P Ramlee berkata dari kerana mata yang mempunyai kuasa
Aku pandang tepat dan tajam ke arah matamu
yang ku lihat ia sudah pudar cahaya
kamu memandang kosong tp penuh cerna minda dgn strategi seterusnya
kamu gelak , tapi siapa tahu jika hatimu menangis
kamu tersenyum , tapi siapa tahu jika resah gelisahmu rawan tak berpenghujung
kamu memandang, tp siapa tahu apa yang kamu rindukan
aku dari jauh hanya mampu melihat
dan terbias beban kau menanggung seorang diri
buat si pemilik mata ---berjuanglah agar satu hari sinar matamu kembali cerah
bukan layu dan sugul seperti hari ni tatkala kekebebasan mu sudah mula hilang
tatkala hidupmu bukan lagi seperti kami
buat sipemilik mata
yakinlah di hujung sana masih ada sinar keadilan
yang akan mengembalikan semula matamu yg dulu
No comments:
Post a Comment