Sunday, February 5, 2012

Buku Jalanan - membenih ilmu dan mengakar pengetahuan

Mulakan dulu dengan ucapan salam maulidur rasul selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ,semoga kita beroleh syaafat darinya di akhirat kelak ..bagi aku keberuntungan hidup di dunia itu adalah puncak maksimanya jika aku diterima sebagai umat nabi muhammad dan beroleh syurga Allah. Jadi jangan berhenti berusaha tanpa jemu.

       Sebab aku hutang dengan diri dan tak berhutang dengan org bila aku tengok viewer alahai mcm aku je syok2 klik banyak kali blog sendiri aku nak cerita pasal keluar dari S21 phnom penh adik aku mengigau malam tu. Mungkin hantu pol pot dtg, tu saper suruh kau naik lagi block C aku dah kata block tu mcm puaka .. tp bila pikir balik episod jalan jalan di kemboja tu lain kali boleh cerita sebab dia hikayat 1001 malam , penuh dengan kisah duka lara bangsa khmer ..jadi disebabkan aku rasa cerita kemboja ni boleh buat mood aku yg tengah nak bercuti ni terkesan aku nak tulis pasal buku jalanan.

           maaf ini cara aku tulis bebel isu lain baru bukak cerita sebenar , kalau tak suka baca tekan syntap tanda "X"  kerna itu lebih jujur .

           Maka , buku jalanan ini hasil usaha anak anak muda yang cuba menarik minat masyarakat agar mengimarahkan kembali budaya membaca dengan bahan bacaan yang berilmiah. Menarik bacaan dari golongan kanak2 hingga golongan dewasa tanpa batasan umur, gender, ras , warna kulit, agama dan ideologi. Diadakan setiap 2 minggu sekali (hari sabtu , jam 5-7 ptg) dengan edisi pertama pada hari penghormatan buat semua warga TUA tanggal 1/10/2011 dan diadakan di tasik shah alam seksyen 2 , depan tempat kanak2 bermain serta bersosialisme secara sihat di alam ria kanak2. Juga buku jalanan ini menampilkan konsep pinjaman selama 2 jam untuk bacaan dan kalau nak pinjam dlm 2 minggu tu kena isi borang (kalau salah tolong betulkan balik ya koordinator) secara percuma dan TIADA bayaran dikenakan. Selain daripada itu, aktiviti conteng conteng yang di khaskan untuk kanak kanak seperti mewarna , membuat cop catan dan lukisan idea --seriously , i've learnt a lot from them when they come out their masterpiece ..yes budak2 tp idea mereka luar jangkaan kita yang dewasa. bila anak2 ini diasuh dengan mengembangkan bakat bakat terpencil mereka it helps them to generate their critical thinking , explore the new  idea without boundary and make them aprreciate their talent (dah ckp omputih pulak)

jadi ini random picture of buku jalanan yang ke 9 semalam tanggal 4/2/2012 : yang lain anda boleh layari : facebook http://www.facebook.com/pages/Buku-Jalanan/159104564177897 dan ini sedikit gambar dari yang latest :
antara bahan bacaan yang disediakan

Kanak - kanak mengasah bakat dan imaginasi
anda boleh datang seorang diri ataupun berkumpulan kerna yang penting niatnya tetap satu ---membaca buku
Berbesar hati dengan mahasiswa ini yang turut sama hadir , anda tak kenal siapa dia tanya google


ayat adik  :  dia abang yang dalam youtube itukan?

No comments: