13 october 2013 , jam 11 malam , Kuala Lumpur Sentral, Ahad.
Mesej dekat telefon sudah bertalu talu, dari airport Lcct sampailah saat tba di kl sentral. Dari arahan, tolong ambil samping tertinggal, nanti jangan lupa ambil rempah kari dalam plastik, tolong balik cepat , ambil bakul dan lagi lagi. Kami (aku, nina dan syauqi) ke Sarawak pada 12 -13 October menghadiri kenduri kahwin kawan nina. Kenapa aku dapat mesej bertalu talu sebab sebahagian ahli keluarga sudah di hometown ibu kerana pada hari Selasa (15 october 2013) ialah hari raya haji serta Nina+syauqi enggagement day. Maka , aku yang ambil cuti Isnin ni memang kena jadi tukang prepare, kalah orang yang bakal bertunang yang masih bekerja.
Nak jadi cerita, hari itu pukul 11malam, adik lelaki kami yang ambil dari KL sentral ke Rawang (hometown mama). tapi nak jadikan cerita, lepas sahaja naik escalator dari tempat bus shuttle Lcct-KL Sentral berhenti, ada seorang wanita lari mengejar kami. Pandang belakang minah Kpop cun macam pelakon Korean series, menunjukkan handphone dia dengan skrin retak seribu.
minah kpop: do you know where to take Konsertium bus ( ada slanga korea)
aku: (kelam muka) bus, i think its in puduraya or TBS not here.
minah kpop: how to go there?
aku:(macam mana nak cakap sebab mana ada public transport selain taxi) erm ... u need to take taxi, but....(dalam hati terfikir, akmal adik aku suka kalau aku tumpangkan minah cun) , if you trust me, would you dont mind if we send you to bus station?
minah kpop; ok ...
aku pulak time terfikir , confident minah ni follow aku, tapi kalau aku pun dalam keadaan dia aku buat benda yang sama. tawakkal je
Dalam kereta, aku call syarikat bas, terima kasih angkat call walaupun suara mengantuk. rupanya bukan puduraya tapi Terminal Bersepadu Selatan dekat salak selatan sana. bas minah kpop aka Hye June Jo, yang kami temuramah dalam kereta Jam 11.50, waktu tu jam sudah 11.30. adik aku pulak tak sure jalan ke TBS , kami nekad wajib sampai jam 11.40 paling teruk, Alhamdulillah tiba 11.40 berdasarkan agak agak sebab bateri phone ada Gps out. tak masuk parking, berlari kami berdua dan akmal just drop out kami . Paling kelakar waktu tu dalam kelam kabut aku keluar kereta, terburai habis baju sekali boxer akmal sebab tercampak sama. terpaksa mengutip tepi jalan.
akhirnya HyeJune berjaya dapatkan tiket bas , setelah ticket confirm dia ucapkan terima kasih dan esoknya di facebook dia ucapkan lagi terima kasih sbb dia dapat seat exam pukul 10 pagi. Hye June ni pertukaran pelajar satu semester antara Seoul University -National University Singapore, political science student. tapi waktu tu kami tinggalkan satu pesanan : Hyejune , pray that once we are in your country there will be people help us . dia senyum dan angguk, itulah moment perpisahan kami.
Hyejune , i just want to tell you. your pray answered by Allah, we met good people who willing to help us when we are in South Korea.
No comments:
Post a Comment