Saturday, March 3, 2012

corat coret Himpunan Hijau 2 : Kami tidak mahu berlaku penzombian

Pendahuluan
*Bear in mind , i wont talk bout lynas , thorium by product since that will do in other en3 
-aku tahu dari mkini , ada niat nak pegi tp nak pegi dgn siapa? stay ke tak stay ---pergi sebab aku benci pencemaran dan yang nak cuba bagi dunia dah tenat makin nazak .
-pada mulanya angan utk pergi dgn bas pagi dan balik, seorang diri sbb tahu setiap perhimpunan boleh dpt kawan cuma aku perempuan nak dpt grant parents susah
-satu hari cerita dkt Aiman (adik aku yg1) dia kata jom , dia drive --mula kumpul adik adik yg lain dan cukuplah kami ber4 , book hotel and yeah ---Himpunan Hijau 2.0 , MPK2 , Kuantan Pahang
-bila ke kuantan , dia boleh timbul sebab kedua ---dah lama x jalan di kuantan which is lepas graduated back in 2008
-setiap hari update pasal HH2 , bila start tukar padang ni aku dah pelik , main skrip lama ke? tp aku ckp dekat adik aku ada permit /takde permit langgar --niat kita solidariti utk antilynas , msia ni kecik, kalau kena semua sekali kena, chernobyl tu pun satu kesatuan soviet yang besar ngeri inikan Malaysia besar semut bagi Russia.



Hari Berangkat ke kuantan
-bertolak kami adik beradik agak lewat sekitar jam 5 , almaklum semua ada kerja /aktiviti msg2 --nak pergi kawan tunangla , program itu ini la --dengan berbekalkan mangkuk tingkat nasi dan lauk dari mak aku (jimat, jimat!)
-sepanjang jalan update traffic /twitter --takde jalan tutup dalam hati , Alhamdulillah sebab no roadblock means darjah worry tu turun 50% , kami sampai sekitar jam 8 terus ke hotel -solat jamak dan isi perut dulu dgn bekalan makanan dari mak aku
-1st destination :Ana Ikan Bakar Petai, Tg Lumpur - mmg aku rindu ikan bakar n sotong celup tepung dia yang aku kira masih tak terlawan tempat lain , penuh manusia nasib kami dtg dpt tempat , orang PAS , orang antilynas dah siap2 pakai baju dan penuh --aku rasa mlm tu ana ikan bakar mau dpt berpuluh ribu
-2nd pegi Telok Chempedak (TC) since kami stay dkt hotel di Jalan Teluk Sisek jadi nak ke TC mmg dkt, waktu nk gerak ke tg lumpur tu kereta TC congested rupanya Anwar sampai 10.30pm , jadi time kami TC alhamdulillah jln lengang --- beli shade Aiman , baju tshirt Lynas kami bertiga .
-Duduk dlm sejam lebih , sebab akmal (adik 4) join halaqah liberal = occupy TC which discuss on lynas issue, mrt and many more
-Kali pertama tengok TC padat dengan orang yng semenggah , beriltizam dn bukan rempit rempit yang patut kena paduk dengan JAIP , mmg happening mlm tu
-sebab nak cari bank , kami menjumpai Padang MPK4 tanpa sengaja ..yeeha sejalan je dari hotel , hari tu none of us bawak GPS and HP pun bengong nak cari satellite jalan.


                                  Sila terliur --serious sedap dgn aroma petainya


Hari Himpunan Hijau 2.0
-pagi solat subuh , sambung tidur balik , pukul 7.30 siap siap utk sarapan , dari tingkat 2 hotel , bunyi helicopter dah tahap kata , bangun ayuh menuju ke padang , kecut gak perut mula2 tu yelah non stop helicopter tu berlegar sekitar kawasan hotel ke padang --dlm kecut perut aku menyantap sarapan 5 pusingan (terfikir kalau kena tahan satu malam , aku dah kenyang , hahaha). ramai yng sealiran di dalam hotel yg dijumpai sewaktu check out dan makan.
-garam siap dalam pocket , mmg polis bagi jaminan , tp persediaan perlu , kasut sukan dan air secukup rasa.    Dengan iringan doa dan berbekal sayup sayup helicopter pemantau
-parking kereta sikit punya jauh dan sewaktu parking satu rombongan tengah berarak --kami join skali supaya cepat sampai ke padang , aku interval kejap ke tandas (padah 5 pusingan makanan) kena ingat sebab ke tandas lah cousin aku terlepas kena tangkap waktu bersih2 hari tu.
-sampai padang crowd dah ramai , kami ke depan makin ke depan , dpt port tengah di kanan , dengan kiri kanan melayu cina india orang asal ada , dari muda sampai tua , dari makcik pakcik gaya balik surau sampai gaya anak muda yg street --semua atas tujuan yang sama  , himpunan hijau dan tolak lynas sampai tutup. Siapa kata ini issue Cina? sedangkan keliling kami semua bangsa ada
-Ucapan alam sekitar dari wakil2 NGO : buat kami tahu kisah cyanide di Raub , kisah incinerator di Cameron Highland , kisah high voltage eletric power di Rawang --semua kisah alam sekitar yang mungkin disorok atau di buat tidak perlu tahu .
-menyeronokkan dengan corat coret pakcik baling selipar --pakcik berjaya menyuruh crowd duduk tp tidak berjaya menyuruh seorang wartawan duduk ,ia zaman sekarang kalau anda gedebe tak selipar , ludah mungkin terkena.
-kisah adik ahmad firdaus kehilangan bapa , yang teriau atas pentas utama -glamor adik sampai bila2 dia ingat bila Hisham Rais angkat dia
-kemuncak himpunan dengan hadir Anwar Ibrahim dan pidato penutupnya
-Perhimpunan selama 3 jam itu aman , tanpa gangguan , takde sapa nak bakar tayar dan yang penting kami bersihkan balik semua sampah yang ada atas padang  . Syabas PDRM kuantan yang menunjukkan professionalisme yang tinggi , kan senang kerja kamu just stand there and watch instead of main aci cilut dengan kami semua.


                       Jumlah yang datang 3000 dan cuma satu bangsa -mohon gelak
                              wakil orang asal dan gaya pidato dia saya cukup bangga


ini lepas habis perhimpunan , bersihkan padang 


                                     
                      lepas gambar mesra polis ni , 2x kamu berjumpa polis , ish ish

on the way back
-singgah makan di burger king , tc -- ada sekumpulan melayu tak sedar diri dengan air cik syaitan atas meja tahan adik aku ,maybe sebab nampak baju anti lynas --dialog dia : dik lynas tu apa? kilang baja ke ? adik aku jawab tak rare earth ada sisa thorium , 2nd: siapa bayar kamu --yg ni kami ber4 dah panas , terus adik aku ckp , takde siapa nak bayar , duit sendiri dan terus blah , melayu tahap otak bangang mcm ni dengan kononnya pejuang ummah tp minum arak , bersangka buruk , siapa nak bayar kami? duit sendiri keluar tau tak.
-singgah solat di hentian gambang : memang penuh hijau dan antilynas semua senyum satu sama lain takde satu perjuangan , waktu beli air sorang lagi melayu gedebe nak kena maki --towkey kedai yang badan besar dia ambil surat kabar kosmo yang aku baca online sbb artikel je : "seorang pemimpin di tangkap khalwat" siap dengan dialog "oh , pemimpin himpunan" --brother,saya tak rasa brother universiti jadi kali ni saya nak ckp moralitas pemimpin saya tidak ada kena mengena dengan our main point which is reject lynas ...faham ye
-sampai KL jam 5 petang , Alhamdulillah dan kami puas ...sekian catatan saya

*himpunan hijau antilynas bukan kisah politic , ia adalah masalah dan kesedaran alam sekitar , nak suruh saya paste journal kajian ke apa bukak FB dan Twitter saya ataupun google sendiri berlambak. Issue ini issue sejagat sebab kesan dia untuk semua . Jangan duk gedik kata kau tak kena sebab Malaysia ni kecik , indonesia ye --acheh tsunami , medan selamat , tp Penang tsunami kesan sampai tg karang bukan?

p/s: AA ---sata kemaman?



          sila tolong brother ni , cinta hatinya di bawak lari yusry


simpati juga dengan saya kerana en3 terpadam lebih 5x 

No comments: