Saturday, January 25, 2014

Corat Coret Busan

Alhamdulillah , syukur pada Allah yang maha esa diatas rezeki pemberianNya, saya dan adik serta rakan rakan berjaya step down to south korea . kami memulakan perjalanan kami dari Busan ke Seoul , i skipped the seoul part since that part  is almost according to standard operation procedure (SOP) traveller. Here our corat coret in Busan , the whole trip 2 /1 (Busan-to -Seoul) 3-6/1 (Seoul) , 7-9 (Busan)

sebelum itu ini peta topo ,  peta subway wajib hadam , busan subway ni tak lah berselirat macam dekat Seoul, ala ala train Kuala Lumpur je. Yang digelapkan itu adalah station jajahan kami. Senang cerita Busan ini dekat laut , rasa macam langkawi versi moden lebih sikit.



Busan (7/1/2013)

1) Masjid Al Fattah , Busan
 First place that we went  , Masjid Al Fattah Busan . sampai dalam pukul 6 pagi, freezing minus 3 degree, dari Busan station perlu melalui 14 station (boleh tidur siap mimpi) dengan jalur warna oranje untuk ke Dusil. Sampai Dusil , keluar exit 8 , jalan 300meter , nampak deretan kedai ,bila nampak kedai tayar itu dah  hujung jalan lepas itu belok kanan,jalan atas jambatan sikit dan kemudian nampak kedai Turkey ala ala cottage, kemudian turun tangga  tepi kedai itu untuk ke masjid sebelah kanan. Thanks Allah, tak perlu untuk kami daki bukit, kaki semua dah mula beraksi negatif. Sampai sini kami ingat nak bukak kasut siap, disapa oleh seorang jemaah Indonesia  dan syorkan kami ambil wuduk di bawah serta pakai kasut sampai ke paras aku lupa dah, kelam kabut paman tu kemudiannya membuka kunci salah satu bilik agak privacy di masjid , siap bagi kami pemanas dan bilik ni ada tandas sekali . Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal lepas solat subuh masing masing menemui sakinah sendiri (amalkan selalu perangai begini iaitu tidur lepas subuh) dengan heater membuai . pukul 7.30 pagi baru terpisat pisat bangun mula bergerak ke arah guesthouse. Masjid ada wifi . bolehlah nak hapdet :check foursquare, check in status inform parents korang dah sampai mana, instagram weather skali pun boleh.



2) POPCORN GUEST HOUSE
nama saja guest house tapi sebenarnya di  tingkat 11 marine tower , Haeundae. Di station Haeundae, anda harus keluar exit 2 , sampai sini nak check in je , barang peribadi sekali dengan anak angkat (macam anak tiri jugak kadang kadang-backpack) semua ditinggalkan dalam locker di Busan Station  yang mana 3000won untuk locker besar. Alhamdulillah, baik di Seoul atau Busan kami buat kerja macam ni , barang kami selamat. erm . kami juga tidak salin baju lebih 24 jam (alasan beg dkt locker busan station) , mandi jangan tanya sama jugak sebab bagi kami  kejar masa kerana :in winter a day light need to be maximized , pukul 5 dah gelap.. hihi... Roy manager hotel yang kacak tapi suami orang , sangat membantu dan hotel ini best sebab decoration dia macam kau masuk karaoke room .


3)JALGACHI SEAFOOD MARKET
Nak sangat merasa makan seafood , amek kau communication breakdown sepatutnya order spicy seafood platter, kami order seafood platter raw. Bergerak gerak elok je si sotong yang dah potong potong dengan bersalsa bersama siput. reaksi time tu aku rasa nak lari meja , time tu aku fikir kalau kena makan raw aku makan je bila lagi nak rasa macam orang masuk fear factor. Tapi nasib baik mak cik kedai itu memahami derita kami lepas buat muka kelam terkebil kebil dia tanya : steamo? (lebih kurang gitulah soalan dia) , kami jawab : yey ..(as ya)... satu lagi station jajahan aku lupa bulatkan ..jalgachi yang tak jauh dari busan station.
Jemput makan ...



4)GAMCHEON CULTURAL VILLAGE
pernah tengok montage aku ada wali , yang tempat si Siti Saleha (Syumaila) posing tu , situlah gamcheon cultural village. Aku panggil Santorini of Asia sebab kalau dari tempat paling tinggi dah memang sebijik except gamcheon village ni berwarna warni.
-serba sedikit info dia : asalnya perkampungan pelarian dalam perang korea 1950 kalau ikut cerita Gina yang jadi tourist guide ke Geoje Island (lagi satu tempat menarik) , di kampung ini ibarat orang korea utara menanti keluarga mereka untuk ke selatan walaupun hingga ke akhirnya ahli keluarga tak kunjung tiba. Mula pembangunan semula 2009 dan sebenarnya kalau baca sejarah perang mereka yang waktu aku berbual dgn rakyat dia dan bukan jawapan cuma satu , beda ideologi. sedih sebenarnya tambahan tengok pakcik tua menangis bila tengok berita penyatuan ahli keluarga selatan dan utara.
-nak pergi sini dari jalgachi station boleh dengan menaiki bas, tapi naik bas number 2 sebab berhenti depan Gamcheon tourists information yang nanti korang kena beli peta 2000 won , dapat satu postcard , bila complete stamp akan dapat satu postcard lagi. Macam masuk rancangan gameshow, lengkapkanlah stamp di peta itu ya .  Jangan naik bus 77 macam kami , tapi kalau rasa nak pecah lemak silakan , sebab kalian kena daki bukit 45 darjah suhu sejuk boleh jadi panas .
-back to gamcheon village , dekat paling atas sekali setelah kami follow penanda arah , akan nampak satu machine selfie picture. Kat situ tempat siti saleha posing (saja aku bagi tahu kalau kalian ke sini boleh buat aksi sama). Selfie machine inipun bukanlah kami tahu, ini semua kerana terlihat adegan tidak mahu di lihat, apakah manusia ini buat , akhirnya baru faham , lepas selfie, gambar akan dihantar ke email kalian.

bagi aku Busan -Pusan macam gaya hidup luar kuala lumpur ,tapi modern , orang dia agak baik --sangat baik sebenarnya nampak kita tercangak cangak akan ada yang tanya mahu kemana semua. Communication barrier tu boleh atasi dengan segala body language.
adegan aku tak boleh lupa :
1) Kami ambil anak angkat kami dan balik dengan bas sebab tak perlu jalan jauh serta tak perlu naik turun tangga, naik bas pandai tapi nak turun mana tak tahu, bayangkan beg aku yang beranak pinak ni , boleh seorang makcik tu tolong susunkan tepi , angkatkan ketepi supaya kawan kawan lain boleh naik sama . Tak cukup itu, mak cik tu jugak tolong kami call guesthouse dekat mana kami sepatutnya berhenti dan dia turun sekali dengan kami walaupun tempat dia berhenti jauh lagi. Moga Allah berikan hidayah pada kamu dan murahkan rezeki kamu.
2)waktu di station keretapi Gupo (ini awal perjalanan) ada seorang tua sibuk berborak dengan kami, dia ni ada pengalaman kerja di negara arab, walaupun kata kami ni indonesia (its ok since we neighbour aite) dalam asyik berbual boleh anak dia belikan lima coffee panas untuk kami  kerana -cuaca sejuk , minumlah coffee panas ni kurangkan sejuk dan sanggup ahjussi usia 79 tahun ni turun ke train track nak pastikan kami naik train betul, coach betul dalam cuaca minus zero. Ahjussi buat saya teringat dengan arwah atuk yang sudah tiada.
3) Tahap penat kami sampai tak sedar yang kami tidur malam itu dengan kunci bilik masih di tombol pintu bilik. Alhamdulillah kami selamat , padahal dengar je malam tu orang ketuk pintu nak alertkan kami kunci kat luar lagi ni, tapi kami malas nak layan ketukan sebab fikir orang mabuk, tidur lagi bagus .sedar esok pagi elok je kunci tu dekat tombol pintu. Barang selamat dan kami selamat adanya. aku tak boleh bayangkan jika di tempat lain.

Mereka memang pandang kita berhijab pelik tapi cakap je dari Malaysia, Muslim mereka akan senyum , nak ramah tamah kau cakaplah aneyohasayo. nanti dia senyumlah balik even kadang2 kami kena je tawaf dengan diaorang. Bagi aku diluar sana masih belum ramai yang tahu apa itu Islam dan akhlak,kata kata, cara kitalah yang mampu menerangkan mereka.


No comments: