ok ...aku lupa update ....
Mekah best , serious pegi mana2 pun aku tetap kata mekah best , lupakan saja dgn perangai segelintir manusia mcm mak cik perikatan yang tak nak lepas tangan waktu tawaf dan korang husnuzon je la mak cik2 tu takut tersesat . skip je rasa stress nk beli KFC dgn try ayam taza disebabkan perangai selekeh sesetengah arab yang tak reti beratur dan main baling duit je kat kaunter (kau ingat tu jamrah ke) dan serious lupakan harga teksi mekah yang agak cekik darah itu
mekah best , sbb sgt cool kerana dgn telekung aku mampu jalan ke sini sana , aku mampu ke safwa tower , zam zam dan segala kedai ..yeah with telekung , kt kl lepas terawikh pun kalau nk ke bank aku tukar attire. mekah best sbb dkt situ , boleh minum air zam zam super duper tak ingat, ambil air sembahyang pakai air zam zam (sampai aku nangis sbb terasa mcm mudah dpt air zam zam which dkt msia bercatu) dan basahkan tekak dgn air zam zam ..mekah best sbb ada kurma segar bertangkai yang buat aku rasa mcm ala2 cerita p.ramlee yang duduk mkn kurma bertangkai tu ..dan mekah best sbb org dia suka sedeqah , aku suka lalu time lori loading barang , nanti dpt roti dan air kotak free (selalu aku dpt je , tak tahu korang , rejeki utk aku namanya )
masuk masjidil haram ...100k pahala , bersolat tenang , mengqada' segala hutang , serious , tahun 2011 :sampai juzu' 15 , tahun 2012 alhamdulillah sampai juzu' 21 aku berjaya habiskan di dua tanah suci ..kalau aku dgn mama habis tawaf sunat , kadang2 kami jalan2 juga kawasan masjidil haram , percaya aku kata , di dalam yang ramai dgn sifat nafsi nafsi tapi disatukan ketika laungan azan ...sebuah kesayuan rasa tidak ternilai ...
meka moga bertemu lagi , InsyaAllah ,..amin