Sunday, May 19, 2013

Tergantung pada amalan

Hari semalam ada panggilan telefon dari rakan abah , perbualan dia semalam sewaktu rakan abah ini ke program agama, ada seorang pelajar dari seberang yang kesedihan kerana dihalau dari rumah sewa walaaupun sudah bayar deposit rumah. budak ini kelihatan termangu mangu mencari teksi tanpa arah destinasi. rakan ayah saya membawanya ke kelas pengajian agama dan collection RM2k dapat dikumpulkan. ok , rewind sikit budak ni dah byar sewa rm900. rakan ayah saya ini bawa pelajar perempuan tersebut bermalam sehari di rumahnya sebelm pelajar ini dpt rumah sewa. Alhamdulillah, ayah saya berjaya hubungi rakannnya yang merupakan pengetua kolej kediaman di universiti pelajar itu sendiri belajar dan memberi jaminan malam ahad boleh duduk kolej. ok sebab dia kena keluar rumah kerana tuan rumah itu menipu dan beri bilik sewa pada orang lain walaupun sewa sudah bayar.

hari ni saya dan ayah hantarkan ke kolej kediaman yang tidak jauh daripada rumah kerana rakan ayah arahkan fellow kolej untuk menyerahkan kunci bilik kepada pelajar itu. memandangkan dia dari Aceh saya tanyakan tentang kisah tsunami . Alhamdulillah keluarganya semua selamat. waktu kejadian rumahnya terletak di lokshuemawe , 10 minit dari pantai. pada gempa pertama ayahnya sempat melihat rumah kejiranan yang musnah dan digempa kedua ayahnya , dengan mengendong adik dua orang serta ibu berlari ke masjid. dia pula ketika itu berada di pesantren di banda aceh, pada kejadian gempa pertama ayahnya sempat menghungi dia supaya tidak keluar dari pesantren. namun pada gempa kedua berserta Tsunami dia terus tidak dapat hunbungi lagi keluarganya. keesokan hari, risna nama pelajar ini dan kakaknya yang belajar di yogyakarta dan terus pulang bila mengetahui krjadian terpaksa menunggang motor dan berjalan kaki dengan laluan hitam semalaman, lagi satu jambatan yang menghubungkan aceh serta loksumawae telah musnah sama sekali. sampai di kampung rumah mereka selamat dan hanya pagar rumah musnah.

maka aku bertanya, apa amalan. keluargamu yang Alhamdulillah selamat dari bencana , katanya ayah setiap hari  khamis buat tazkirah. lagi satu ikhlas sbb ada berlaku sebelum tsunami ada orang mintak derma dan merka memberi katanya si tua yang meminta derma ini mendoakan rumah yang memberi derma selamat (i told myself kuasa Allah sahaja yang boleh mentakdirka sesuatu.). dia kata ayah memang kearap buat program agama.

maka saya rasa kita kena ikhlas sewaktu menderma tanpa mengira hal hal prmyebab suuozon. selain kita kena hidupakn majlis ilmu serta aktiviti agama yang beri tarbiah buat semua. maka sentiasa belajar dan menjadimikhlas tanpa meminta balasan.


Saturday, May 18, 2013

Bab 1: mencari suami untuk ke mekah

Jam 6.50 pagi :sudah menunggu di stesen Monorail, walaupun station  KL SEntral belum lagi ramai, tapi setiap hari memang dia datang pejabat awal , bagi Adlina Anisa , sampai awal bermaksud di tenang membuat tugasan dan mood masih under control bila tengok email petang/malam semalam yang membawa tekanan tahap tinggi. Lagi satu Adlina memang dah janji dengan partner breakfast dia si Lela yang akan naik train di stesen hang tuah. Ok cop dia ada sebab ketiga, naik train awal bermaksud peluang untuk duduk tinggi maka bolehlah si Adlina ni duduk sambil membaca Al -mathurat yang menjadi makanan rutin rohani setiap pagi, kalau lepas subuh biasanya tak sempat sebab mahu bersiap, jadi bacaan yang diamalkan oleh Rasullah dan disusun oleh as syahid Hassan Al Banna ini hanya dapat dibuat waktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Bukan tak boleh baca sambil berdiri cuma dia rasa kurang selesa dengan mata melihat, sebab biasanya Al mathurat yang dibaca dia  sorok dalam beg,jadi orang lihat dia seperti tengah melayari internet guna phone,

Tengok Adlina Anisa mampu memberi alasan naik monorail jam 6.50 petang dengan jitu. Sebab itu dia bertugas sebagai pegawai penganalisa risiko kesihatan atau dalam bahasa Mat Sallehnya Medical Underwriter. Kerjaya yang menuntut dia membuat cerita karangan kesihatan pelanggan dengan analisa tepat bukan analisa syok sendiri kata ketuanya. Menjadi eksekutif Melayu di dalam syarikat insurans antarabangsa dan rakan kerjanya majoriti bukanlah bumiputera. Bagaimana Adlina bekerja dalam kelompok bukan satu bangsa tetapi masih mampu berdaya saing , bila tanya dia jawab pertama tunjukkan anda mampu buat semua tugasan, kedua anda kreatif dan show your participitation dan akhir sekali jaga hubungan dengan Maha PEncipta. Hubungkait hubungan dengan Al khalik dan tugasan kerja yang juga satu ibadah ni nanti akan dia terangkan di waktu sesuai.

Relatifnya Adlina ini punya apa yang anak gadis 15 tahun mahu waktu di Sekolah menengah sambil menonton drama Melayu iaitu ada kerjaya tetap , ada kenderaan , ada duit pergi shopping, makan sedap dan melancong. Cuma Adlina belum lagi tiba masa untuk ditemukan dengan pemilik rusuk kiranya dan sekarang ini dia perlukan pemilik rusuk kiri untuk impian ke Mekah dan ikutilah cerita bagaimana Adlina mencari ya ...kalau minat nak tahu ..kalau tak minat siapa suruh baca cerita ini. Bukan tidak boleh ke Mekah dengan abi cuma yang ini dia ada impian yang dia dan rakannya si liya idamkan. ...mari mengembara cerita yang akan ke depan kebelakang ikut mood penulis juga.

Sunday, May 12, 2013

mencari suami untuk ke mekah

     
chirpy_chummy : mana nak cari jubah chantek tu, dkt bangi RM150, kalau dkt mekah bwh 100 , dengan tulisan bawah 140 aksara supaya dapat di sumbat dalam susur masa ...kicauan mungkin di baca , mungkin tidak , probability 0:1 ...
@nisafromkl  @chirpy_chummy : mohler kita ke mekah kak oi  ...see probability 0:1 dibaca kawan aku panggil dia along --(along said in the heart : aku teringin nk pegi lagi)
@chirpy_chummy : along , sekarang pegi mekah kena ada mahram
@nisafromkl : cari suami , atau mahram jadi peneman , bertinggut tunggu umur 45 tu , selain doa panjang umur.
@chirpy_chummy :mana nak cari suami , kau dah dpt?
@nisafromkl : tak , jom cari sama sama - cari suami untuk ke mekah


**************************
baru intro ---cari suami untuk ke mekah .... awal2 kena ckp terus terang ada sangkut dengan yang hidup dan telah pergi , fiction tu ada sbb jalan cerita manusia yang reka ... kisah perjalanan dua wanita dalam cuba mencari teman pendamping /imam in life+ akhirat whatever between  dan paling penting boleh dibawa menjadi mahram yang melepaskan diri lepas ke tanah suci dan dekat visa status : mahram -- zawaj  , sebab tahun lepas mereka berdua  guna mahram yang memang lesen besar punya mahram --abi , bangga habis kot sebab bersama abi masing masing untuk ke tanah suci , cuma kalau tahun hadapan dapat naik status ke mekah dengan hubby pun seronok jugak kan?

                                                     kredit kepada :sini

happy mother's day

to mama
ibu yang melahirkan sbb aku ni kira susah gaklah lahir dgn konsep forcep n vacuum
merangkap pendoa setia utk semua anak
consultant baju kami yang buat saya kata , jimat duit gaji aku
tukang masak kelas satu dlm keluarga juga keluarga besar --mak lang masak sedap na
banker hujung bulan aku gak ..dgn ayat , kamu keje ke tak , dgn jawapan :org bayar balik
dan semua aspect aspect lain
anda ibu terhebat , moga sentiasa dlm limpah rahmat dari Allah

to atok ani
nenek sebelah abah ,
semoga kamu sentiasa sihat dan dapat beribadat

to wan
how shall i start
i miss u deeply , really miss u
miss your cook , miss nk mengadu org pening kepala, lenguh badan n nak demam -even tahu wan akan jawab tu ada panadol tp nk mengadu gak
missing your smile , your spirit of travelling , your sharing story in current situation
rasa hilang seorang yang banyak berdoa utk semua cucunya
wan , tak sempat jumpa siapa bakal bersama orang , which orang pun belum tahu siapa
may you;re happily in ALLAH's jannah
pergi kamu mengingatkan kami di dunia : setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan Allah itu perancang terbaik

untuk semua ibu di luar sana
selamat menjadi ibu yang besar pahalanya
selamat hari ibu