Saturday, May 10, 2014

sedetik lebih sakura dijumpai

sungguh aku sudah pasrah sewaktu lihat semua pepohon mula hijau.
sungguh aku sudah letak harapan kosong waktu cuaca sampai ke 27 darjah celcius,
macam pasrahnya aku tentang hal lain, begitu juga pasrahnya aku dgn cherry blossom sakura ini.
Tapi rencana Allah untuk hambaNya ini berbeza,
sewaktu titik pasrah terakhir dan aku memujuk hati dengan berkata, banyak lagi kuasaNya, ciptaanNya yang boleh aku tgk disini
Di Kyoto , station keretapi Hanazuno - rimbun sakura muncul, bukan satu dua pokok, tapi banyak pokok. Alhamdulillah.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kau dustakan?"(ar rahman:78)
Dengan kyoto yang damai dan membuai, dengan station keretapi yang mirip maksud husnuzon iaitu bersangka baik.Bersangka baik kepada pencipta, InsyaAllah pasti yang terbaik diberikan.

-------------

kisah kau dan aku sama
sewaktu aku berkira kira membuat kamikaze yang boleh menjatuhkan mungkin maruah agungku
sewaktu aku sudah turunkan paras kredibiliti yang aku ada dan sebelum dirobek
kau datang, sungguh waktu itu kau hadir seperti biasa, menjawab soalan berbentuk undang undang,
akukan suka tanya tak kira masa,
tapi kali ini soalan survey membina rumahtangga bahagia, kau memang bijak, tangkas bagi ide.
ialaha pada umur sekian jika mahu bernikah dan aku kira siapa sahaja yang sudah set di kepala mahu bernikah dalam sibuk manapun pasti mampu bagi jawapan sbb itu tanda aras boleh menjadi pengemudi atau tidak,
masakan mahu bernikah tapi apa yang kita faham tentang rumah tangga bahagia pun gagal dijawab walau dlm sesaat, aku rasa harus semak mahu bernikah atau bersuka ria?
seperti biasa otak cerdas kau ,
kau kata kau baru je solat di masjid aku sudah tanyakan tentang rumah dan tangga , apakah itu hidayah Allah?
aku biarkan jeda soalan tanpa jawapan
aku bangga ada kawan , muda lagi sudah memegang tampuk institusi kehakiman negeri.

paling indah kau mula memberi kata , yang aku kira sandarkan saja segala pada yang Maha Menguasai :
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

inilah bait yang kau puitiskan untuk aku... jeda umur kita dari sekolah menengah, foundation , main campus tidak ditemukan padahal sebelahan --- ya Dia pengatur sehebatnya.





Saturday, May 3, 2014

terbit mentari

more than 10,000 steps
tangga tangga cinta
kaki terus melangkah
aku tak boleh tahan subuh 2pagi waktu malaysia

Tuesday, April 22, 2014

Ke namsan tower berjumpa kawan

Sebenarnya sebelum ke namsan tower , aku banyak baca version version lain untuk ke sana, ikutlah mana yang rasa seronok, rasa nak pecah lemak, rasa nak bakar kalori atau rasa nak leisure sebab kaki dah tak macam tulang besi urat dawai. Aku serious rasa title atas tu skema tak hengat , since when aku skema aku tak tahu.

tapi ini cara aku memandangkan aku tinggal di Namdaemun Guesthouse jadi aku jalan kaki je ke Namsan Tower . Tapi aku ajar teknik yang aku kira jimat duit tapi banyak langkah , sesuai ketika cuaca sejuk atau waktu bunga kembang mekar . waktu panas boleh jugak tapi berkepak sikitlah.

jadi mula mula , pergi cari station line Biru muda (subway line 4) , ke Hoehyeon Station (Namdaemun Market) . Jika mahu ke Namdaemun Market juga boleh turun daripada sini iaitu di exit 6 .

sumber gambar pakcik wikipedia 

Baiklah , kalian cari exit 3 Namsan Tunnel , ikut je , lalu bawah tanah , nanti akan sampai tangga , naik tangga itu , jalan terus , jalan terus , jalan lagi sampai nampak ini, lepas itu nampak lift , lift ini bukan vertical tapi horizontal , naik lift lepas tu pegi beli ticket cable car. mudah .

==================
sebenarnya ada misi aku di sini, berjumpa si rakan kerja yang sudah pulang ke negara asal, dia pun dipinjamkan setahun ke Malaysia. Ahran Yoo bukan pemain cerita Kpop tapi semua orang senang berkawan dengan kamu.  Periang , sangat pandai mengambil hati.
Ahran ni aku jadi rapat sebab waktu kali pertama dia sampai Malaysia 2011, workstation dia berhadapan dengan workstation aku yang waktu tu aku in charge enquiry. Jadi dia nampaklah cara aku melayan enquiry kes medical, sekejap gelak, sekejap senyum, sekejap muka kelam, sekejap maki orang, sekejap lagi aku kena maki balik. Jadi adalah serba sedikit kami berbual bila aku ada masa senggang. awal perkenalan aku yang aku ingat aku cakap begini "Ahran, you're so tall ", terus dia bengkokkan kaki dan cakap "now weequal" . selama ini ramai Korean cakap bahasa english agak sukar nak faham tapi dengan Ahran dia ada slang USA , apa aku tahu dia belajar perhubungan antarabangsa dan pernah tinggal di China jadi dia boleh berbahasa mandarin juga.

Kami berkawan, adakala lunch sama, dia tanya kenapa aku solat, kenapa ini itu, pernah buka puasa sama sama. sekali dia kena balik South Korea , ialah dah cukup setahun maka aku buat deal : " One fine day, by God's will  i will go to south korea once you get married ". nak dijadikan cerita lepas 3 tahun kami berdua single trang tang tang. Maka , aku ni tengah bergelojak rasa berjalan, aku beli ticket . Dahlah Ahran, jodoh tu ketentuan Allah, mana nak tahu bila aku kahwin, bila dia kahwin, maka aku pun menyonsong muka pergi South Korea. Janji kami , jam 4 petang, 5/1/2014 Namsan Tower.

Nak jadi cerita waktu ikut jalan aku tunjuk tu smooth, lepas tu kalian naik lift pergi naik tangga sampai tingkat 2 , lepas itu beraturlah sampai macam2 adegan kau tengok naik letih tau tunggu turn dapat beli ticket cable car dan naik cable car itu. Maka dalam suhu winter tahap 2 darjah , si Ahran ni tunggu mula mula dekat luar, kami tak kunjung sampai. nak pulak alahai , wireless tak dapat pulak, kami ni mmg dasar cheapskate , takde makna aku nak rent internet, Ahran kata wireless in Korea banyak free access, memang pun tapi time diperlukan dia takde pulak yang free. Aku time ni tawakkal, harap Ahran ingat konsep janji Melayu aku. Ialah orang korea kan jenis punctual, aku dan rakan rakan dah lambat.

Sekali kami tiba jam 5 petang, bagus , waktu tu seronok gak, dalam lift horizontal kami capture sunset. perfect sunset. Ikut kata Daniela si mexico yang bersama kami waktu ke Demilitarize Zone dia dua kali cuba nak dapat sunset. Ok rezeki kami, first attempt and success.

dekat ruangan luar tower aku tak pandang dah padlock bergantung ke apa ke , yang aku tahu cari Ahran, Aku nak cari Ahran aku tengok muka korea semua sama, last sekali aku pasrah , Ahran patut cari aku sebab aku pakai tudung muahahaha, jenuh aku pun tak dapat contact dia. Aku jalan lagi ke depan, ke ruang legar sebab last pm fb Ahran , coffee shop. aku jenguk coffee shop kosong , sudah. Garu kepala tak gatal.
Sekali dengar orang jerit "hamidah, hamidah" . aku buat bodoh , alah korean cakap sesama diaorang. Kali ketiga "hamidah". aku kata kali ni pandang , dan betul Unni Ahran ... time tu aku tinggal gang 5 orang yang sibuk cari Ahran tapi aku tahu diaorang pun gagal hahaha .. aku lari , macam cerita hindustan , terus peluk ok  rindu aku habis .. maka lepas itu baru kami layan indahnya Namsan Tower. Tak cukup itu dekat coffee shop kami suka hati gabung meja , dah macam kedai mamak .

Kami berbual macam tengok bola dekat kedai mamak, sampai mamat melayu sebelah jeling. Hello i bayar ok coffee ni atau u terpikat dengan my unni? Ahran siap bawak strawberi korea dengan nasi pulut kekacang . sedap bak hang , lebih sedap Ahran belanja dinner . itu triple sedap



Sunday, April 6, 2014

salah kata

aku ni memang gagal pantun , masuk pesta pantun sekolah pun tak. tapi suruh debate bolehlah lagi, skill pun tak hilang. Itu agak orang salah faham bila aku pertahankan fakta dan ada sedikit (banyak kot) tak nak mengalah kalau fakta aku tepat. Sebab terikut gaya debator pencen zaman sekolah sampai zaman universiti. Tapi debator skill aku tak tahap budak Aikol (Law) yang itu power sangat siap wakil negara.

jadi kalau aku pantun memang bentuk copy pasta

muka putih disapu bedak,
naik seri bertambah wangi,
kalau orang tidak berkehendak,
takkan pipi nak disorong sorong lagi.

buah kuini jangan dipetik,
jatuh ke tanah isi terpercik,
dikau ibarat enggang nan cantik,
hamba cuma gagak yang jelik.


pastu aku tambah lagi :

salah di mata kalau tak nampak

salah tafsiran kalau tak dinilai 


we are human being , live with dogma atau crystal clear

Friday, April 4, 2014

Passport merah expired

26 maret 2008 kota prahyangan

Jalan dago itu selalu jadi saksi.
tiap kali berkunjung pasti aku terpandang restoran makanan segera itu
Hujan rintik di bukit yang mencengkan sejuk
Kita sambut hari jadi dengan menyiram pepsi di badanmu
Membazir kau cakap
Pepsi ni buat diabetic aku jawab jadi takpe membazir.


Ramai riang dengan kekandaku dan teman lain kita sambut ultahmu
Sekali kau sapa itu lagu faveret kita di udara,
Aku jawab, aku datang dari jauh masih kau mahu lagi menunggu
Ya kita waktu itu di tahun akhir masing masing sebelum mengejar tangga kerjaya.

Pada saat begini, waktu ini, aku mahu pinjam kata semangatmu
Macam waktu aku kena repeat lab methodology
Apa ayat faveretmu . Heroin wajib kalah dulu.
Kamu lucu
Itu belun lagi kau bilang prescribed ubat depression bukan buat kau hilang masalah
Face it face it face it, itu mantera mu barangkali
Sebab katamu manusia tanpa masalah itu lagi bermasalah
Itu belum lagi kau mula keluarkan ayat quran
"Allah tidak ubah nasib sesuatu kaum jika kaun itu tidak mahu mengubahnya"
Walaupun aku akan balas, kau berkot putih dgn stetoscope mahu nasihatkan aku
Kau jawab tak perlu ada title ustaz kalau nak sedarkan kau.

Passport merah aku itu sudah lama expired
Harap kenangan itu tanpa tanda luput
Kerna hari itu setelah bertahun kita bicara kembali
Tentang impian sambung belajar dan kajian pilihanku
Serta kau dengan cita cita nenjadi pakar onkologi
Ayat feveretmu: hidup biar bermanfaat kalau tidak tersia semua





Saturday, March 29, 2014

apa anda perlu buat

Tired, tired of the guilty feelings
Tired, tired of the broken dreams
I'm tired, tired of the public scenes

Kelly Price - Tired


katakan suatu masa zaman sebelum merdeka, kononnya sudah janji , tidak mahu terserempak dengan ini orang di masa akan datang. KL ni besar, serious aku dah buktikan. tapi hari ini anda terserempak, apa harus anda buat :
a) buat tak tahu
b) tegur
c) teruskan perang dingin

saya memilih e) sebagai jawapan, lepas selesai makan, tegur itu orang, dia pun tergamam tak percaya, kami berpelukan. aku kira kisah 6 tahun lepas itu di let go dengan satu pelukan. sedangkan waktu di meja makan aku berperang dgn perasaan dan serious aku jadi tidak ambil kisah dgn apa yang kawan aku cerita dekat sebelah. ampun . waktu itu yang aku nampak yang di depan sana dan kisah silam aku. 

hentikan keletihan, peluang datang sekali , dan benar sebuah pelukan serta tanya khabar. entah aku sendiri tidak tahu rasa geram, kecewa, sakit hati enam tahun dulu semuanya hilang. benar masa itu pengubat. walau waktu aku makan, aku pandang padanya yang jauh di kerusi itu ibarat rasa yang entah aku tidak dapat gambarkan. mahu kaget orang yang pandang. 

kesedihan itu dlm lima fasa: menolak, marah ,memujuk kembali, tekanan dan menerima...mungkin masa menerima sudah di masukkan

Tuesday, March 25, 2014

belajar dari 239 dan 529

Angka angka manusia yang membuatkan saya belajar banyak perkara. Untuk hidup yang kadang alpa kadang hanyut.


"bah, angin kuat , kalau terjatuh dekat laut belakang ni kemana kita? " aku bercanda dengan abah yang larang kami menghampiri  ke arah natural bridge , Albany, barat Australia. Yang kami dapat memandang dari jauh.
"sampai kutub selatan". kata abah malas layan.
"jadi orang pertama ke kutub cara jimat, kalah Dr Sharifah Mazlina , aku tambah", tujuan menyakat
"kalau survive". Abah malas layan . memang tak perlu layan pun . bukan tak nampak dengan ombak hempas ganas, angin kencang musim sejuk , dalam jangan tanya , aku pun berkilometer jauh berdiri dari batuan natural bridge untuk pos nampak nan indah.


itu kisah 2 tahun dulu , siapa menyangka laut yang jauh di selatan perth ini ada kisahnya sendiri. membuat dunia memandang pada sebuah negara di asia tenggara , apabila pesawat sistem penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa penumpang serta awak kapal seramai 239 orang terhenti di situ. Masih mencari jawapan kerana seharusnya pesawat menuju ke Asia Timur (Beijing) . 1650miles from Augusta sebuah tempat terpencil di Perth.

Saya bukan jurutera aviasi mahupun pembawa kapal terbang , jadi saya tidak mahu cerita tentang kapal terbang. Yang saya mahu cerita , saya terpesona mengambil iktibar dari coreta Maira Elizabeth Nari dan isteri pramugara Mohd Hazrin iaitu Puan Intan Maizura , gaya bahasa mereka sungguh buat saya terdiam. Kuatnya kalian, Allahuakbar , bagaimana sekuat itu mereka siapkan diri mendepani berita yang kesudahannya cukup cukup sedih. Memetik kata kata faisal tehrani seorang penulis profilik dalam kolum Malaysiakini : "Selama 17 hari, Maira Elizabeth Nari telah menunjukkan kepada seisi dunia betapa ia seorang perempuan yang teguh. Ia berusaha mempamerkan kepada dunia, ia adalah seorang perempuan nan bercinta. . Faisal juga menambah :"Kelihatannya Maira, kami semua perlu belajar daripadamu. Di manakah kekuatan, dan reda yang kau perolehi itu? Sungguh Maira, redamu itu adalah reda orang mukmin.As-Sadiq pernah ditanyai, “Bagaimanakah mengetahui orang mukmin adalah seorang yang Mukmin?”. As-Sadiq telah menjawab, “Dengan penyerahan dirinya kepada Allah dan keredaanya terhadap kebahagiaan dan kesengsaraan yang ada padanya.” Benar Maira, anda dan ramai lagi keluarga membuat saya belajar perkara besar iaitu redha pada Qada' dan Qadarnya. Think positive and keep being positive. Mengambil memori yang muluk indah untuk terus dikenang dan optimis pada hari mendatang. Belum lagi membaca instagram Puan Intan Maizura , choked sebak tapi redha dan pasrah dia yang saya belajar . Redha pada ketetapan. Mengeluh tidak sekali


itu kisah di hemisfera selatan , manakala hari yang sama di sebuah negara di Afrika Utara . Yang direntap rasa keadilan dan merdekanya . 529 orang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati . Gila apakah As sisi dan rejimnya? Manakah letak ruang di dalam hati tentang menghargai hak bersuara? Melihat wajah wajah mereka yang langsung tiada kesedihan malahan semangat tinggi buat aku pasti , mereka inginkan syahid sebagai ganjaran dalam menuntut keadilan . 

529 nyawa itu buat aku terfikir, 30 tahun ini apa usaha aku ke arah Islam? apa aku ini manfaat untuk yang lain? pasti aku mengharap biarlah hari yang lepas dan InsyaAllah yang dikurniakan mendatang aku juga diberi peluang menjadi wanita solehah. Teringat kata mufti menk waktu aku ke program hari ahad lepas :Affirm the true value of faith talk buat aku rasa macam ada penukul yang mengetuk kepala. Wake up , u had done nothing than u still thinking for walk the talk. Change yourself to be good . I didnt said what had done pass is 
terrible but I need to change to potray me myself as good muslim .

So its time to take the good path or not ...is our choice 


p/s: from her instagram ada gambar hakak " sis sasha, I pray that one day you will be wearing hijab permanently. you're sweet."