Jam 6.50 pagi :sudah menunggu di stesen Monorail, walaupun station KL SEntral belum lagi ramai, tapi setiap hari memang dia datang pejabat awal , bagi Adlina Anisa , sampai awal bermaksud di tenang membuat tugasan dan mood masih under control bila tengok email petang/malam semalam yang membawa tekanan tahap tinggi. Lagi satu Adlina memang dah janji dengan partner breakfast dia si Lela yang akan naik train di stesen hang tuah. Ok cop dia ada sebab ketiga, naik train awal bermaksud peluang untuk duduk tinggi maka bolehlah si Adlina ni duduk sambil membaca Al -mathurat yang menjadi makanan rutin rohani setiap pagi, kalau lepas subuh biasanya tak sempat sebab mahu bersiap, jadi bacaan yang diamalkan oleh Rasullah dan disusun oleh as syahid Hassan Al Banna ini hanya dapat dibuat waktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Bukan tak boleh baca sambil berdiri cuma dia rasa kurang selesa dengan mata melihat, sebab biasanya Al mathurat yang dibaca dia sorok dalam beg,jadi orang lihat dia seperti tengah melayari internet guna phone,
Tengok Adlina Anisa mampu memberi alasan naik monorail jam 6.50 petang dengan jitu. Sebab itu dia bertugas sebagai pegawai penganalisa risiko kesihatan atau dalam bahasa Mat Sallehnya Medical Underwriter. Kerjaya yang menuntut dia membuat cerita karangan kesihatan pelanggan dengan analisa tepat bukan analisa syok sendiri kata ketuanya. Menjadi eksekutif Melayu di dalam syarikat insurans antarabangsa dan rakan kerjanya majoriti bukanlah bumiputera. Bagaimana Adlina bekerja dalam kelompok bukan satu bangsa tetapi masih mampu berdaya saing , bila tanya dia jawab pertama tunjukkan anda mampu buat semua tugasan, kedua anda kreatif dan show your participitation dan akhir sekali jaga hubungan dengan Maha PEncipta. Hubungkait hubungan dengan Al khalik dan tugasan kerja yang juga satu ibadah ni nanti akan dia terangkan di waktu sesuai.
Relatifnya Adlina ini punya apa yang anak gadis 15 tahun mahu waktu di Sekolah menengah sambil menonton drama Melayu iaitu ada kerjaya tetap , ada kenderaan , ada duit pergi shopping, makan sedap dan melancong. Cuma Adlina belum lagi tiba masa untuk ditemukan dengan pemilik rusuk kiranya dan sekarang ini dia perlukan pemilik rusuk kiri untuk impian ke Mekah dan ikutilah cerita bagaimana Adlina mencari ya ...kalau minat nak tahu ..kalau tak minat siapa suruh baca cerita ini. Bukan tidak boleh ke Mekah dengan abi cuma yang ini dia ada impian yang dia dan rakannya si liya idamkan. ...mari mengembara cerita yang akan ke depan kebelakang ikut mood penulis juga.
No comments:
Post a Comment