tapi kalau tengok bilik ni , kalau hati tak kuat , korang sedap je duduk tidur dalam bilik sepanjang hari dengan cuaca sejuk .
kami berlima bersama Gina dan seorang lagi rakannya , kali ini fefeeling orang kaya berlima gangga negara sebab ada driver. Mula tu Gina bagi briefing , dan tour kali ini termasuk makan tengah hari dan pastinya its seafood no gogi . Waktu mula dalam kereta Gina tanya bila kami sampai, apa kami dah buat, dia siap cerita ada tourist bila sudah banyak hari on travel sampai satu tahap, masuk kereta terus tidur, sampai attraction place tangkap gambar lepas tu tidur. waktu ni kami gelak, tapi tak perlu tunggu 5 minit, tengah cakap aku dah syahid terus dalam hati ada 4 orang lagi back up , rupanya sama semua tidur. Dengan pemanduan dalam hujan , kabus tebal (snow tak turun sebab hari semalamnya cuaca panas) , dapat driver merempit maka gagallah kami merasa pengalaman arah pegi ikut bawah dasar laut sebab tidur. Driver merempit sebab nak pastikan kami dapat cruise pagi tapi jam di Jambatan pertama walaupun dalam hati mamat ni bawak elok sikit dalam ni semua single mingle. First time aku tengok traffic jam dekat korea sebelum lepas jambatan . Sayangnya kami lambat jadi kami terus ke Prisoner of War Camp , Geoje , dekat sini semua tahanan perang dari Korea Utara dikumpulkan.
1)Prisoner of War Camp , Geoje
Hujan mula turun ,maka mulalah teknik handle payung dengan camera dan ipad. jadi layan gambar cerita pendek dia sini tempat tawanan perang
2) Makan makan seafood dan membaham kami macam
3) Shinseondae
4.Windy Hill
Aku tak sempat membaca cerita apa berlakon dekat sini , sebab dapat turun dan naik dengan selamat dalam cuaca berangin yang bukan membuai tapi dah macam ribut. Itu belum lagi payung tercampak, terpelanting dan rosak. Senang cerita nak feeling romantik pergilah waktu summer.
Huaaa ...cuaca yang terlampau berangin dan ku harap snow di tengah hari yang datang hujan sejuk. Payung terlepas dan tercabut. Harapan untuk menaiki cruise gagal ..huwaaa ..mohon nak ke Busan lagi untuk aktiviti yang tertunda ini. Dan harga tour berkurang , duit lebih boleh beli pepero banyak banyak , tak sedar diri beg dah tak larat nak hangkut. ...on the way balik kami pesan dekat Gina , kejutkan waktu lalu dekat bawah dasar laut . Malam itu mulalah sessi kemas barang sebab esoknya kami mahu atau tidak baliklah ke tanah malaya. Banyak lagi tempat boleh explore di Busan dan 3 hari 2 malam tidak cukup.
2 comments:
Jakarta Bandung Indonesia Hotel Reservation,Tour Packages and Rent a Cars
WE ARE OPEN 24/7 CALL / SMS+6281321808392 +6281809538523
Transportation (Car Hire)
M. + 62 81321808392
transport@jabanind.com
edytours@jabanind.com
Hotel Reservation
M. + 62 81320169608
hotelreservation@jabanind.com
Post a Comment