Tahun lepas 3 bulan Shankar -pemuda yang jaga kioks di bangunan singa belanda cuti balik India , sepi kedai selama 3 bulan dan yang replace Shankar pulak jenis diam tak bersuara , aku suspect dia tak reti cakap Melayu dan kadang - kadang salah harga . Bila Shankar balik bukan sekadar yang dekat bangunan Singa Belanda , yang sekitar jalan tengah pun tegur dia Shankar pulak jenis hafal surat khabar atau roti apa yang dibeli oleh orang yang selalu singgah kioks.
Hari ni Ning Ina yang jadi tea lady balik semula bekerja selepas bersalin siap berpantang balik Indonesia , selama 2 bulan dia tidak ada air Ning lain bawak memang tak laku , payau je rasa , aku terus boikot , tadi aku tengok semua cubicle pesan air , keadaan seperti 2 bulan lepas .. btw air tea time ni free company bayar.
Mereka immigrant di bumi Malaysia , mencari sesuap nasi demi mengubah cari hidup di negara sendiri , tapi kejujuran , keikhlasan serta Public Relations yang bagus membuatkan mereka di sukai ramai , bayangkan sebelum Ning Ina balik orang buat selamba je kalau tea lady masuk ... jadi hilangkan prejudice kita tak semua pendatang jahat , orang jahat ada di mana - mana, yang penting kita kena sentiasa berdoa . Sebab aku selalu imagine , ditakdirkan Allah aku sambung belajar atau bekerja di negara asing bukankah aku juga di cop foreigner dan lebih teruk lagi immigrant? apakah aku mau dilayan sebagai manusia kelas ke2?
No comments:
Post a Comment