Tuesday, September 17, 2013

biskut chocolate lexus

makanan wajib ada kalau saya melancong ..tp biskut chocolate lexus je , slalu bersepah dlm luggage, dlm hand carry dan dalam handbag. bersepah tu dlm packing hokay ... tp lexus choc ni banyak kisah , jalinan mesra pun saya buat dengan biskut inilah ....




  • waktu di mekah, saya suka solat sebelah bangsa lain jadi mak jemah nak buat luahan hati terkuat skit bukan diaorang faham. lagi satu mengelakkan diri berbual lagha, sbb pepaham je kalau jumpa sesama negara nikan , harga jubah pun masuk topik kat masjidil haram tu nanti. biskut lexus mmg disimpan dalam beg, kalau rasa nk stay antara waktu solat , makanlah biskut dengan air zam zam dah boleh tahan , InsyaAllah. biasa bawak pack biskut lebih , jadi lepas senyum senyum dgn orang sebelah, dengan komunikasi ayam itik kita tukar tukar makanan. Makcik turkiye yang saya dan sepupu tukar biskut itu pun kalau saya mintak phone number dah dapat saya buat istanbul aku dtg version saya ..point dia opportunity come at once.
  • Waktu di madinah, menanti peluang ke raudhah , orang lelaki dia takde main check point ni. saya terpikat dengan cara seorang wanita turkiye memulakan salam pengenalan. dia tidak berkebolehan berbahasa inggeris tapi dia ajak kami membaca fatihah dan tiga qul. sambil menanti masuk ke raudhah kita tambah pahala dan betulkan bacaan bersama sama. ops pastinya biskut chocolate lexus bertukar tangan. (alfatihah to my late grandma dan biasa kalau berkumpul lain lain negara ni untuk berkerusi roda) kalau kebiasaan dia ikut negara mcm nusantara (malaysia, indonesia, singapura, brunei)
  • biskut chocolate ini juga menyebabkan terinspirasinya program food for homeless yang dijalankan bermula waktu puasa untuk mengambil rewards ramadhan dan sudah edisi ke 5 bersama rakan /ahli keluarga/twitter friends. waktu di bangkok , santai di sebuah taman sambil makan maggie sejuk sbb takde air panas. ada seorang budak berambut perang berkeliaran di tempat kami berkelah. kami hulurkan biskut yang dalamnya cuma ada dua keping , dari kejauhan kami lihat budak perempuan tadi berkongsi biskut yang kecik 2 keping dengan semua ahli keluarga. sayu rasa hati, kita mungkin alas perut, dia mungkin itu makanan pertama yg masuk ke tekak pada hari itu. terus kami bagi baki pack makanan lain walaupun tidaklah seberapa. 
  • sebelum berlepas ke kemboja kami beli makanan kering agak banyak, ada bagi tahu mama, mungkin kalau sempat ke kompong cham . ditakdirkan kami tidak dpt ke siem reap kerana logistic dan mahal nak ke sana , jadi kami ke kompong cham. perjalanan 2 jam macam jalan turap 100kali, kami singgah di sebuah perkampungan . sebenarnya dekat kampong cham ni ada je tempat menarik mcm bamboo bridge, diamond island dan wat apa aku tak ingat. singgah di sebuah kampung islam nak tumpang solat asalnya, rupanya masjid tiada ruang untuk muslimah, tapi kami solat di bahagian paling belakang lepas jemaah habis waktu solat. terkejut jemaah dkt situ sbb tiga orang perempuan ke sana tanpa lelaki kecuali pemandu tempatan. dari awal ayat mereka , beraninya kamu , beraninya kamu. terhenti bila kami jawab Allah ada. tapi sesuatu yang aku perasan, mereka menerima kami dengan baik , saya ternampak satu bilik kecil saya fikir itu ruang solat perempuan rupanya bilik tidur untuk pelajar tahfiz lelaki. keadaan dari pandangan jauh saya kira mereka hidup dlm basic things which need aid from us. again , makanan yang kami bawa dapatlah kami serahkan pada pelajar pelajar tadi. masih terngiang budak itu bercakap dgn takut malunya , "apa tu?" dia tanya saya sbb saya hulurkan seplastik makanan ...setiap kali teringat saya berdoa adik itu berjaya menjadi hafiz dan membantu ummah di sana
sebenarnya bukan nk cerita pasal biskut kegemaran saya yang berinti cekelat di dalam setelah diapit dua keping biskut tapi dengan makanan tit bids ini kita mampu berkenalan dengan ramai orang. mungkin berkenalan dengan bakal rusuk kiri ..siapa tahukan????