Tuesday, June 29, 2010

In the Memory Of ...

Bukit Bintang Girl School (BBGS) turn to Pavillion





St mary Girl School turn to St mary residence (the construction still in progress until today)





I 'm not anti development ...because of the development all of these old school building need to sacrifice. In the name of development , the education system cannot be conducted in the such kind of places. The valuable land in kuala lumpur, they need to move.


The fate of listing will go on and on .... pudu jail , and maybe who knows the next fate to CBN , ST JOHN , Victoria Institution and the list never stop ....




Thursday, June 24, 2010

ibarat nonton sinetron


Semalam, dia di atas ..memegang pemerintahan negara bergelar polis ASIA ..dan tadi dia sudah hilang kuasa


Dilumpuhkan kuasa bukan dari golongan pembangkang , tetapi timbalannya sendiri ..seorang PEREMPUAN ...


Kevin rudd , mungkin ampun dan maafmu kepada golongan Aborigin belum cukup membuatkan anda masih berada di atas singgahsana,....


Wednesday, June 23, 2010

if u are so berjiwa rakyat

aku tak faham dan tolong sekarang sesiapa fahamkan


kenapa time 5-7 ptg ...mesti je ada kereta kereta besar dengan dua polis pengiring nak lalu dari jalan raja chulan ke bukit bintang ... tahu tak wahai penghuni kereta besar , jalan tu dah sedia sesak --congested kata omputih , dua lane bleh jadi 4 lane .. boleh tak kamu semua wahai kereta besar lalu time pukul 8.30 ke atas ...Bukan sekali sekala kamu semua buat hal macm itu ..boleh kata dlm seminggu tak kurang dari 3-4 kali.

Ini tidak, dah la lalu waktu sesak, lepas tu paksa kereta kereta ketepi ...kau orang nak suruh ke tepi mana lagi ...dah sesak sangat ...

Kata berjiwa rakyat ..kalau berjiwa rakyat ikut skali rasa sesak dlm traffic kuala lumpur ni. sila dengar , aku hanya kompromi pada ambulan yang bawa pesakit ...kalau kereta besar aku hanya ketepi sehingga pakcik polis tahan dan paksa berhenti.

If you;'re so berjiwa rakyat ...proof it!!!!!

Monday, June 21, 2010

aku harus bagaimana

sebuah penantian yang harus ditamatkan ..adakah aku pemenangnya atau sekadar cemerlang di bangku penonton ...

10 tahun bukan tempoh sekejap ...lama , sangat lama untuk sebuah penantian


U did call me before depart - but you still not choosing me

U did call me when u arrive , but i'm not the one

U rang phone at 3 am to told bout your hectic life ---however, i'm still not the one

U did chitchat bout your terrible houseman 's life ...but i'm not the one

Forever as your diary ....

Wednesday, June 16, 2010

alma mater

my alma mater . proudly to tell others i'm the product of that university. Visited my alma materm ( i do it every weekend actually cause my sis also study in the same uni) , all the memories is fresh like yesterday.

sungguh , aku rindu tatkala sibuk untuk ke kelas. berlari lari antara waktu kelas yang kekadang venuenya memang bleh buat marathon (especially antara core subject dengan university required subject). Saat 2 duit untuk seminggu cukup cukup je kat tangan dan memang kena tahan dari beratur kat ATM sebab nak menjimat. Student lifestyle di bumi taman ilmu dan budi.

Sungguh , saya masih merindui squash court dan swimming pool yang isolated dan khas untuk muslimah. Saat mendaki tangga yang memang mcm dekat batu caves disebabkan mahallah di atas puncak bukit. Bertanggak tanggak untuk makan yang best2 bila memikirkan talian hayat purse yang mengempis.

Memang hari ini sepinggan chicken chop berharga RM5 adalah terlalu murah bagi saya , tetapi adakah saya masih mengatakan murah pada zaman RM1500 dibahagi 4 bulan? Memang hari ini saya mengatakan sepinggan nasi ayam RM3.50 itu terlampau murah , tetapi adakah saya masih mengatakan murah tatkala duit yang diberi oleh ibu ayah + duit ah long berdaftar perlu dibahagikan untuk photostat note, makan 2 kali sehari dan lain lain lagi?? Tapi saat bersusah senang ketika zaman itu lebih manisnya kerana semua kami sama .. masih mampu bergelak tawa walaupun kekangan ekonomi menebal . Kerana ketika itu tidak sekali kepala di senakkan dengan segala utility bil , installment car dan segala macam benda yang memerlukan bayaran ...

Sungguh aku rindu alma mater ku ...the comfort zone for everyone .

Friday, June 11, 2010

aswad atau abyad

Terjemahan kata langsung untuk dua kontradisi warna kehidupan. Hitam atau Putih. Apakah hitam itu selalu saja yang menjelikkan atau warna putih terlampau suci dan tersanjung. Apakah hidup perlu dibatasi dengan dasar apartheid kerana ras warna warna itu.

Hari ini , bersama jutaan penduduk dunia , menonton opening ceremony dari benua yang kali pertama mengajurkan piala dunia -SOUTH AFRICA. Acara pembukaan gilang gemilang dengan tema menghapuskan perbezaan warna kulit. Dalam dunia tanpa sempadan , adakah kita perlu meletakkan tanda aras sebuah kejahilan dengan warna. Laungkanlah anti racism ini , tp ia masih berlaku dimana mana . Ada diantara kita masih menopengkan dia dengan pesta kebudayaan , tetapi hakikatnya masih ada yang diskriminasi kerana warna kulit. Disalahkan kerana warna kulit ---bukankah mengeji dan mencaci warna kulit itu ibarat mengutuk ciptaan Maha Pencipta?

Buat yang masih bertopeng , teruskan menjadi pejuang apartheid kerana buat mereka yang bertamadun : aswad atau abyad bukan lagi perkara penting. Kerana membezakan kita dihadapan yang Khalik adalah taqwa.

Buat penggemar bola selamat menonton --- dan ambillah peluang bangun tengah malam itu untuk bertahajud dahulu dari membuat kopi panas.