Wednesday, February 2, 2011

stranded

Mungkin kisah aku stranded dalam banjir besar melanda pahang sekitar akhir tahun 2007 tidaklah se cool and se world dengan pelajar pelajar malaysia yang stranded di bumi revolusi mesir. Tapi satu yang aku dapat faham, sebagai seorang yang pernah merasa stranded mode and feeling aku dapat rasakan ketakutan , cemas , sedih dan harapan mereka. Walaupun aku punya tahap stranded masih tahap kampung temerloh jaya ...(tempat aku strand dalam banjir dengan sorang kawan aku --dah kawen dah pun minah tu)

Aku ceritakan kronologi rintik rintik hujan penghujung 2007 dan kenapa aku dengan kawan aku ni high aim nak balik gak ---- aku nak attend majlis tunang pak cik aku n kawan aku nak attend majlis kawen kakak dia . Walaupun korang dapat rasakan alasan itu amatlah low sebab kalau takde kita orang berdua apa takde orang nak basuh pinggan ke? Tapi kami nak balik jugak (walaupun hari sebelumnya dapat tahu :paras sungai temerloh dah sampai bawah skit tangga bas).Kena ingat ---> alasan pelajar Mesir melibatkan nyawa --nyawa manusia ada satu , bukan cicak ye boleh tujah 2 kali ... jadi ketakutan mereka dan pengharapan untuk balik mestilah diutamakan bukan dah buat page baru nak bertidak. Nak2 kalau budak perempuan marabahaya dia jadi berganda2 dan mereka ini golongan yang diharap mengubah nasib keluarga kalaupun tak ubah nasib negara. Sempena banjir segamat dan banjir johor --chill dengan cerita aku.

Sebenarnya time stranded memang ramai orang amek kesempatan dan masih ramai berhati mulia : Bayangkan dalm kami dua orang yang ticket bas transnasional dpt refund , kami cuba redah ticket bas bulan restu (yang femes bab pecut memecut tu ) untuk ke temerloh sebab takde bas ke kl. Sampai temerloh kami harap ada bas ikut jalan kampung ke jerantut atau bentong (time ni tetiba geography kami A ++) . Harga ticket bus kuantan -temerloh cuma RM8.40 pada waktu itu sebelum ada surcharge harga mcm hari ni atau harga kerapu mcm hari esok. Tapi aku dpt tahu dari bebudak lain yang stranded ---> diaorang chartered taxi kuantan -temerloh jadi harga RM160 (bapak haram nya mahal) . Ok kami berdua dari universiti ada nama Islam kat tengah ..sampai stesyen bas temerloh , dah pukul 5 ptg (lambat sebab bas bertolak lambat dan banjir) takde lagi bas yang nak ke jerantut atau kl ...adalah pak cik pak cik yang cm offer ke kl ...ada patut mintak sampai RM400 dan diaorang pun tak confirm boleh lepas ke tidak banjir kat area temerloh , mentakab tu ---cm lahabau orang teksi ni *aku memang mencarut dengan orang amek kesempatan* time tu aku student duit PTPTN aku hujung sem ada la tinggal RM500 ...kalau dah RM400 nk bayar taxi tinggal apa? Pastu ada sorang pak cik budiman jaga kaunter ticket mana ntah yang ada secebis hati mulia nasihatkan aku ngan kawan aku ni naik taxi gie stesyen mentakab amek keretapi ke kl ---- okey :time ni aku jumpa 4orang budak politeknik , 2 orang budak kipsas ---share 2 taxi (cm haram gak dua dua teksi :sapu RM40 ----sorang RM10 dol !!! keje nak ngebas duit orang bawak ke stesyen keretapi mentakab) ... sampai sana beli ticket , keretapi bertolak kul 9.40 mlm ...solat la kami, makan malam kat cafe situ ----by the time kul 9.40mlm..orang makin ramai , 2 yang kipsas aku tak nampak kat mana ...tinggal kami 6 orang ..cuak dan gerun (ramai lelaki ---aku cuak diapapakan) , time tunggu aku ada borak ngan mak cik nak balik kelantan , laki dia polis kena bertugas untuk mangsa banjir (ok aku memang kadang 2 suka peramah alam)... nak jadikan cerita (cut short tangan aku tak larat type) :keretapi tak leh jalan ..banjir naik atas rel ...kami stranded !!! tak tahu nak pegi mana , stesyen tu je cerah , keliling gelap , tak tahu cara nak kluar cmna dari mentakab -----yang dah mcm pulau sebab sekeliling mentakab BANJIR !!!


Nak nanges ! ok aku dah nangis sejak dari kat kuantan ngan kawan aku ... berbalik perenggan atas ---> kakak yang berborak ngan aku ajak tumpang rumah sebab dia pun tak leh balik ke kelantan (ingat ya! aku dan rakan2 6 orang itu masih cuak) takut kakak tu trafiicking orang ke apa ...sepanjang nak ke rumah kakaktu habis sume zikir doa aku baca ...sampailah aku nampak balai polis temerloh jaya ---- nak ke rumah kakak tu pun challenger --kami buat 2 trip dan sampai kat depan jalan mana ntah kena redah banjir paras lutut ...ok ,aku tido malam tu dengan sluar bau selut , pagi esok satu track police yang ,memang nak ke bentong tumpangkan kitaorang sampai stesyen bas bentong dan kami selamat ke KL :alhamdulillah (itulah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan --karangan UPSR :tp buangkan ayat ngarut dan mencarut)

Itu aku dan rakan2 di malaysia :MASIH ADA YANG NAK AMBIL KESEMPATAN , apatah lagi yang kat mesir tu ...yang mungkin baru je datang , tak fahambudaya dan tatacara kat sana /..nak kena pikir dalam masa singkat untuk buat keputusan , maju atau mundur ...menerima penawaran atau cari alternatif lain ....jadi aku faham trauma mereka,tersekat di airport (makanan mahal, orang di airport cuma tolong rakyat sendiri je ) , takde wakil kedutaan semua .... kasihani mereka ...kenapa lambat bertindak , mereka mempertaruhkan nyawa mereka ...tak kira stranded di rumah atau airport atau di mana aja ...mereka wajib di bantu!!!!


No comments: