori atau rasa nak leisure sebab kaki dah tak macam tulang besi urat dawai. Aku serious rasa title atas tu skema tak hengat , since when aku skema aku tak tahu.

tapi ini cara aku memandangkan aku tinggal di Namdaemun Guesthouse jadi aku jalan kaki je ke Namsan Tower . Tapi aku ajar teknik yang aku kira jimat duit tapi banyak langkah , sesuai ketika cuaca sejuk atau waktu bunga kembang mekar . waktu panas boleh jugak tapi berkepak sikitlah.

jadi mula mula , pergi cari station line Biru muda (subway line 4) , ke Hoehyeon Station (Namdaemun Market) . Jika mahu ke Namdaemun Market juga boleh turun daripada sini iaitu di exit 6 .

sumber gambar pakcik wikipedia 

Baiklah , kalian cari exit 3 Namsan Tunnel , ikut je , lalu bawah tanah , nanti akan sampai tangga , naik tangga itu , jalan terus , jalan terus , jalan lagi sampai nampak ini, lepas itu nampak lift , lift ini bukan vertical tapi horizontal , naik lift lepas tu pegi beli ticket cable car. mudah .

==================
sebenarnya ada misi aku di sini, berjumpa si rakan kerja yang sudah pulang ke negara asal, dia pun dipinjamkan setahun ke Malaysia. Ahran Yoo bukan pemain cerita Kpop tapi semua orang senang berkawan dengan kamu.  Periang , sangat pandai mengambil hati.
Ahran ni aku jadi rapat sebab waktu kali pertama dia sampai Malaysia 2011, workstation dia berhadapan dengan workstation aku yang waktu tu aku in charge enquiry. Jadi dia nampaklah cara aku melayan enquiry kes medical, sekejap gelak, sekejap senyum, sekejap muka kelam, sekejap maki orang, sekejap lagi aku kena maki balik. Jadi adalah serba sedikit kami berbual bila aku ada masa senggang. awal perkenalan aku yang aku ingat aku cakap begini "Ahran, you're so tall ", terus dia bengkokkan kaki dan cakap "now weequal" . selama ini ramai Korean cakap bahasa english agak sukar nak faham tapi dengan Ahran dia ada slang USA , apa aku tahu dia belajar perhubungan antarabangsa dan pernah tinggal di China jadi dia boleh berbahasa mandarin juga.

Kami berkawan, adakala lunch sama, dia tanya kenapa aku solat, kenapa ini itu, pernah buka puasa sama sama. sekali dia kena balik South Korea , ialah dah cukup setahun maka aku buat deal : " One fine day, by God's will  i will go to south korea once you get married ". nak dijadikan cerita lepas 3 tahun kami berdua single trang tang tang. Maka , aku ni tengah bergelojak rasa berjalan, aku beli ticket . Dahlah Ahran, jodoh tu ketentuan Allah, mana nak tahu bila aku kahwin, bila dia kahwin, maka aku pun menyonsong muka pergi South Korea. Janji kami , jam 4 petang, 5/1/2014 Namsan Tower.

Nak jadi cerita waktu ikut jalan aku tunjuk tu smooth, lepas tu kalian naik lift pergi naik tangga sampai tingkat 2 , lepas itu beraturlah sampai macam2 adegan kau tengok naik letih tau tunggu turn dapat beli ticket cable car dan naik cable car itu. Maka dalam suhu winter tahap 2 darjah , si Ahran ni tunggu mula mula dekat luar, kami tak kunjung sampai. nak pulak alahai , wireless tak dapat pulak, kami ni mmg dasar cheapskate , takde makna aku nak rent internet, Ahran kata wireless in Korea banyak free access, memang pun tapi time diperlukan dia takde pulak yang free. Aku time ni tawakkal, harap Ahran ingat konsep janji Melayu aku. Ialah orang korea kan jenis punctual, aku dan rakan rakan dah lambat.

Sekali kami tiba jam 5 petang, bagus , waktu tu seronok gak, dalam lift horizontal kami capture sunset. perfect sunset. Ikut kata Daniela si mexico yang bersama kami waktu ke Demilitarize Zone dia dua kali cuba nak dapat sunset. Ok rezeki kami, first attempt and success.

dekat ruangan luar tower aku tak pandang dah padlock bergantung ke apa ke , yang aku tahu cari Ahran, Aku nak cari Ahran aku tengok muka korea semua sama, last sekali aku pasrah , Ahran patut cari aku sebab aku pakai tudung muahahaha, jenuh aku pun tak dapat contact dia. Aku jalan lagi ke depan, ke ruang legar sebab last pm fb Ahran , coffee shop. aku jenguk coffee shop kosong , sudah. Garu kepala tak gatal.
Sekali dengar orang jerit "hamidah, hamidah" . aku buat bodoh , alah korean cakap sesama diaorang. Kali ketiga "hamidah". aku kata kali ni pandang , dan betul Unni Ahran ... time tu aku tinggal gang 5 orang yang sibuk cari Ahran tapi aku tahu diaorang pun gagal hahaha .. aku lari , macam cerita hindustan , terus peluk ok  rindu aku habis .. maka lepas itu baru kami layan indahnya Namsan Tower. Tak cukup itu dekat coffee shop kami suka hati gabung meja , dah macam kedai mamak .

Kami berbual macam tengok bola dekat kedai mamak, sampai mamat melayu sebelah jeling. Hello i bayar ok coffee ni atau u terpikat dengan my unni? Ahran siap bawak strawberi korea dengan nasi pulut kekacang . sedap bak hang , lebih sedap Ahran belanja dinner . itu triple sedap



1 comment:

Time Traveller said...

fuiyyoooo ada kawan kat korea.. sampai menjerit2 nama hamidah tu hahaha ... nasib baik jumpa kalau tak .. :D