Sudah berzaman sebenarnya mahu bukak salatus salatin kisah perjalanan yang bermula kerana satu berita di televisyen dan sempena orang lain dah sampai Universal Studio Singapore (USS). Tahap berita itu sama macam berita kami kena pindah dari rumah 100 ini (nak bukak kisah rumah 100 ini rasanya aku kena cari feel, atau sekarang aku masih dalam denial syndrome?). Balik semula pada kisah ini , berita mudah stesyen keretapi tanjung pagar akan di tutup pada 30/6/2011 dan gambar dua pm bererat jabat siap termeterai perjanjian pelan pembangunan kawasan woodland. Tak semena air mata aku menitik , entah aku ni jenis benda lama, historical aku macam jenis sensitif sikit padahal aku graduate biology. Waktu tu satu je tekad aku, sebelum penutupan aku wajib jejak kaki dekat situ, wajib rasa feel kawasan situ dan pukul gambar di situ dengan statement "nanti aku boleh cerita dekat anak cucu cicit (dengan izin Allah dipanjangkan umur,amin ) , nenek diaorang dah sampai situ,". kalau tanya kenapa aku teruja dengan kawasan ini , jawapan dia sila rujuk peta. Cuma kadangkala kita kena terima hakikat , sesuatu itu tidak selamanya milik kita dan laluan pembangunan perlu sebab kawasan itu di dalam negara orang.
sedikit info angkut dari wikipedia yang kalau aku buat thesis siap lecturer aku kejar : copy + paste : "also called Keppel Road railway station or Singapore railway station, was until 30 June 2011 the southern terminus of the network operated by Keretapi Tanah Melayu(KTM), the main railway operator in Malaysia. The land on which the station and the KTM railway tracks are situated was held by KTM on a 999-year lease.The station closed on 30 June 2011 and the Woodlands Train Checkpoint took over as terminus for KTM's Singapore services from 1 July 2011."
Bila sudah dapat ahli sepatutnya dengan sepupu ipar ada keluarga di seberang tambak (jimat cost accomodation), kami mulakan operasi beli ticket pada waktu rehat tengah hari. Berhempas pulas dapatkan bed coach dan berjaya. Buat tempahan online untuk universal studio. Perjalanan agak rileks tetapi rupanya tidur di katil atas untuk wanita macam aku memang tidak , hairan adik aku boleh siap buat assignment. Aku dah rasa macam atas ombak bakal jatuh ke bawah sebab bergoyang. akhirnya , aku dan rakan tidur satu katil dekat bawah (kami straight dan muat je). tak cukup dengan itu boleh pulak engine keretapi rosak dekat dua jam di stesyen kulai yang kalau time tu aku naik bas dah masuk dalam temasik dah. Tapi sebab niat aku , wajib jejak tanjung pagar , aku kira time ni untuk aku qada' tidur sepanjang perjalanan aku bukan tidur sangat. Akhirnya setelah dua jam, siaplah engine dibaiki dan setelah selesai immigration di woodland bergeraklah terus keretapi hingga ke hujung pulau iaitu di tanjong pagar.
nak pegi universal studio next time beli ticket flight atau bas je , ini special kes. time aku pegi 2011 ada banyak lagi theme park tak siap, sekarang rasanya dah complete habis. Tapi waktu aku pegi tu, family yang aku tumpang siap bekalkan aku segala jenis makanan minuman untuk bawak masuk yang kami sorok di celah telekung dengan statement makanan dalam tu mahal.
p/s: lepas tu ada satu lagi dokumentari yang tunjukkan station master tarik pintu stesyen untuk kali terakhir, yang ni aku touching gak ... hati tissue gak aku ni.