Saturday, January 28, 2012

GIE dan FILEM KITA , WAJAH KITA


Usai menonton Gie untuk kali kedua .. naskah riri riza yang aku tonton tahun lepas , siapa GIE --- SOH HOK GIE , seorang bangsa tionghua, orang Indonesia yang berjuang sewaktu zaman Sukarno. Fakta kedua sewaktu berjuang dia mahasiswa UI -universitas Indonesia, idola AA dan ribuan aktivis yang berjuang menentang kemunafikan dan cuba mengasingkan diri dari patuh dari pencabulan hak2 manusia

Cukup hari ini aku tak mahu cerita pasal revolusi, aktivisim dan demonstran walaupun baru lepas download catatan seorang demonstran --diary hidup Gie . Lepas menonton suatu yang aku meluat dengan filem Malaysia setelah aku gagal google dlm 10 tahun terkebelakang ini kali terakhir Malaysia menang Festival Filem Asia . Indonesia mengungguli 2006 dengan cerita Gie dan 2009 dengan Laskar Pelangi ... Malaysia berbangga dengan mutu Magica with tagline semuanya mampu dihasilkan dengan kuasa Magika --maaf ckp mcm dah jatuh syirik kecil je sebab yang mampu ke atas semua benda hanya kuasa Allah.

Jadi ini print screen twitter aku membebel tentang filem malaysia yang aku nampak adalah sedikit dasar peduli masyarakat ialah Nasi Lemak 2.0 , estet , yang lain keuntungan semata mata ,,,, bila agaknya filem malaysia mampu membuka jalan menyedarkan minda dari hedonisme?






No comments: