sungguh aku sudah letak harapan kosong waktu cuaca sampai ke 27 darjah celcius,
macam pasrahnya aku tentang hal lain, begitu juga pasrahnya aku dgn cherry blossom sakura ini.
Tapi rencana Allah untuk hambaNya ini berbeza,
sewaktu titik pasrah terakhir dan aku memujuk hati dengan berkata, banyak lagi kuasaNya, ciptaanNya yang boleh aku tgk disini
Di Kyoto , station keretapi Hanazuno - rimbun sakura muncul, bukan satu dua pokok, tapi banyak pokok. Alhamdulillah.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kau dustakan?"(ar rahman:78)
Dengan kyoto yang damai dan membuai, dengan station keretapi yang mirip maksud husnuzon iaitu bersangka baik.Bersangka baik kepada pencipta, InsyaAllah pasti yang terbaik diberikan.
-------------
kisah kau dan aku sama
sewaktu aku berkira kira membuat kamikaze yang boleh menjatuhkan mungkin maruah agungku
sewaktu aku sudah turunkan paras kredibiliti yang aku ada dan sebelum dirobek
kau datang, sungguh waktu itu kau hadir seperti biasa, menjawab soalan berbentuk undang undang,
akukan suka tanya tak kira masa,
tapi kali ini soalan survey membina rumahtangga bahagia, kau memang bijak, tangkas bagi ide.
ialaha pada umur sekian jika mahu bernikah dan aku kira siapa sahaja yang sudah set di kepala mahu bernikah dalam sibuk manapun pasti mampu bagi jawapan sbb itu tanda aras boleh menjadi pengemudi atau tidak,
masakan mahu bernikah tapi apa yang kita faham tentang rumah tangga bahagia pun gagal dijawab walau dlm sesaat, aku rasa harus semak mahu bernikah atau bersuka ria?
seperti biasa otak cerdas kau ,
kau kata kau baru je solat di masjid aku sudah tanyakan tentang rumah dan tangga , apakah itu hidayah Allah?
aku biarkan jeda soalan tanpa jawapan
aku bangga ada kawan , muda lagi sudah memegang tampuk institusi kehakiman negeri.
paling indah kau mula memberi kata , yang aku kira sandarkan saja segala pada yang Maha Menguasai :
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
inilah bait yang kau puitiskan untuk aku... jeda umur kita dari sekolah menengah, foundation , main campus tidak ditemukan padahal sebelahan --- ya Dia pengatur sehebatnya.
2 comments:
Salam kenal hamidah :-) Jm singgah sini
hye kak jari manis.. salam kenal...semoga banyak lagi destinasi yanhpg dikunjungi dan boleh saya ambil tips
Post a Comment