Friday, December 18, 2009

Cinta Yang Halal

Salam maal hijrah buat semua .... tazkiyah apa kita telah lakukan setahun lepas ...berusaha dan berserah padaNya supaya tahun baru adalah lebih baik. Masih segar lagu tema waktu kem nadwah sewaktu di tingkatan 4 :
""umat islam harus cemerlang , hari ini mesti lebih baik dari semalam , jangan buang masa , siapa kata kita tidak boleh , kita punya Allah maha kuasa " ...kepada Dia kita panjatkan dan mengadu segala hajat .. semoga kita menjadi hambaNya yang terbaik.


*************************************************************************
Perlukah aku bercerita di en3 ini tentang aku: all of your opinion is highly appreciated


cukup aku ringkaskan cerita begini:

----->aku punya teman rapat , kami kenal kurang setahun ...dialah tempat aku letak batu beban kalau stress di office atau tempat aku luahkan lava untuk sesuatu issue . Aku belum tahap mengatakan kami ada keserasian ... cuma aku mudah bertemankan dia ...

Haruskah aku boleh ke langkah seterusnya? atau mengundur diri? kerana:
1. kami berlainan negara
2.kami berlainan bangsa
3. yang terpenting sekali kami berlainan akidah ...


**********************************
aku suke lirik melly yang ini :petikan ost KCB -haramkah

"Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Sunday, December 6, 2009

Natrah - antara Remmy ishak dan akidah

Malam tadi aku tengok teater buat julung kalinya ... aku tengok natrah sebab aku pernah tonton kisah dia versi drama tv lakonan noraini jane (menantu sultan perak) dan baca kisah bersiri di majalah dewan perdana (kalau tak silap --->tapi pastilah published by DBP) . Jadi, bila erma fatima buat teater , memang aku tetiba semangat nak tengok dan nak jadi pengkritik + pemerhati adakah lebih kurang cm drama tv yang aku tengok waktu darjah 1 itu(18 thn lepas) atau versi lain. Memang memula kurang ngam sebab pilih Diana Danielle yang aku rasa cm layak cerita sembilu , tapi kira nasib baik sebab mansor adabi -remy ishak aka adam nur kasih yang berlakon. Jadi antara factor tengok natrah sebab aku nak tengok remy ishak tu kira ada kelogikan. Nasib baik , Diana Danielle tarik diri dan replace with Maya Karin.

Durasi dua jam - Maya Karin dan Umie Aida memang dlm kelas tersendiri dan mantap. Remy Ishak memang terus terang aku kata ....masih jauh jika dibandingkan dengan watak adam. Tidak mampu meruntun jiwa dan cm hafal step je nak turun kat pelantar pentas ... tapi kalau kasi aku berlakon teater pun belum pasti mampu.......... tapi aku lihat majoriti datang kerana ADAM aka Remy ...sebab waktu standing ovation sume duk tepuk kuat hingar bingar time nama Remy dan sepatutnya bagi aku kita tidak perlu menepuk tangan kerana kita sudah kalah. Kalah dalam mempertahankan akidah seorang muslim kerana waktu itu dan hingga hari ni kuasa kita ditendang macam bola. Sepatutnya kita menangis kerana natrah akhirnya deviated ... tapi boleh jadi juga tepukan itu sebagai tanda berjayanya erma menanamkan semangat baru dlm diri iaitu pentingnya menjaga akidah. Dulu kempen ban israel product pun aku rasa lebih on humanitarian w palestine then jaga saudara seagama ...but this teater open my eyes in one side ,,,jagalah saudara seagama kita. Kisah natrah menunjukkan bangsa kita mudah terpedaya dan enakmen syariah hanya sekadar buat syarat sahaja dan kalah kepada undang undang manusia.


Teringat dialog umie aida sebagai ibu angkat natrah (che aminah) : aku mempertahankan natrah bukan sekadar kasih sayang tetapi juga akidah. Natrah telah kudidik sebagai islam... Ia mempertahankan akidah kerana waktu itu kita mampu bersatu demi akidah dan Islam ... Bukankah kini kita dirobek kiri dan kanan kerana tidak bersatu kerana Islam ... Natrah sebuah kisah bagaimana tumpasnya akidah seorang kanak kanak pada kuasa besar. Macam hari ini, tumpasnya Iraq dan Afghanistan kerana dipijak oleh USA. Sesungguhnya teater ini ada impak besar kalau kita mencari makna tersirat iaitu mempertahankan agama Islam ...tapi kalau kita cari Remy Ishak maybe dapatlah kot bergambar dengan dia ...dan jadilah sekadar menonton teater bukan mengambil naskah teater untuk mengubah sebuah keadaan atau tradisi

Wednesday, December 2, 2009

aku suke Hilangkan diri

Aku rasa takde sesiapa pun baca blog aku ...

Jadi bila otak aku tepu takde idea dan aku rasa life aku static cm pc kat workstation aku ...makanya kalau aku tak tulis memang takde yang kisah ....

Aku rindu gak nak mengeluarkan lava terpendam ...tapi aku tak tahu susun ayat ... bahasa melayu dah degrade ...english aku dah ke laut ....


Tolong aku