Kami berangkat pada hari khamis dan dijangka tiba pada remang maghrib malam jumaat (sama seperti tahun lepas) ..flight saudi air kerusi luas sesuai untuk besar pak arab , tpi makanan serve lembap , nasib sebelum itu sudah ku jamah mc -d , lapan jam perjalanan dan seronok pak arab ada channel hajj jadi kami yang tak habis study atas talian sambung study dlm flight. Aku pulak lepas tu layan rush hour (lagha kamu ni), layan bedtime story , mama n abah dengar quran sambil dah sakinah dicapai ..Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan King Aziz -Jeddah dan dibawa dengan bas ke terminal Hajj . waktu ni ustaz ketua rombongan suruh stay n turun reramai , aku tgk bus dah ada kat bawah , dlm hati since when Malay berjaya lawan arab , dan lepas itu pak arab membebel kami tak turun lagi ...kan aku dh kata , naik je la bus , sebesar flight SV17 tu majoriti dari satu travel agency lain cm aku dulu bercampur2 ... kali ni merasa naik bus compare last year naik crane .
Luckily agency kali ni sudah isikan departure card , jadi kami rilek naik tingkat 2 , almaklum last year aku kat tingkat 1 nasib ada bangla baik hati dia nampak aku takde departure card , dia tolong ambilkan n tolong aku isikan since guna bahasa arablah dan tolong tolakkan wheelchair nenek aku ---bersangka baik dgn manusia tentu ada yang sudi membantu . Kali ni , since aku tahu kena tahan kat atas tu lama , jadi aku suruh mama n abah pergi amek wudu' dulu pastu karang baru aku ...by the time tunggu kat kerusi tu , ramai yang jual simcard especially bangla yang jadi domestic worker ..aku nasihatkan BELI je dari diaorang sbb simcard Friendi tu aku dpt Saudi Riyal 50 dan dalam tu ada 50 ..kalau kamu beli dekat madinah/mekah SAUDI RIYAL 30 dlm tu 10 ..jadi better beli ngan mereka cuma for those who want to access ipad sukar sikit unless cuba tanya if they sell 3G simcard.
Mama n Abah habis solat , baru aku gie solat, sesak tandas dgn jemaah msia dan aku amek wudu' di singki , lepas je aku bagi salam , dia dah panggil jemaah msia turun bawah , n kami bertiga agak lambat sbb aku nak kemas barang solat tadi ..tips di immigration Arab , alhamdulillah dua kali aku pergi takde kes dia buat derk ,banyakkan selawat dan senyum walaupun muka diaorang mcm wardar penjara . Alhamdulillah settle immigration , beg dah menanti , mcm tahun lepas aku tunggu beg tahun ni beg dah tunggu aku , terus keluar tunggu bus ...time ni aku ada rasa stress sbb ketua rombongan tak reti bagi arahan yang semua bus dah sampai , dia kata group 2 je padahal semua group dah tiba --kami 160 orang ada 4 bus semuanya.
Tapi kesian lihat mak cik mak cik tua kena angkat beg sendiri , nasib aku , abah n mama quite energetic , as usual melayu malaysia tak kira di mana ada gak yang angkuh ...dey , lu mau pergi tempat ibadah bila kami senyum bagi salam jawab dengan baik la ...okay manusia mmg cmtu ... Kami singgah di satu tempat lupa nama ..utk makan malam dan diperkenalkan dengan mutawif ust Amin Rahmat ...maka bermula kembara kami ..itulah kadang2 aku rasa kalau kita lepaskan mak pak tua gie umrah kena cekal n mereka masih kuat sbb kat sana semua buat hal masing2
mama took the photo --landing at jeddah
ini starter bag je ... --airport haji ,time haji dia busy la
No comments:
Post a Comment