Cuma hari ini saya ingin menceritakan bahawa university ini ada prestigenya sendiri. Ia bukan boleh dijual beli sesuka hati (maaf lagi sekali saya tidak tahu menahu kisah doctorate first lady dan biarkanlah ia disitu) .Kali pertama saya sampai ke Curtin University pada musim bunga 2004 sempena majlis konvokesyen pakcik bongsu saya . Pakcik saya tidak berkuliah di Curtin , tetapi di university lain namun adatlah semangat Malaysia menyokong pelajar Malaysia di bumi Perth itu tinggi ..direkodkan ramai pelajar di empat universiti samaada tajaan MARA, JPA dan Petronas mahupun persendirian --Curtin Universiti, Murdoch Universiti , University of West Australia dan Edith Cowan University. Apa yang menarik di Curtin Uni ini , ada dua perkara yang saya masih terkesan hingga hari ini :
1.Pasar Malam
Rakan rakan pasar malam bukan merujuk kepada pasar setiap minggu tetapi Jualan sempena pesta convocation , dekat bumi Kangaroo ni sebulat suara baik dari Hong kong , Thailand, Singapore , Indonesia, Brunei dan Malaysia memilih Pesta Jualan Konvokesyen dengan nama Pasar Malam ...dan saya bangga kerana bahasa Melayu diguna pakai . Cuba tengok pesta konvokesyen universiti tempatan ? ada letak pasar lambak, atau apa apa nama kreatif Melayu ---ia anda tengah mimpi semalam di pinang putera bulan sebab semua nak canggih Convest , Convex , Confest hamoih semua nak mat saleh --tp uni malaysia , student 98% rakyat Malaysia . Saya tanya pada salah seorang student di situ kenapa Pasar Malam --jawapan mudah sebab semua negara Asia ada nite market dan ramai pelajar nusantara jadi namakan saja Pasar Malam ,mudah sebut. Lagi satu pada malam persembahan ada dikir barat , cuba kamu semua check tapak konvokesyen dekat Malaysia kalau takde live band dari student itu bukan pesta konvokesyen katanya dikir barat , cak lempung tu lain program boleh buat.
--gambar diatas adalah gambaran sebenar pesta pasar malam , saya yang pada minggu itu sudah 4 hari tak dpt makanan Malaysia melantak nasi goreng sepuasnya ---memang dasar perut melayu kau ni.
--gambar diatas adalah gambaran sebenar pesta pasar malam , saya yang pada minggu itu sudah 4 hari tak dpt makanan Malaysia melantak nasi goreng sepuasnya ---memang dasar perut melayu kau ni.
2.Pagar
Waktu memasuki kawasan hadapan universiti ayat pertama pakcik saya : cuba tengok kami di sini tiada pagar hadapan yang besar dan tak ubah seperti penjara --- serius saya belum faham significant dia berkata begitu ..yang saya ingat saya jawab :okaylah ada pagar , pencuri /penjenayah susah masuk , kawalan ketat.
Ambik kau Kawalan KETAT --asimilasi ilmu pun ketat jugaklah kan? Curtin uni itu sendiri ada 2 bank yang ATM dia 24 hours mcm dekat Malaysia , setelah 8 tahun saya mendapat satu simbolic untuk synical tiada pagar itu dengan membawa cerita hari ini tentang kebebasan akademik .. sila nampak sebuah universiti terbuka menerima tetamu , ibarat terbuka menerima ilmu ... tetapi di Malaysia , anda di sekat pada pintu pagar utama , kena letakkan IC , lesen dan segala bahan bukti , bukan itu saja dasar kejujuran dicurigai dan terpenjara dalam gedung Ilmu .. terperangkap dlm ideologi anda benar dan mereka di luar sana salah .. mungkin itu yang cuba disampaikan oleh pakcik saya ketika mempersoalkan kenapa universiti malaysia sibuk bina tembok pemisah setinggi mungkin
Apakah universiti kita suka dilihat satu badan esklusif dimata masyarakat dengan pagar besar mereka? memisahkan dunia akademia pada masyarakat sekeliling? dan bukankah hidup pelajar itu saling membantu dengan yang lain ---saya tiada jawapan di sini dan memerlukan jawapan
akhir sekali (ni nada buat karangan BM ) , saya harap jangan anda pertikaikan rakan rakan graduate dari Curtin Uni , mereka tidak sama dengan kisah Phd . Cara mereka belajar sama macam kita berhempas pulas demi segulung ijazah untuk memajukan diri dan anak bangsa . Sebenarnya saya suka sekeliling universiti ini selain disini adalah lokasi solat jumaat umat Islam di Perth.