premis 2 : I am woman and I love shopping
conclusion : i love travelling and shopping since I am a woman !
maka ini mukadimah penakulan mantic saya , jadi saya akan juga memilih mainstream way sbb saya perempuan yang memang tidak boleh pisah dengan berbelanja tetapi biar berhemah. Pasar Baru, Tanah Abang, Jembatan Merah, Chatuchak, Central Market, E-shed market, orchard road, dan Ben thanh Market serta senarai akan bertambah lagi (InsyaAllah) adalah tempat saya wajib pergi. Di sini ada beberapa cara yang saya amalkan mungkin bersesuaian atau mungkin tidak untuk anda .
1) Know your currency exchange
wajib tahu negara yang anda mahu pergi menerima matawang negara apa? contoh mudah : seluruh Eropah menggunakan Euro , Singapura dan Brunei berkongsi nilai matawang yang sama jadi jika anda berbelanja di Orchard Road boleh menggunakan Dollar Brunei , ataupun orang Kemboja lagi suka menerima USD daripada Riel macam duit saidina dan di pasar ben thant anda boleh memilih urusniaga till drop anda dalam bentuk Ringgit, Dong atau USD.
2) Tukaran matawang dengan ringgit
Anda perlu tahu duit itu harus di bahagi atau di darabkan , tiada matawang melalui proses tolak atau tambah. Kebiasaan negara maju duitnya harus di darab manakala negara membangun duitnya harus di bahagi. Contoh : 1USD= RM3.20 , jadi setiap barang darab/mutiply by 3.2 , contoh dua : 15,000 rupiah divide 3 jadi RM5.00, sila fahami geography negara mana tersenarai sebagai negara maju atau membangun. Anda harus mahir perkara ini dahulu sebelum melangkah ke negara yang bakal dilawati kerana anda mula diuji di kedai money changer.
3)Biarkan kosong itu seperti lagu najwa latiff
saya pasti ramai menjadi confuse, cuak seketika, panic attack apabila kali pertama mendapat matawang yang angka kosong dia mcm lagu najwa latiff. Abaikan kerana angka kosong itu dicipta untuk anda jadi gelabah , mudah di silap matakan peniaga dan buat anda terlampau dependant dengan peniaga di negara tersebut. Sila abaikan kosong itu dengan membuang dua atau tiga kosong di belakang mengikut matawang negara berkenaan.
4) Dilarang membuat carta Gantt Chart
anda pergi melancong dan berbelanja , bukan mahu buat biostatistic tentang penyakit dan populasi negara yang anda lawati. Takkan setiap kali ke kedai kita harus meneliti jadual pertukaran matawang yang dikira dari RM1hingga RM100 , itu proses lambat . Yang anda perlu faham harus di darab atau di bahagi dengan nilai factor.sesungguhnya shopping anda jadi bosan bila anda gagal menawar dengan berkesan disebabkan kesilapan seringkali melihat jadual pertukaran duit disamping gagal memahami nilai factor matawang negara berkenaan. Jangan biarkan anda di tipu di negara orang ...
5) Cara mengira factor:
setiap kali pergi ke currency exchange sila lihat bahagian kiraan di situ , ada angka 3 bukan , tidak perlu ambil titik perpuluhan di belakang yang menyebabkan anda berpeluh jadi cukuplah 1000 yen = RM31.00 , kalau 100yen = RM3.10 , kalau 1yen = RM0.31 , jadi kalau saya menjadi anda , saya akan letak kepada angka 100, 1000 dan 10 negara tersebut kemudian fahami factor gandaan harus dihagi atau di darab . contoh kedua , RUPIAH : Rp 1000 = 30sen , Rp10000 = RM3.00 , Rp 100000 = RM30.00, mudah bukan jadi mudah untuk bershopping. Ada negara factor gandaan 2,4,5 jadi rajin rajin semak matawang.
6) Get familiar with the currency
sering saya lihat kerana anda tidak mahu belajar memahami matawang yang ditukar, anda ditipu penjual yang kalau dikira harga barang beli di Malaysia lebih murah jadinya. Mahirkan diri anda dan jika gagal sila minta penjual itu meletakkan harga dalam USD jadi anda hanya perlu darabkan dengan 3.1. lagi satu duit anda pegang sendiri , jangan mahu suruh penjual itu sendiri pilih duit mana harus dibayar..
harap tips ini dapat digunakan , mahu melancong dan membeli belah dengan girang itu anda bukan orang lain.
No comments:
Post a Comment