Sunday, March 29, 2009

aku pun sukar nak percaya

Ini kisah adik aku ..sukar untuk aku percaya ada guru berkelakuan begini ...

kisahnya bermula apabila pada satu pagi hening di sebuah sekolah kota metropolitan , seorang guru PK HEM memberi jaminan ...sesiapa yang hilang duit , sila buat aduan kepada saya dahulu, sebelum bertindak dengan spot check ...

Dan dijadikan cerita, kawan adik aku kehilangan RM4 ...sekarang ini nilai bawah RM5 mudah di pandang enteng ..tapi bagi sesetengah pelajar ia amat bernilai kerana itulah duit tambang bas dan duit makan untuk stayback ko-kurikulum .... maka reportlah kawan aku ini kepada guru PK HEM yang memberi jaminan tadi ...

Murid A: cikgu duit saya hilang
Cikgu : berapa ringgit ?
Murid A: RM4
Cikgu: awak ingat tak no siri duit tu, kalau ingat baru cikgu boleh tolong carikan ...

........Logik , kerana no siri boleh membantu ...tapi tak logiknya berapa orang dalam dunia ini akan ingat setiap no siri duitnya dalam purse mereka ... no siri tu dahlah panjang .... macamana , guru sekarang diejek dan di pandang enteng oleh anak murid mereka kalau sikap mereka yang pelik dan merapu begini ...

Monday, March 16, 2009

aku ingat accident ...

balik dari senawang ke kl amek masa 4 jam ...biasanya 1 jam lebih dah sampai ...aku ingatkan accident ke apa, lori terbalik ke rupanya banjir di depan upm .... sume kereta pakat masuk 1 lane je .,...jadilah kesesakan lalulintas ....


kete depan tu sebuah bmw yang poyo apabila ingin menyelit di depan kereta tanpa rasa kasihan dan budget ensem ...

inilah gambar banjir depan upm ...ala ladang yang orang slalu buat iklan ke kononnya cm kat new zealand ...

Saturday, March 14, 2009

aku di TAG orang ....



di sebabkan arahan dari tuan caracol yang aku kena pegi folder picture, bukak folder keenam dan kena bukak gambar keenam ....

maka pada gambar ini , di tepi celah tingkap air asia yang membelah awan ketika aku bercuti ke bandung. Aku sebenarnya lemas naik air asia sebab dia terbang rendah... jadi aku nampak je la selat melaka sepanjang perjalanan. Lepas tu sampai je kat bandung, aku nampak rumah rumah rapat rapat dan ala ala kapal terbang ni nak sapu habis sume rumah. Time tu baru aku tahu indonesia ni padat betul ...selain nampak kehijauan sawah padi bukit ...setiap inci zarah dia ada rumah , ada orang .... ialah diakan populasi kedua terbesar dunia .... walau apapun aku ske indonesia ni sebab orang dia agungkan bahasa kebangsaan kemana aja walau dalam keadaan apa sekalipun .... lagi satu, aku suka cara mereka bercakap, dari pak supir kijang, pak supir kojek, pak supir angkot, teller bank prahara, money changer golden mas atau peniaga pasar baru ...bahasa mereka tersusun dan tak macam orang kita melayunya tunggang langgang ....


tuan caracol saya dah buat tag anda ...walaupun saya hanya guna folder picture dalam dvd sebab dah salin dalam dvd...